Thursday, 31 August 2017

Jemaah Haji Malaysia Di Arafah Mendoakan Kesejahteraan Malaysia




ARAFAH - Jemaah haji Malaysia yang berwukuf di Arafah hari ini mendoakan Malaysia kekal dalam nikmat kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan.

Doa yang dibaca Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan diaminkan jemaah haji di sini, turut mendoakan Malaysia serta pemimpinnya dilindungi dari segala keburukan dan keaiban.

“Hindarilah kami dari segala kemungkaran dan kemaksiatan serta pimpinlah kami sekalian ke jalan yang engkau (Allah) redhai buat selama-lamanya,” katanya sewaktu membacakan doa selepas menyampaikan khutbah Arafah pada hari wukuf di sini.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Zainol Rahim Zainuddin; Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah; Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan beberapa Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

Dalam doa itu juga, memohon agar kehidupan rakyat Malaysia dan pemimpinnya dikurniakan sifat terpuji.

“Hiasilah diri kami dengan akhlak kesopanan yang tinggi, tanamkanlah ke dalam jiwa kami rasa rendah diri,” katanya.

Dalam doa yang dibaca itu juga, turut diminta supaya rakyat Malaysia menyatakan kesyukuran di atas nikmat pembangunan dan kemerdekaan Malaysia.

“Kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada yang berbentuk material atau spritual.

“Martabatkanlah negara kami dan seluruh rakyat dengan kemuliaan disisimu Allah,” ujarnya.

Jemaah haji Malaysia turut bersyukur dengan kemajuan yang diperoleh ini hasil kemerdekaan dan kebijaksanaan pemimpin yang dianugerahkan oleh Allah.

“Kurniakanlah kami dengan hikmah dan kebijaksanaan serta ketajaman fikiran agar kami (rakyat) dapat terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara,” ujar Asyraf Wajdi.

Terdahulu khutbah Arafah telah disampaikan oleh Asyraf Wajdi di salah satu maktab perkhemahan jemaah haji Malaysia.

Khutbah Arafah telah dibacakan serentak oleh beberapa tokoh agama di 14 maktab perkhemahan pada hari wukuf.

Kemuncak wukuf bermula selepas zuhur hari ini dan berakhir menjelang maghrib - UtusanOnline

Saya Lahir, Membesar Sama Seperti Anak-Anak Malaysia - Najib Razak



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengimbas kembali kenangan beliau sewaktu negara melalui hari pertama kemerdekaan, yang pada ketika itu beliau baru berumur empat tahun dan ia penuh dengan dunia permainan seperti kanak-kanak lain.

Walaupun saya ini tergolong dalam kategori pra-merdeka, tapi terus terang, apabila negara kita mendapat kemerdekaan, saya berumur empat tahun sahaja. Tentu saya tidak ada ingatan di atas peristiwa yang sangat bermakna kepada kita semua.

“Namun saya dapat menceritakan, pengalaman saya, ingatan saya masih terpahat dalam minda saya adalah, sewaktu saya membesar di Federal Hill KL, di situlah saya masih ingat lagi, saya berbasikal, turun naik bukit dan sebagainya, saya ke sekolah, main bunga api, panjat pokok jambu, seperti mana anak muda buat".


Beliau berkongsi kenangan penuh nostalgik itu pada sesi “Negaraku Merdeka Bersama Perdana Menteri yang disiarkan oleh semua stesen televisyen tempatan pada pagi tadi.

“Saya lahir, membesar sama seperti anak-anak Malaysia, katanya disusuli tepukan hadirin,” katanya.

Sejurus itu Najib diajukan soalan oleh seorang pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa Gombak, Samuel Chau Jun Hao yang ingin tahu cabaran menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.

Sambil mengakui bahawa bukan mudah menjadi Perdana Menteri dalam sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya, Najib bagaimanapun berbangga kerana rakyat negara ini dapat hidup dalam keadaaan harmoni dengan menghormati semangat Perlembagaan dan Rukunegara.

Susah Samuel. Tengok rambut saya, kata Najib sambil mengusap rambutnya disertai tawa hadirin.


Najib kemudian menjelaskan, kadang-kadang kehendak mereka itu bertembung antara satu sama lain, namun saya bersyukur bahawa kita telah dapat membentuk sebuah negara Malaysia, katanya. - Bernama

Manifestasi Cinta Negara Terserlah Dalam Sambutan Hari Kebangsaan 2017


Manifestasi rasa cinta kepada negara yang terpancar sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka hari ini turut mewarnai suasana sambutan di seluruh negara dengan pelbagai acara penuh semangat patriotik, yang dihadiri kepimpinan negeri dan rakyat.

Pelbagai program bagi menyemarak semangat kemerdekaan tanggal 31 Ogos 1957 dan transformasi negara selama enam dekad diadakan di setiap negeri bagi meraikannya, yang menarik perhatian bukan sahaja rakyat tempatan malah juga warga asing.

Orang ramai, khususnya ibu bapa mengambil kesempatan cuti umum ini membawa anak-anak mereka untuk melihat dan merasai sendiri acara yang bertema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ itu, berada di lokasi sambutan sejak awal pagi.


Di KUALA LUMPUR, sambutan gilang-gemilang di Dataran Merdeka menghidupkan kembali penghayatan dan semangat merdeka di Stadium Merdeka pada 1957 dengan penyertaan hampir 18,000 peserta terdiri daripada anggota pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta swasta dan pelajar sekolah.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, barisan kepimpinan kabinet serta tetamu jemputan menyaksikan sambutan yang bermula 8 pagi.

Di KUALA TERENGGANU, perarakan sejauh kira-kira 4.1 kilometer berlangsung di Dataran Batu Burok, di sini, dengan disaksikan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan dan kekanda Tengku Nadhirah Zahrah, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Menepati tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ keharmonian pelbagai kaum dan budaya di negara ini dapat dilihat dalam kalangan peserta Melayu, Cina dan India yang mengambil bahagian dalam perbarisan serta sokongan orang ramai yang terus mengibarkan Jalur Gemilang.

Sebanyak 142 kontinjen terdiri daripada 6,992 peserta daripada jabatan dan agensi kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, pasukan beruniform serta badan bukan kerajaan (NGO) menyertai perarakan dan perbarisan bermula 9.20 pagi.

Di JOHOR BAHRU, sambutan melibatkan 129 kontinjen seramai 4,500 peserta yang memakai pelbagai jenis pakaian bertemakan Jalur Gemilang berarak sejauh dua kilometer bermula dari Padang Ekstrem Pasir Gudang dan berakhir di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Turut mencuri tumpuan, perarakan kereta antik termasuk jenis Morris Eight daripada Kelab Kereta dan Motosikal Antik Johor serta aset daripada Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Selain itu, kronologi sejarah kemerdekaan Malaysia turut ditayangkan kepada orang ramai melalui skrin layar di stadium tertutup itu.
Di KOTA BHARU pula, persembahan tangkas sekumpulan ‘21 pendekar’ menarik perhatian orang ramai pada sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang diadakan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini.

Kumpulan pendekar yang diketuai Panglima Singa Malaya Mohd Amru Rosli, 34, daripada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kelantan itu mempersembahkan tari pendekar, gerakan serangan anak harimau, permainan tangan kosong, permainan tongkat, tempur lembing, tempur keris, pemusnahan atap genting dan lompatan api.

Beliau berkata persembahan itu adalah mesej pembentukan disiplin, jati diri dan semangat patriotik anak muda yang tinggi khususnya yang menganggotai pertubuhan silat berkenaan.
Selain itu, hampir 2,000 peserta daripada 60 kontinjen, terdiri daripada pebagai jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan, memeriahkan sambutan yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Di ALOR SETAR, acara sambutan melibatkan 95 kontinjen bersama lebih 2,000 peserta di Dataran Wisma Darul Aman, Alor Setar disaksikan Raja Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Raja Puan Muda Kedah Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff.

Di MELAKA, seramai 9,680 peserta daripada 193 kontinjen menyertai perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir, di sini. Bertemakan ‘Era Kemerdekaan 1957’, sebahagian pengunjung yang hadir ke acara itu dilihat memakai pakaian ala era 50-an.
Di SEREMBAN, dianggarkan lebih 20,000 hadir menyaksikan sambutan yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Sebanyak 110 kontinjen melibatkan 13,000 peserta termasuk pasukan keselamatan negara, Pasukan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sembilan, Persatuan Bekas-bekas Polis Negeri Sembilan, jabatan dan agensi kerajaan serta parti politik.

Di IPOH, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menghadiri acara sambutan di Dataran Bandaran Ipoh.

Kira-kira 10,000 pengunjung berhimpun menyaksikan pelbagai persembahan menarik dipertontonkan oleh 107 kontinjen melibatkan 5,213 peserta, antaranya persembahan koir daripada 105 pelajar sekolah serta gerak tari negeri Perak daripada 130 pelajar sekolah diiringi lagu gubahan oleh Kumpulan Dendang Anak.

Di GEORGE TOWN, seramai 5,800 peserta mewakili 88 kontinjen daripada agensi kerajaan dan swasta menyertai sambutan Hari Kebangsaan peringkat Pulau Pinang yang diadakan di Padang Kota Lama.

Antara persembahan yang menarik perhatian orang ramai termasuk pelancong asing ialah Tempur Tanpa Senjata oleh pasukan tentera, deklamasi puisi bertajuk ‘Menyusuri Sungai Merdeka’, nyanyian lagu patriotik dan tarian kebudayaan.

Sementara itu di KUANTAN, biarpun cuaca panas terik, lebih 10,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir menyaksikan acara sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Jalan Mahkota, di sini, tetap tidak berganjak.

Kebanyakan mereka hadir seawal 7 pagi walaupun perarakan dan perbarisan yang disertai seramai 6,566 peserta daripada 89 kontinjen hanya bermula 8.30 pagi.

Acara terjunan khas 10 pegawai dan anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) Tentera Udara Diraja Malaysia yang mengibarkan Jalur Gemilang dan bacaan pengisytiharan kemerdekaan diikuti laungan kemerdekaan sebanyak tujuh kali sebagai mengimbas detik sejarah kemerdekaan negara paling mencuri tumpuan pengunjung.

Soka Gakkai Malaysia Tonjolkan Aspirasi TN 50


Aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi antara paparan mesej utama acara sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka hari ini.

Mempamerkan tema 'A Shining Future', pasukan Soka Gakkai Malaysia (SGM) dengan kekuatan 200 peserta mempamerkan persembahan bertenaga yang memperlihatkan semangat belia negara ini memenuhi hasrat dan impian diri serta cita-cita negara untuk membina masa depan yang gemilang.

"Peserta mula membuat latihan sejak Julai lalu bersama-sama pasukan koreografi. Untuk tahun ini, persembahan memfokuskan kehangatan dan keceriaan belia dalam usaha membina negara dan memenuhi aspirasi TN50," kata Penyelaras SGM Hari Kebangsaan 2017 Dinesh Chandren kepada Bernama.

Diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2017, TN50 adalah dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020. TN50 mula digerakkan dengan siri wacana nasional yang diputuskan Kabinet dan dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau berkata penyertaan SGM, mempunyai fokus utama, yang bukan sekadar memeriahkan suasana tetapi untuk mempromosi keamanan, kebudayaan dan keharmonian untuk rakyat berbilang bangsa dan agama.

Dinesh berkata rakyat negara ini, khususnya generasi muda perlu memikirkan semula konsep kemerdekaan pada masa ini, berbanding 60 tahun dulu yang kemerdekaan lebih bermaksud bebas daripada penjajah.

"Bagi saya apa yang paling penting, kemerdekaan bukan bermaksud kebebasan untuk berbuat apa sahaja sesuka hati, tetapi ia bermaksud kita memberi upaya untuk menyumbang kepada pembinaan negara atau pembentukan sahsiah yang baik di kalangan rakyat kita, inilah fokus utama SGM," katanya.

Dinesh berkata 40 lagi peserta SGM terlibat dalam persembahan Komponen Rakyat Bersepadu bersama-sama peserta daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

-- BERNAMA

Wednesday, 30 August 2017

Sukan SEA 2017 Buktikan Kehebatan Dato Seri Najib


18 Julai 2012, dalam satu mesyuarat The SEA Games Federation (SGF) di Myanmar, Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Sukan Sea pada tahun 2017. Brunei sepatutnya menganjurkan Sukan Sea pada 2017 tetapi Dato Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia bersetuju agar Malaysia menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah.

Satu jawatankuasa dibentuk dan perancangan yang teliti dibuat sejak 2012 lagi untuk menjadi tuan rumah terbaik untuk Sukan Sea 2017. Bukan sekadar menjadi tuan rumah, Malaysia juga membuat persediaan atlet atlet yang terbaik untuk menjadi juara Sukan Sea di tanahair sendiri.

Hari ini merupakan hari terakhir Sukan Sea di Malaysia. Sehingga jam 11.00 pagi tadi, Malaysia sudah mendapat 142 pingat emas. Lebih 31 daripada sasaran awal iaitu 111 pingat emas. Semalam merupakan hari “hujan emas’ bagi Malaysia bila sejumlah 29 pingat emas berjaya ditambah atlet atlet negara.

Akhirnya pasukan negara berjaya menyahut cabaran Dato Seri Najib untuk menjadi juara di bumi sendiri. "Ingatlah anda akan bersaing di bumi sendiri, jadi mari berhempas pulas, lakukan yang terbaik bersama-sama rakyat Malaysia yang pasti akan memberi sokongan dengan penuh semangat, diiringi doa dan restu semua, tidak kira keturunan, bangsa, agama dan budaya.

"Mereka ingin melihat kejayaan setiap atlet, kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah terbaik dan lebih daripada itu muncul sebagai juara temasya ini," kata Dato Seri Najib ketika berucap pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10  Ogos 2017.

Selepas 12 hari cerita Sukan Sea menjadi topik utama di Malaysia, akhirnya Sukan SEA ke-29 akan melabuhkan tirainya pada malam ini, 30 Ogos 2017. Temasya yang bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia ini ternyata memahat seribu satu kenangan manis buat seluruh rakyat Malaysia.

Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada Sekretariat Kuala Lumpur 2017 (MASOC) yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, sebagai penasihatnya.

Sejak kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah sukan ini iaitu pada 1965, inilah rekod terbaik pernah Malaysia catatkan sebagai pengelola sukan paling termahsyur di rantau ini. Ini kali kedua Malaysia menjadi juara Sukan Sea selepas menjadi juara kali pertama pada 2001.

Bagaimanapun, bagi tahun ini (2017), kontinjen Malaysia bukan sahaja mencatatkan kegemilangan dalam penganjuran, malah turut meletakkan rekod baru sebagai pungutan pingat emas paling banyak Malaysia dalam sukan SEA iaitu 142 pingat emas.

Sebagai nakhoda kepada Kuala Lumpur 2017 ini, Dato Seri Najib sentiasa mengikuti perkembangan Sukan Sea KL2017. Sentiasa hadir memberikan sokongan dan kata kata semangat kepada semua atlet Malaysia yang bertanding.

Ketika Malaysia sudah mengutip 61 pingat emas. Dato Seri Najib sudah merasai aura juara Malaysia. "Kita ambil maklum bahawa suasana mood negara sehari dua ini nampak ke arah lebih positif dengan terlaksananya Sukan SEA Ke-29... kita lihat sokongan rakyat memuncak di setiap venue pertandingan dan ahli sukan juga berhempas pulas capai kejayaan demi negara. Mudah-mudahan, kalau trend ini berlanjutan, Malaysia ada peluang baik untuk menjadi juara Sukan SEA," kata Dato Seri Najib

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.6 billion untuk menaik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi Bandar Sukan Bukit Jalil bagi menghadapi Sukan Sea 2017. Velodrom Tertutup di Nilai, tempat dimana emas ke 111 Malaysia dituai telah dibina dengan kos RM80 juta. Semua ini dibuat dan direalisasikan ketika ada pihak yang menuduh Malaysia hendak bankrup dan muflis.

Namun Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri terus mara ke hadapan dan tidak menghiraukan apa yang ditohmah oleh pembangkang. Beliau terus merealisasikan hasrat Malaysia untuk menjadi tuan rumah terbaik Sukan Sea dan juara Sukan Sea pada 2017.

Pada temasya Sukan Sea di Singapura pada tahun 2015, Malaysia sekadar mendapat 62 emas dan berada di tempat keempat. Ketika temasya 2013 di Myanmar, Malaysia mendapat 43 pingat emas dan berada di tempat kelima. Pada temasya 2011 di Jakarta, Malaysia mendapat 58 pingat emas dan berada di tempat keempat. Kali ini, sudah 142 pingat emas pada temasya 2017 di Kuala Lumpur.

Sukan Sea bukan sekadar menjadikan Malaysia sebagai juara sukan di rantau Asia Tenggara ini. Malah penganjuran Sukan Sea ini yang turut menyumbang kepada KDNK negara sehingga 5.8%. Kadar ini adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Bermakna, Dato Seri Najib bukan sahaja memimpin Malaysia menjadi Juara Sukan Sea malah sebagai jaguh ekonomi di rantau Asia Tenggara ini.

Semua rakyat perlu bersama sama membantu Dato Seri Najib merealisasikan Malaysia ke arah yang lebih baik selepas acara Sukan Sea ini berakhir. Malaysia sudah berada di landasan yang betul. Kejayaan Sukan Sea dirancang sejak lima tahun yang lepas. Tiada kejayaan yang datang sekelip mata tanpa perancangan yang baik.

Oleh itu bersama samalah menjadikan negara kita ini lebih baik, maju dan jaguh dalam semua aspek. Usah toleh ke belakang lagi, maju ke hadapan. Bantulah Dato Seri Najib untuk mencipta lebih banyak lagi kejayaan dan pencapaian hebat di masa akan datang. Demi negara dan demi Malaysia.

Sumber : Pena Beruang Biru

Tuesday, 29 August 2017

Rakyat Perlu Hayati Semangat Pengorbanan Tun Abd Razak.- Sultan Nazrin


Andainya masih bernafas, Tun Abdul Razak pastinya kecewa melihat senario yang sedang berlaku di dalam negara,” titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda mengungkap kembali kata-kata bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein berkenaan masa depan negara bergantung kepada perpaduan rakyat.

Namun kini, dalam keghairahan mahu mendapat sokongan, parti politik kelihatan semakin cenderung memilih untuk menyalakan bara sensasi isu agama dan perkauman,” titah Sultan Perak.

Menurut baginda, Razak turut menggariskan peranan penting sekolah dalam memupuk perpaduan rakyat melalui aliran pengajian kebangsaan menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang terkandung dalam Penyata Razak.

“Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan kini dilihat semakin gagal memenuhi matlamat untuk sekolah berperanan sebagai taman asuhan menyatupadukan warganya.

“Generasi muda pelbagai kaum yang melalui pelbagai aliran persekolahan, tidak akan berpeluang berinteraksi dan saling mengenali, sebaliknya membesar secara berasingan dalam kelompok kaum masing-masing,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika melancarkan buku ‘Fulfilling A Legacy – Tun Razak Foundation’ terbitan Yayasan Tun Razak (YTR) hasil tulisan Shahreen Kamaluddin di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir, Tun Rahah Mohd Noah, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YTR, Tun Hanif Omar dan Canselor Universiti Tun Abdul Razak, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Tegas Sultan Nazrin, pelbagai gelinciran daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), terutama penyalahgunaan peluang pembahagian kekayaan berlaku.

“Ia mengakibatkan berlaku ketirisan pegangan ekonomi Bumiputera secara besar-besaran yang bukan saja mencetuskan salah faham Bumiputera yang menganggapnya sebagai pilih kasih, malahan juga kemarahan kalangan bukan Bumiputera,” titah baginda lagi.

Sementara itu Sultan Perak meminta rakyat Malaysia menghayati semangat pengorbanan Razak.

“Semoga wawasan dan nilai murni beliau perlu dihayati, dihidupkan dan disemarakkan dalam minda dan jiwa setiap warga Malaysia,” titah baginda.

PKR Tonggang Terbalik Krisis Dalaman Kian Membusung



Pergaduhan dalaman PKR antara peguam, Latheefa Koya dengan Rafizi Ramli semakin teruk.

Terkini Naib Presiden PKR yang lantang itu didakwa menjadi ejen kepada seorang pemimpin kanan UMNO.

Latheefa yang juga peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak berpuas hati dengan Rafizi susulan gesaan supaya satu kongres khas diadakan bagi menentukan hala tuju hubungan dengan Pas semalam dan membidas Ahli Parlimen Pandan itu sambil mendakwanya ‘barah’ kepada pembangkang.

Yang marah-marah saya sebab posting ini- sila lihat apa yang dibuat oleh barah ini sekarang. Dia sedang memaksa parti pecah dua. Dia tak hadir mesyuarat. Tetapi dia berani hanya bagi kata dua melalui media.

“Ini namanya tindakan bacul. Dia bertanding dulu dalam parti – bawa cerita palsu, minta backing dari orang-orang berpengaruh – tetap kena reject oleh anggota.

“Sekarang ini guna dia punya NGO- kutip duit pastu – dia guna duit ni untuk memecahbelahkan cabang. Bukan utk memantapkan parti tapi sebaliknya bagi huru-hara sebagai strategi ponorogo,” dakwa Latheefa dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya.

Latheefa tidak menulis individu dimaksudkan, bagaimana umum mengetahui Rafizi baru-baru ini ada membuat rayuan kutipan derma bagi membiayai kos guaman dalam satu kes saman dihadapinya.

Latheefa juga mendakwa Rafizi setiap hari sentiasa membuat ugutan untuk melompat parti.

“Dia ni perangai buruk- kalau org tak terima idea dia – dia akan lompat-lompat, ugut-ugut mau keluar parti
Paling jelas kenyataan Latheefa menunjukkan Rafizi adalah individu yang dimaksudkan dalam kritikannya adalah kenyataan ini : “Dia masuk tunjuk muka lepas PRU12. Dia kuar (keluar) lepas gaduh dari keje (kerja) koperat (korporat) sebelum dia masuk tapi konon berkorban gaji tinggi.”




Selain dari itu pergaduhan Azmin Ali dan Rafizi Ramli juga makin memuncak selepas Azmin cuba berunding dengan PAS untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai MB Selangor.
Rafizi mendakwa tindakan memujuk PAS itu keputusan Azmin bukan pendirian parti dan mendesak diadakan Kongres Khas bagi membincangkannya. 

Kartel Azmin tidak puas hati dengan kenyataan Rafizi itu dan mula menyerang Ahli Parlimen Pandan itu.
Timbalan AMK, Afif Bahardin 'menembak' Rafizi kerana sering ponteng mesyuarat parti sehingga tidak tahu pertemuan dengan PAS itu keputusan parti dan direstui Anwar Ibrahim.
Latheefa Koya pula melabelkan Naib Presiden PKR itu sebagai 'Geng Ponorogo' yang berperanan memecah belahkan parti.
Latheefa juga menyalahkan Rafizi sebagai punca Anwar masuk penjara lebih awal ekoran Langkah Kajang yang gagal.

Rafizi sebelum ini menamakan beberapa pemimpin tertinggi PKR yang menyokongnya menjatuhkan Azmin termasuk Johari Abdul dan Saifuddin Nasution.
Presiden PKR, Wan Azizah sepatutnya dipersalahkan kerana tidak berdaya memainkan peranan sebagai ketua. Adakah calon PM Sementara ini menunggu 'wahyu' dari Sungai Buloh?

Rafizi bertanding di kerusi Parlimen Pandan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13, sebelum itu beliau memegang jawatan dalam Petronas.

Semalam, Rafizi mendakwa ketika ini wujud dua kumpulan saling bertentangan dalam parti itu dan masing-masing membawa pendapat berbeza mengenai cara bagaimana Pas perlu ditangani.

Katanya, kewujudan dua kumpulan berbeza pendapat itu mengelirukan akar umbi kerana ada antara mereka turut memegang jawatan kanan Pakatan Harapan.

Keadaan itu, kata Rafizi, sudah berlaku sejak pertengahan tahun 2015 dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada persediaan gabungan berkenaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14


Monday, 28 August 2017

Guan Eng "Lembukan" Penduduk Sungai Lembu Dengan Sebakul Durian



Kerajaan DAP pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng tergamak menangguhkan operasi sebuah kilang haram dek kepentingan mereka sehingga sanggup mengambil ringan perihal kebajikan penduduk kampung berhampiran yang sudah menderita lama akibat kilang berkenaan.

26 Ogos lepas, pemimpin PKR bersama-sama dengan Exco Kerajaan Negeri yang ditahan reman oleh SPRM, tempoh hari, Phee Boon Poh menyelesaikan masalah penderitaan penduduk Kampung Sungai Lembu dengan hanya memberikan mereka makan sebakul durian sahaja.

Kilang perusahaan habuk papan yang sudah beroperasi secara tidak sah selama lebih 10 tahun terus beroperasi tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri.

Alasan Guan Eng, memang dasar kerajaan negeri yang tidak dihebahkan iaitu menangguhkan operasi ke atas kilang atau premis besar yang beroperasi secara tidak sah kerana kerajaan negeri mahu mencari penyelesaian yang lebih adil untuk kedua-dua belah pihak.

Bukan sahaja hanya beri makan durian sahaja, Guan Eng pula kemudian memberikan RM10,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Sungai Lembu sebagai pemberian mencuci dosa yang langsung tidak setimpal dengan apa yang penduduk kampung berkenaan lalui. 

Kalau dulu, semasa pembinaan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan, DAP dan parti pembangkang lain mengutuk kerajaan dengan pelbagai tuduhan bahawa kilang berkenaan akan akibatkan ada orang mati dan ada orang akan jadi zombie. 

Tuduhan ini tidak tepat. Selepas 5 tahun, tiada zombie di Lynas. Namun di Sungai Lembu ada 7 orang telah mati akibat kanser. Seorang mangsa yang mati bernama Mo Teng Jie, berusia 26 tahun. Gambarnya juga turut jadi viral di media sosial. 

Namun DAP dan Guan buat buat tidak nampak dan tutup mata. Mahu tutup mata dan mulut rakyat dengan sebakul durian dan wang RM10,000 sahaja. Penduduk Sungai Lembu masih waras, mereka tidak sanggup "dilembukan" oleh Guan Eng. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas anak Lim Kit Siang itu dalam soal kilang haram. Ini kerana DAP sendiri masih dibelenggu masalah seperti itu tetapi sibuk mengkritik soal kilang Lynas.

"(Isu) Kilang Lynas diperbesarkan dan dijadikan isu sebelum pilihan raya kononnya menjadi punca kepada masalah radiasi, boleh sebabkan penduduk terkena kanser dan mati tetapi sampai hari ini tiada orang yang mati di Kuantan sebab Lynas," kata Dato Seri Najib semalam.

Dulu, ada kes penguatkuasa pihak berkuasa tempatan yang diganggu operasinya ketika menjalankan tugas serta turut diganggu secara seksual yang diberi RM200 sebagai habuan selepas anggota itu menarik balik laporan polis yang dibuatnya. 

Ketua Menteri hanya tahu melayan rakyat negerinya seperti "lembu" sahaja. Penguatkuasa kena maki, tutup mulut dengan RM200. Padahal yang memaki itu adalah ahli DAP. 

Kemudian 7 orang mati dan berpuluh lagi hidap kanser di Sungai Lembu mahu ditutup dengan wang RM10,000 dan sebakul durian sahaja. Ini tindakan yang tidak berperkemanusiaan oleh Guan Eng. 

Kilang haram untung berjuta, rakyat yang kena penyakit dan keluarga mangsa yang mati hanya dapat rasa durian sahaja. 

Rakyat Pulau Pinang jangan beri undi lagi pada DAP di Penang. Banyak lagi kilang haram akan tumbuh kalau DAP terus berkuasa. Kroni senang, rakyat akan terus menderita.

Sumber : Pena Beruang Biru

“Bila Kita Bersara, Perlulah Sokong Orang Yang Mengganti” - PM Najib



YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata pemimpin yang sudah bersara haruslah menyokong penggantinya kerana kekuatan yang diperolehnya sebelum ini adalah berdasarkan sokongan semua anggota UMNO.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata beliau gembira kerana menerima sokongan padu daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas mengambil alih jawatan perdana menteri daripada beliau.

“Saya masih ingat lagi bila saya ambil alih jawatan daripada Pak Lah (Abdullah), beliau kata: “saya mahu anda lakukan lebih baik daripada saya dan bangunkanlah negara ke tahap lebih tinggi’. Ini adalah hati orang yang ikhlas walaupun serahkan jawatan kepada saya.

“Pada saya, beliau (Abdullah) adalah negarawan yang saya hormati kerana beliau tak pentingkan soal dirinya tetapi lebih pentingkan negara,” katanya semasa menggulung perbahasan pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini, Ahad.

Beliau berkata setiap perdana menteri mempunyai kewajipan untuk membawa negara ke arah yang lebih baik daripada yang dilakukan pemimpin terdahulu, dan itulah yang menjadi pegangannya sejak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Abdullah.

Sehubungan itu, kata perdana menteri, konsep dan pesanan Abdullah akan diserahkan kepada bakal penggantinya apabila tiba masanya kelak kerana beliau sedar tanggungjawab membina negara memerlukan sokongan semua pihak dan tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Najib berkata keadaan itu berbeza dengan bekas pemimpin yang pernah menerajui negara selama 22 tahun, yang tidak berpegang kepada prinsip tersebut selepas beliau bersara.

“Pemimpin itu sering melaung-laungkan kepentingan untuk menyokong pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan kepada semua anggota UMNO.

“Saya masih ingat lagi (pesanan itu). Mungkin beliau lupa atau sengaja buat-buat lupa yang beliau telah ingatkan anggota UMNO bahawa bila kita bersara, perlulah sokong orang yang mengganti kerana waktu kita jadi pemimpin orang lain menyokong kita.

“Ini merupakan petua yang malangnya beliau sendiri tidak amalkan. Saya kuat kerana di belakang saya ada sokongan padu daripada anggota parti. Ini bukan soal Najib Razak sahaja, tetapi kerana ampuhnya kita sebagai UMNO,” kata beliau.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut meminta jentera parti bahagian itu mendekati anggota parti UMNO yang menjadi ‘orang hitam’ bagi meraih semula sokongan dan memastikan mereka mengundi parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Memang ada senarai dalam ‘war room’ kita nama-nama mereka yang kita kategorikan sebagai ‘orang hitam’, dan apabila kita semak nama mereka ternyata mereka anggota UMNO.

“Apabila kita tanya apa sebabnya (enggan mengundi UMNO), mereka nyatakan ada sesuatu yang tidak dapat kita tunaikan. Apabila kita tidak tunaikan mereka sanggup menyatakan ayat-ayat yang menggambarkan mereka menolak UMNO dan hendak mengundi pembangkang. Tetapi kita tidak pastilah mereka sanggup lakukannya atau tidak nanti.

Sebab itulah tindakan susulan perlu dilakukan, ADUN (anggota dewan undangan negeri), PDM (pusat daerah mengundi), JR (Jalinan Rakyat), perlulah ambil tindakan segera sebab mereka ini anggota UMNO. Saya nak tahu mereka ini benar-benar sanggup khianati parti atau tidak semata-mata tidak dapat sesuatu yang mereka kehendaki,” kata beliau.

Sementara itu, Najib melancarkan strategi ‘Jihad 191’ Bahagian Pekan untuk menambah bilangan anggota UMNO dan pengundi kawasan itu bagi memastikan Barisan Nasional (BN) mampu memenangi kawasan Parlimen itu dengan 40,000 majoriti undi pada PRU14.- Bernama

Sunday, 27 August 2017

Peranan Utama KEMAS Lahirkan Generasi Cemerlang Untuk Masa Depan



Seluruh warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) diingatkan supaya memahami peranan masing-masing dalam membantu melahirkan generasi cemerlang di masa hadapan.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, warga Kemas perlu lebih bersedia bagi melahirkan modal insan kelas pertama yang mempunyai semangat patriotik dan jati diri yang tinggi.

Semua warga Kemas adalah sebahagian daripada pemacu utama dalam memastikan lonjakan yang lebih besar untuk masa hadapan.

“Dengan peranan yang dimainkan oleh warga Kemas, ia akan memberi kesedaran minda kepada masyarakat luar bandar supaya mereka lebih berfikiran global,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sambutan Hari Potensi Kemas peringkat negeri di Sekolah Menengah Sains Machang di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kemas, Ahmad Kamal Idris dan Pengarah Kemas negeri, Anuar Mat Zin.

Pada majlis berkenaan, seramai 3,000 anak-anak Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas serta ibu bapa hadir memeriahkan sambutan berkenaan.

Program yang bermula seawal pukul 9 pagi itu turut dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk bola jaring, futsal dan gerak kreatif.

Saturday, 26 August 2017

Ahli UMNO Diingatkan Ketepi Budaya Ikan Keli Yang boleh Merosakkan Jentera Parti - TPM Zahid


Ahli UMNO diingatkan supaya mengetepikan budaya ikan keli yang boleh merosakkan jentera parti menerusi perbuatan sabotaj calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


Naib Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya tidak diberi perhatian serius, budaya itu dikhuatiri akan mengakibatkan calon-calon yang yang dapat diterima oleh rakyat tersingkir.


Tegasnya, semua pihak tidak perlu melobi untuk menjadi calon kerana proses pemilihan calon Barisan Nasional (BN) untuk PRU-14 akan mengambil kira faktor mereka yang disukai rakyat dan dijangka boleh menang.


“Kali ini Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Insya-Allah dengan dibantu oleh saya, calon-calon tidak akan tersalah pilih, jangan ada dalam kalangan sama ada yang di atas atau di bawah sabotaj mereka yang dipilih.


“Kita tidak mahu budaya ikan keli yang mengeruhkan kolam ini berada dalam jentera UMNO, sebaliknya ikutlah budaya ikan bandar raya, walaupun kecil tapi segala lumut dan kekotoran boleh dibersihkan untuk kemenangan parti,” katanya.


Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri.


Yang turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Sabri Alwi; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Jailani Johari.


Terdahulu, Ahmad Zahid turut melancarkan Jentera Rakyat Plus (JR Plus) bagi Bahagian Kuala Terengganu di samping menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di keempat-empat dewan undangan negeri (DUN) serta Parlimen.


Dalam perkembangan sama, beliau memberi jaminan akan berusaha menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di beberapa kerusi yang dikenal pasti di bahagian Kuala Terengganu bagi memastikan penyakit yang sedia ada itu tidak terus merebak dalam parti sekali gus mewujudkan suasana politik yang sihat serta stabil di Terengganu.


Katanya, walaupun Kuala Terengganu mempunyai sejarah ‘angin dan ombak politik’ yang pasang surut tetapi beliau yakin, UMNO dan BN tidak akan kecundang lagi dan mampu menebus kekalahan lalu dengan merampas kerusi DUN dan Parlimen.


“Ini adalah masa yang sesuai untuk UMNO dan BN memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,”ujar beliau.

Tidak Perlu Hantar Rombongan Untuk Jadi Calon PRU14 - TPM Zahid


YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota parti bahawa tidak perlu rombongan hingga penuh sebuah bas ataupun menghantar memorandum untuk menawan hati Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melobi calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Peringatan itu dinyatakan oleh timbalan perdana menteri yang juga Naib Presiden UMNO menjalankan tugas timbalan presiden parti bagi memastikan calon dipilih berdasarkan kehendak rakyat dan formula tertentu.

"Untuk menentukan calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti bukan mereka yang di atas (pemimpin) tetapi yang di bawah (rakyat). Kita akan terus adakan uji kaji. Siapa yang jadi cita rasa kepada pengundi.

"Kaedah pemilihan lama mungkin berbeza daripada sekarang...Saya dan Najib akan memastikan calon kali ini tidak tersalah pilih. Dengan pendekatan ini saya tidak mahu ada sabotaj kerana kita akan memilih calon boleh menang dan disukai pemilih. Saya menyeru supaya tidak perlu menghantar rombongan dengan bas atau memorandum untuk melobi saya dan Najib," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri.

Turut hadir Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh merangkap Anggota Parlimen Besut serta Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Jailani Johari.

Selain itu Ahmad Zahid berkata kehadirannya sebanyak dua kali di Kuala Terengganu tahun ini adalah simbol sokongan terhadap usaha yang dilakukan jentera pilihan raya dan berharap semangat beliau mampu membawa aura positif untuk terus kuat bekerja dalam menghadapi PRU14.

Tambahnya, sejarah kekalahan di Kuala Terengganu boleh berubah jika jentera pilihan raya memainkan peranan menawan hati rakyat memandangkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang kini dipegang Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad tidak lagi bersama PAS.

Katanya, keputusan Raja Kamarul Bahrin bersama Amanah sedikit sebanyak mengguris hati rakyat yang telah memilihnya malah UMNO turut mempunyai peluang di beberapa kawasan lain bagi memadam rekod 0-5 di Kuala Terengganu.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai DUN Wakaf Mempelam (PAS), DUN Batu Burok (PAS), DUN Ladang (PAS) dan Bandar (PKR).

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah atas kejayaan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dalan acara sukan kuda lasak sempena temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, baru-baru ini.

Katanya kejayaan Sultan Mizan bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia tetapi juga memberi suatu aura untuk meraih pelbagai kejayaan kepada orang lain terutama rakyat Terengganu.

Pada 20 Ogos lalu, Sultan Mizan meraih emas dalam acara sukan kuda lasak kategori individu apabila tiba di garisan penamat pada 8.18 pagi dengan catatan masa tiga jam 48 minit 38 saat , meleburkan rekod atlet Malaysia iaitu pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Mohd Sulaiman Muda yang mencatatkan enam jam 26 minit.

Pelaksanaan GST Selamatkan Ekonomi Negara - PM Najib


Kerajaan tidak mungkin melaksanakan pelbagai pembangunan untuk rakyat sekiranya pergantungan kepada hasil sumber minyak dan gas masih kekal 41 peratus setiap tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata langkah mempelbagaikan sumber termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah menyelamatkan ekonomi negara daripada keadaan tenat.

"Bila saya mengambil alih pemerintahan negara, kita bergantung kepada hasil sumber minyak dan gas iaitu sebanyak 41 peratus. Tetapi hari ini, pergantungan kita hanya 14 peratus hasil daripada kita pelbagaikan sumber.

"Cuba bayangkan jika kita bergantung kepada 41 peratus hasil minyak seperti sebelum ini dan harga minyak merudum, apa akan terjadi kepada ekonomi kerajaan. Jawapannya boleh dikatakan tenat," kata beliau ketika berucap merasmikan Persidangan Pewakilan UMNO Bahagian Balik Pulau di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kutipan GST memberikan hasil sebanyak RM41 billion kepada sumber kewangan kerajaan dan sekiranya pelaksanaan GST dihentikan, ia akan memberi masalah kepada pentadbiran negara.


"Setiap tahun, belanjawan negara bernilai RM220 billion dan bajet pembangunan negara dianggarkan dalam RM45 billion setiap tahun. Kalau ditolak dengan kutipan GST, negara hampir-hampir tiada peruntukan setiap tahun untuk pembangunan," kata beliau.

Beliau berkata segala usaha pembangunan yang dilaksanakan itu menunjukkan kemampuan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam mentransformasikan negara demi kesejahteraan rakyat.

Najib berkata keadaan itu berbeza dengan pembangkang yang hanya pandai berjanji untuk mendapatkan sesuatu tetapi tidak menepati janjinya seperti kerajaan DAP Pulau Pinang yang sebelum ini menjanjikan tiada kenaikan harga dalam tarif air tetapi tetapi telah empat kali menaikkan surcaj air.



"Apa yang pembangkang kata, kita tidak boleh pakai sebab tidak berasaskan realiti tetapi hanya untuk bagi orang seronok dan untuk populis serta mencapai matlamat mendapatkan kuasa," kata beliau.

Najib yang juga presiden UMNO turut membidas pembangkang kerana memperbesarkan isu kilang Lynas di Pahang sedangkan pada masa yang sama mereka berdepan isu kilang haram di Pulau Pinang.

Beliau berkata isu kilang haram di Sungai Lembu yang didakwa mencemarkan alam sekitar dan menyebabkan masalah kesihatan telah dibangkitkan sendiri oleh wakil PKR sedangkan isu Lynas tidak pernah dilapor menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan sekitarnya seperti yang didakwa pembangkang.

"(Isu) Kilang Lynas diperbesarkan dan dijadikan isu sebelum pilihan raya kononnya menjadi punca kepada masalah radiasi, boleh sebabkan penduduk terkena kanser dan mati tetapi sampai hari ini tiada orang yang mati di Kuantan sebab Lynas," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar pembangkang membuktikan berlakunya kematian atau penyakit kanser yang disebabkan oleh kilang Lynas.

"Tolong buktikan wahai pembangkang (jika) ada orang mati atau kena kanser sebab Lynas. Jangan bisu seribu bahasa," kata beliau. - Bernama


Kerajaan Pusat Tolak Projek Tambakan Laut Jika Menjejaskan Pendapatan Rakyat



Kerajaan Persekutuan tidak akan menyokong projek tambakan laut di Pulau Pinang sekiranya ia akan memberi kerugian yang besar sehingga menjejaskan punca pendapatan rakyat di kawasan terlibat.

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan persekutuan mempunyai pendirian dalam meluluskan sesuatu projek dan bukanlah menolak semata-mata atas dasar fahaman politik.

"Projek tebus tanah seluas 4,500 ekar (1,800 hektar) yang hendak dilaksanakan kerajaan negeri, saya kira projek seperti ini mesti penuhi syarat-syarat, saya tidak mahu pendirian kerajaan persekutuan disalah erti semata-mata atas dasar atau motif politik.

"Kita menolak sesuatu cadangan kerajaan negeri bukan kerana kerajaan negeri daripada parti pembangkang, ini bukan pendirian kita," ucap beliau pada majlis Jamuan Rakyat anjuran UMNO Bahagian Balik Pulau di Politeknik Balik Pulau di sini, hari ini.

Beliau berkata, buktinya, banyak projek pembangunan telah dibawa ke Pulau Pinang walaupun ia di bawah kepimpinan parti pembangkang.

Najib berkata antara kriteria utama yang mesti dipertimbangkan sebelum meluluskan sesuatu projek pembangunan ialah sebarang projek mestilah tidak memberi impak dan kerugian yang besar kepada masyarakat setempat, mesra dan lestari alam serta menjimatkan perbelanjaan rakyat.

"Dalam hal ini (projek tambakan laut) 1,500 nelayan, kalau jalankan projek ini, ibarat mencampak pasir ke dalam periuk nasi nelayan, (jadi) tidak patut dilaksanakan.

"(Jadi) Nelayan jangan bimbang, kalau merugikan rakyat, kerajaan persekutuan tidak akan sokong (projek tambak laut)," katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan pelaksanaan projek tambakan laut seluas kira-kira 1,800 hektar di Permatang Damar Laut di sini bernilai RM46 bilion bagi membina tiga pulau buatan untuk tujuan pembangunan.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata Barisan Nasional (BN) yakin akan dapat mempertahankan kerusi Parlimen Balik Pulau dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam parlimen berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya yakin rakyat Balik Pulau sudah tahu bagaimana untuk pilih dan gunakan kuasa apabila sampai masanya.

"Di peringkat pusat kita tahu kita mesti baca isi hati orang sini, dalam pilih calon, mesti sesuai dengan isi hati rakyat Balik Pulau," katanya. - Bernama

PAN Jelas Hipokrasi Buat-Buat Lupa Trajedi Memali



Dulu PAS sekarang PAN , kini mengamalkan politik hipokrasi apabila dilihat sengaja melupakan tragedi Memali demi menjaga kepentingan individu tertentu.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, berkata parti PAN perlu bersikap lebih jujur kerana sewaktu bersama PAS mereka adalah antara penggerak yang lantang memperjuangkan keadilan Memali.

"Mereka perlu berlaku jujur...ucapan mereka masih segar dan terngiang-ngiang lagi di telinga dengan mengutuk tindakan Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan mendesak kerajaan menjalankan siaatan tulus menerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

"Kini, selepas beberapa bulan keluar daripada PAS, terus mereka jadi lupa. Mereka perlu bersikap jujur dengan yang mana hak dikatakan hak, yang batil dikatakan batil," katanya.

Nasrudin berkata ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Balai Islam Madi.

Nasrudin juga turut menempelak pihak tertentu yang dilihat 'kalut' mengenai isu berkenaan dengan mendakwa RCI tragedi Memali hanya akan memakan diri PAS.

"Tidak berbangkit isu di mana PAS akan rugi jika RCI ini menjadi kenyataan nanti. Kita bersetuju ia diteruskan.

"RCI tidak ditubuhkan lagi dah ada pihak kelam kabut kata pimpinan PAS akan kena nanti. Sepatutnya mereka yang selama ini menentang PAS bersyukur, tetapi kenapa mereka kalut?

"Seolah-olah mahu mempertahankan 'tuan' mereka itu," katanya tanpa menyebut nama mana-mana pihak.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan isu Memali sengaja dibangkitkan kerana hampir pilihan raya adalah tidak tepat kerana PAS cuma memberi maklum balas selepas isu itu dibangkitkan pada progam 'Nothing to Hide'.

"Ia bukan isu baharu kerana PAS bangkitkan (isu memali) sepanjang masa dengan adanya sambutan tahunan di Memali setiap tahun

"Ia juga menjadi isu politik sejak enam edisi pilihan raya. Isu Memali tidak pernah selesai, sebab itu kita mahu siasatan telus dijalankan bagi menyelesaikan isu ini,"

Thursday, 24 August 2017

Pengundi Muda Kritikal Mula Beralih Sokong BN


Situasi pembangkang di negara ini yang sentiasa berpecah belah antara penyebab utama pengundi muda mula mendekati Barisan Nasional (BN) menjelang pilihanraya umum.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata ianya menjadi penyumbang kepada perubahan trend sokongan golongan berkenaan kepada parti pemerintah.

“Mereka semakin yakin dengan pemerintahan BN, kerana pemimpinnya yang bersatu, melaksanakan projek kesejahteraan rakyat, merancang masa depan negara dan mampu menjamin kestabilan serta keselamatan negara.

“Selain itu, anak muda juga bosan dengan isu-isu yang dibangkitkan pembangkang kerana ia tidak relevan berbanding isu-isu yang dibawa BN

“Ini sekaligus mendorong kuat pengundi muda untuk bersama BN. Mereka yakin masa depan negara lebih terjamin jika BN terus memerintah Malaysia,” kata beliau dalam blognya hari ini.

Tegas beliau yang juga Bendahari UMNO, golongan berkenaan juga tidak lagi berpegang kepada janji politik yang ditabur pembangkang.

“Selain itu, anak muda tidak boleh menerima ‘politik cauvinis’ yang merenggangkan keharmonian hubungan kaum berbanding dengan BN yang berusaha kuat untuk membentuk bangsa Malaysia yang bersatu,” katanya lagi.

Menurut Salleh, pada PRU-13, sejumlah 41.98 peratus pengundi yang berumur antara 21 dan 40 tahun agak kritikal terhadap kerajaan BN.

“Bagaimanapun perubahan trend dapat dilihat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016 apabila berlaku peningkatan sokongan pengundi muda kepada BN.

“Hal yang sama juga berlaku di Kuala Kangsar iaitu berlaku peralihan sokongan pengundi muda sebanyak 18 peratus kepada calon BN, iaitu daripada 42 peratus dalam PRU-13 kepada 60 peratus dalam PRK tahun lalu,” kata bekas Speaker DUN Sabah itu.

PM Najib Lancar Ikon 1Malaysia Negaraku




PUTRAJAYA - YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan ikon 1Malaysia Negaraku, yang menggabungkan konsep 1Malaysia dan inisiatif Negaraku, yang melambangkan simbol pengukuhan mesej dan platform khusus bagi memupuk perpaduan negara.

Pada majlis pelancaran di Perdana Putra di sini yang dihadiri menteri-menteri Kabinet, beliau berkata penjenamaan semula ikon 1Malaysia itu adalah bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat yang telah begitu sinonim dengan kedua-dua konsep berkenaan.



"Maka, kita bersetuju untuk menggabungkan kedua-dua simbol menjadi satu ikon negara supaya kita tidak ketepikan konsep 1Malaysia dan juga tidak memberi tumpuan kepada konsep 'Negaraku' seolah-olah 1Malaysia tidak wujud lagi.

"Dengan ini, 1Malaysia akan terus kita perjuangkan laungannya. Kita putuskan bahawa inilah gambaran ikon baharu untuk negara kita iaitu 1Malaysia Negaraku," katanya.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri-Menteri Kabinet termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.


Najib berkata konsep 1Malaysia yang dilancarkan pada Jun 2009 telah diterima sebagai satu pendekatan, falsafah dan konsep yang membawa pengertian mendalam kepada rakyat Malaysia.

Beliau berkata 1Malaysia melambangkan hasrat untuk mencapai perpaduan nasional melalui semangat kebersamaan, kebersatuan dan kerjasama serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain

"1Malaysia bukan sahaja satu konsep dan wahana tetapi ia juga diasaskan kepada nilai-nilai utama dan sampingan yang boleh dijadikan sebagai asas dalam proses membina sebuah negara bangsa," katanya.

Najib berkata perjalanan untuk mencapai perpaduan jitu dan kukuh mengambil masa dan perlu merentasi pelbagai cabaran dan rintangan namun berbekalkan nilai-nilai asas yang ada kaitan dengan konsep 1Malaysia, maka boleh dilihat Malaysia mampu bergerak ke arah matlamat diidamkan.

Beliau berkata konsep 1Malaysia adalah berlainan dengan konsep diperkenalkan sebelum ini kerana ia dikaitkan dengan produk dan program yang menggunakan nama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Skim Latihan 1Malaysia dan juga Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Mengenai inisiatif Negaraku yang dilancarkan pada Mac tahun ini, Najib berkata ia mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat.

"Apabila kita sebut Negaraku, kita dapat sambutan yang hangat sebab ia menjadi begitu spontan, sebut sahaja Negaraku, rakyat akan sahut Malaysia,\" katanya.

Najib berkata ikon baharu itu akan diguna pakai menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

"Saya yakin ia akan diterima sepenuhnya oleh rakyat Malaysia khususnya dengan kemeriahan, keseronokan dan pencapaian Sukan SEA 2017. Saya percaya ia akan menyemarakkan semangat kita,\" katanya.

Najib melahirkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Lim Kok Wing dan Limkokwing University of Creative Technology yang bekerjasama menghasilkan ikon berkenaan.

Ikon itu menggabungkan ikon '1Malaysia' dan 'Negaraku' sedia ada dengan angka '1' pada ikon '1Malaysia' dililit bendera Jalur Gemilang yang juga tertera perkataan 'Negaraku' di bawahnya. - Bernama

Wednesday, 23 August 2017

Hukuman Penjara 18 Bulan Keatas Rafizi Kekal


Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 18 bulan terhadap Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli yang didapati bersalah mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden PKR, terhadap sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan pada 14 Nov 2016.

Azman bagaimanapun melepaskan dan membebaskan Mohd Rafizi, 40, daripada sabitan dan hukuman penjara 18 bulan bagi pertuduhan memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Dalam penghakimannya hakim itu berkata, hukuman 18 bulan yang dijatuhkan tidak terlalu berat selepas mengambil kira hukuman minimum bagi kesalahan itu ialah kurang daripada satu tahun dan maksimum tujuh tahun.

Azman turut membenarkan permohonan Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Mohd Rafizi untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan kes berkenaan di Mahkamah Rayuan selesai dan mengekalkan jaminan RM20,000.....

Konvensyen JKKK Dan JKKKP Bukti Kerajaan Hargai Jasa Pemimpin Pelbagai Peringkat


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Konvensyen Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.



Konvensyen anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu dihadiri Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, timbalan menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi serta kira-kira 10,000 ahli JKKK dan JKKKP seluruh negara.
Turut hadir JKKK dan JKKKP dari Parlimen Parit Buntar yang segak berbaju koperat biru. 
Ketika sesi ucapan Perdana Menteri mengumumkan beberapa berita baik untuk semua. Seperti kad diskaun  dan insuran demi menjaga kebajikkan JKKK dan JKKKP.




Pada majlis itu, perdana menteri turut menyampaikan Anugerah Desa Perdana 2017 peringkat kebangsaan sebagai acara kemuncak bagi mengiktiraf kampung yang menyertai pertandingan itu.

Pertandingan Anugerah Desa Perdana tahun ini melibatkan semua negeri di Malaysia dalam tiga kategori iaitu Kampung Tradisional, Kampung Orang Asli dan Rumah Panjang.

Program itu adalah bagi menghargai dan mengiktiraf kepimpinan cemerlang di peringkat kampung yang telah berusaha bersungguh-sungguh mentadbir kampung masing-masing secara bermuafakat.


Tuesday, 22 August 2017

Hari Raya Aidiladha Pada 1 September 2017

Post Pic

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 1 September, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan malam ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1438 Hijrah ialah pada Rabu, 23 Ogos 2017.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 1 September 2017," katanya ketika mengumumkannya secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Pemimpin Akar Umbi Perlu Tangkas Sampaikan Kebenaran, Tangkis Persepsi - PM Najib


Pemimpin di peringkat akar umbi perlu tangkas dan berperanan lebih besar dalam menyampaikan kebenaran dengan sekali gus memperbetulkan persepsi negatif rakyat yang sering dikelirukan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata pembangkang kerap kali gemar menyelewengkan fakta dan seterusnya disebar luaskan menerusi media sosial sehingga yang batil menjadi benar, dan sering kali juga kerajaan menjadi mangsa dalam permainan persepsi ini.


Justeru, katanya, sebagai pemimpin yang paling dekat dengan rakyat, pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) perlu cekap dalam peranan mereka, seiring dengan cabaran semasa.

"Beritahu orang kampung, jangan mudah terpedaya dengan apa yang ada dalam media sosial. Dalam media sosial banyak pembohongan dan banyak juga pendapat. Tolong bezakan antara pendapat, fakta dan realiti. Itulah tugasan kita hari ini.

"Kalau dulu lain kerana tidak ada media sosial, (malahan) peranan ketua-ketua kampung, setiausaha JKKK tidak seberat dan sekompleks hari ini. (Sebaliknya) Hari ini, peranan kita berbeza. Kita mesti tahu medium baharu, mesti tahu 'the new battlefield' (medan perang baharu) iaitu media sosial...bagaimana kita nak lawan perang persepsi dan bagaimana nak baca isi hati rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen JKKK/JKKP dan Anugerah Desa Perdana 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan timbalannya Datuk Alexander Nanta Linggi antara pemimpin yang turut hadir pada konvensyen itu bersama-sama lebih 10,000 pemimpin JKKK, JKKKP dan JKKKOA dari seluruh negara.

Mengulas lanjut, perdana menteri berkata pembohongan dan dakyah pembangkang meliputi pelbagai cara dan kaedah hingga ada dalam kalangan anggota Parlimen pembangkang yang terdesak mengambil foto jalan balak di Sarawak dan kemudian ditularkan kononnya itulah pembangunan yang telah dibuat kerajaan pusat di Sarawak.

"Ia jelas satu pembohongan sebab jalan luar bandar yang ada hari ini sebenarnya jauh lebih baik. Malah kita bina jaringan Lebuh raya Pan Borneo tanpa tol untuk Sabah dan Sarawak sebagai hadiah kerana menyokong kita," katanya.

Najib berkata pembohongan itu tidak terhenti begitu sahaja malahan beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut tidak terlepas daripada menjadi permainan bahan fitnah pembangkang.

"Saya juga sering menjadi mangsa pembohongan sebegini. Contohnya ada satu gambar saya di bilik hotel ketika di Beijing semasa melawat ke China. Isteri saya ada, menteri-menteri dan duta juga ada dengan saya tetapi dalam media sosial diviralkan (kononnya isteri saya hadir dalam mesyuarat jemaah menteri di Putrajaya.

"Sebab itulah kita mesti beritahu kepada rakyat bahawa apa-apa berita yang disampaikan, tolong selidik dahulu. Dalam Islam pun dianjurkan untuk kita guna konsep tabayyun, iaitu siasat (dan semak) dulu apa-apa berita yang disampaikan," kata perdana menteri.

jkk-1

Sehubungan itu, Najib meminta semua pihak supaya bersikap lebih rasional apabila menerima sebarang berita, termasuk berkaitan dalam aspek pembangunan negara kerana rakyat perlu sedar bahawa sebarang perancangan berkaitan pembangunan, sememangnya mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.

Selain itu, perdana menteri juga berharap supaya rakyat dapat melihat bahawa kerajaan turut menghadapi kekangan-kekangan yang di luar kawalan seperti masalah kemelesetan harga minyak dunia yang turut menjejaskan pendapatan dan ekonomi negara.

"Daripada perdana menteri pertama sampai kepada perdana menteri keenam, kita perlukan kesinambungan untuk mencapai apa yang kita impikan.., kita perlukan masa. Kadang-kadang negara hadapi kemelesetan ekonomi dunia yang di luar daripada jangkauan kita.

"Kejatuhan harga minyak di luar kuasa kita. Saya hairan tak pernah berlaku di negara lain kalau harga minyak naik pemimpin dipersalahkan, Tapi di Malaysia harga minyak naik perdana menteri kena kutuk.

"Adakalanya ia bukan kerana perdana menteri, (malahan) Arab Saudi pun tak boleh kawal harga minyak dunia.

Sehubungan itu, katanya, pemimpin akar umbi perlu mendidik rakyat untuk memahami perkaitan isu global dan isu nasional supaya mereka lebih jelas dan memahami cabaran yang dihadapi kerajaan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

"Saya pasti, rakyat akan sedar bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan yang terbaik terutama untuk masyarakat luar bandar. Dari segi komitmen peribadi, saya tidak akan meninggalkan pembangunan luar bandar.

"Bila soal kemudahan asas luar bandar sudah selesai kita fikir macam mana pula nak naikkan pendapatan masyarakat luar bandar. Inilah kerajaan kita yang sentiasa prihatin untuk masyarakat luar bandar," katanya.

Pada majlis itu, perdana menteri turut memperkenalkan Skim Insurans Berkelompok kepada semua JKKK, JKKKP dan JKKKOA berkuat kuasa awal tahun depan yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 265,000 golongan itu di seluruh negara.

Selain itu, Najib turut melancarkan Kad Identiti JKKK, JKKKP dan JKKKOA yang antara lain memberi diskaun kepada pemegang kad di beberapa lokasi terpilih, sebagai bukti komitmen bahawa kerajaan sentiasa menjaga kebajikan kumpulan itu.

Perdana menteri juga menyampaikan sijil kepada peserta yang mengikuti program Sijil Tadbir Urus Desa, yang merupakan program kerjasama antara Institut Kemajuan Desa (INFRA) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Sementara itu, Kampung Baru Kemasik, Terengganu dinobatkan sebagai johan Anugerah Desa Perdana 2017 peringkat kebangsaan bagi kategori Kampung Tradisional, membawa pulang wang tunai RM100,000 dan hadiah berbentuk projek bernilai RM600,000.

Kampung Pengkalan Tereh, Johor pula muncul johan bagi kategori Kampung Orang Asli, manakala Rumah Bengau, Ng Sut, Kapit di Sarawak menjadi johan kategori Rumah Panjang, dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan hadiah berbentuk projek bernilai RM100,000.

Sebanyak 582 buah kampung menyertai pertandingan Anugerah Desa Perdana di peringkat daerah, 159 kampung di peringkat negeri dan bagi peringkat kebangsaan pula sebanyak 23 kampung dipilih mewakili negeri dalam kategori masing-masing. - Bernama

Kit Siang Tabur Harapan Palsu Kerana Tahu Pakatan Harapan Tidak Mampu Menang PRU14,

Image result for lim kit siang dan perak

PEMIMPIN veteran DAP Lim Kit Siang hanya memberi harapan palsu kepada penyokong parti pembangkang kerana beliau sendiri tidak yakin kemampuan Pakatan Harapan menawan Perak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohammad berkata ketidakyakinan Kit Siang dapat dilihat semasa berceramah di Parit Buntar minggu lalu apabila kerap mengulangi perkataan 'jika ' .

"Ini jelas dilihat apabila dalam kenyataannya berulang kali menggunakan istilah "jika". Contohnya "jika PAS bertanding dan menjadi pengganggu undi", "jika berlaku pertandingan tiga-penjuru" dan pelbagai keadaan yang menggunakan perkataan "jika".

"Ia juga jelas menunjukkan beliau berada di awang-awangan dan tidak yakin dengan hipotesisnya sendiri. Dari segi psikologi, ia bermakna Kit Siang sendiri tidak yakin dengan ramalannya," kata Saarani dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurut Saarani, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan Kit Siang sengaja mengeluarkan kenyataan seperti itu bagi mengalih tumpuan masyarakat terhadap perbalahan yang berlaku dalam kalangan parti pembangkang.

"Buktinya sehingga kini, mereka tidak dapat mencapai konsensus yang nyata dalam mengenal pasti siapakah sebenarnya yang menjadi pemimpin utama mereka," katanya.

Dalam pada itu, Saarani berkata Barisan Nasional (BN) Perak yakin akan memenangi 39 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada PRU14 berdasarkan simulasi yang dibuat sebelum ini.

Katanya melalui simulasi itu menunjukkan sokongan undi Melayu meningkat 10 peratus serta lima peratus bagi undi bukan Melayu terhadap BN dan ia membuktikan gerak kerja yang dibuat sejak PRU13 mula menampakkan hasil positif.

"Kami telah mengatur serta melaksana strategi yang lebih mantap bagi mengatasi dakyah serta dasar politik kebencian yang ditanam oleh DAP serta sekutunya," kata Saarani yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kota Taman.

Pada PRU13, BN Perak memenangi 31 kerusi DUN, DAP (18), manakala PKR dan PAS masing-masing lima kerusi. - Bernama

Monday, 21 August 2017

DI mana Ada Mahathir Di Situ Timbul Kekecohan - Netizen



DIMANA ADA MAHATHIR, DI SITU ADA ‘KEKECOHAN’… Begitulah komen ringkas yang diterima dari netizen sejak kebelakangan ini. Ia beri gambaran terhadap bagaimana respon rakyat di negara ini terhadap perilaku bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Selepas menimbulkan kemarahan netizen kerana tidak menjawab secara jujur dalam program Nothing To Hide 2 di Shah Alam pada 13 Ogos lalu, kehadiran Dr. Mahathir ke Kepala Batas, Pulau Pinang pada 20 Ogos 2017 telah menyebabkan keadaan yang hampir sama – huru hara.

Dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah malam itu, seorang remaja lelaki dikatakan dikasari beberapa ahli PPBM yang mahu membawanya keluar daripada perkarangan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) selepas dia mahu memeluk Dr. Mahathir.

Kekecohan kira-kira setengah jam itu juga telah menyebabkan peserta program panik dan bimbang sekiranya perkara sama dalam program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini yang menyaksikan balingan kerusi, kasut dan suar terhadap Pengerusi PPBM itu berulang.

Seorang lelaki yang mendakwa ayah ramaja berkanaan, Faizal, 50-an berkata, anaknya sangat mengagumi Dr. Mahathir dan mahu hadir ke program itu pada malam berkenaan untuk berjumpa dengan pemimpin berkenaan tetapi tidak menyangka perkara sedemikian berlaku.

Menceritakan kejadian itu, lelaki itu yang turut mendakwa yang dirinya sebagai bekas Timbalan Ketua PKR Bahagian Tasek Gelugor berkata, dia enggan pergi ke program berkenaan tetapi anaknya mengajaknya kerana mahu melihat Dr. Mahathir yang juga rakan baik datuknya secara lebih dekat.

“Apa salah anak saya, dia hanya mahu memeluk Dr. Mahathir tetapi mereka tarik dia, cekik dia. Dalam PKR tidak pernah ada macam ini, orang hendaak sokong tetapi kenapa mereka buat anak saya macam penyangak?

“Kita baru hendak terima Dr. Mahathir, beliau fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita tidak boleh terima, kita marah Anwar kenapa terima. Kita baru nak terima tapi tengok dia buat macam ini, adakah kita mahu undi PPBM?” soalnya ketika ditemui pemberita di sini pada malam kejadian.

Rakyat Terima Padahnya Bila Negeri Di tangan Pembangkang


Isu kilang haram di Sungai Lembu, Permatang Pauh, masih lagi menjadi ‘virus’ bagi penduduk setempat. Untuk rekod, seramai 11 orang penduduk kampung dilaporkan positif kanser akibat aktiviti kilang haram tersebut.

Bekas aktivis DAP yang meletakkan jawatan, Shamsher Singh Thind baru-baru ini menggesa Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Guan Eng meletakkan jawatan ekoran terus membenarkan kilang haram pembawa kanser beroperasi di situ.

Parlimen berkenaan merupakan kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini Wan Azizah menjadi wakil rakyat. Guan Eng pula bertindak sebagai pembantu Wan Azizah sementara Pengerusi Pakatan Harapan itu tidak berada di Permatang Pauh.

ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin telah membangkitkan isu ini sejak 2 tahun tetapi tiada tindakan. Namun kilang haram itu tetap dibenarkan beroperasi lebih kurang 10 tahun, dengan melepaskan gas toksik setiap hari.

Surat yang ditulis kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani oleh kerajaan negeri untuk tidak campur tangan ibarat menambah garam pada luka penduduk setempat. Sangat berbeza dengan protes di luar kilang Lynas dan tiada aduan dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar.

Timbul persoalan, adakah perniagaan kilang haram lebih penting daripada kehidupan, keselamatan dan keselesaan penduduk kampung?

Sejak pendedahan berkaitan isu kilang berkenaan, Dr Norlela dipulaukan oleh pemimpin Pakatan Harapan Pulau Pinang termasuk pemimpin PKR. Keluarganya juga turut menjadi mangsa pelbagai gangguan. Sungguh tertekan beliau kini dengan tiada tempat untuk bergantung harap.

Penganalisis politik Lim Sian See dalam pada itu menempelak sistem pembangkang yang menganggap penegak keadilan sebagai penjenayah dan individu yang dipalit dengan amalan rasuah sebagai hero. Ianya merujuk kepada Dr Norlela yang mendedahkan isu berkenaan dan penangkapan Boon Poh oleh SPRM.

_"Penjenayah! Individu yang cuba menghentikan (operasi) kilang haram yang membahayakan kesihatan penduduk kampung._



RCI Terima Keterangan Dari 2 Saksi Baru


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian BNM akibat kegiatan perdagangan mata wang asing dianggarkan kira-kira AS$10 bilion (RM44 bilion) sekitar 1990-an hari ini menerima dua keterangan daripada dua bekas pegawai bank pusat itu.

Dua saksi berkenaan adalah Abdul Aziz Abdul Manaf dan Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin.

Abdul Aziz telah melakukan laporan dalaman mengenai kerugian BNM dalam transaksi mata wang asing dari 1988 hingga 1994 manakala Ahmad Hizzad merupakan antara individu dipertanggungjawabkan bagi melakukan audit kerugian itu secara khusus bagi tahun 1992.

Prosiding yang bermula pukul 9 pagi di Istana Kehakiman itu didengari oleh panel yang dipengerusikan oleh Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Kha­lid dijadualkan memberi keterangan kepada suruhanjaya pada pukul 2 petang

Sunday, 20 August 2017

Kerajaan Sedia Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Tragedi Memali - TPM Zahid


TAIPING - Kerajaan bersedia menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peristiwa Memali sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa, kata YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keadilan perlu ditegakkan dan orang yang bertanggungjawab terhadap peristiwa itu mesti dipertanggungjawabkan.

“Saya selaku Menteri Dalam Negeri akan meneliti sendiri semua laporan mengenai peristiwa tersebut,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata dalam menegakkan undang-undang semua pihak perlu mengetepikan perbezaan politik.

Peristiwa Memali pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Ahmad Zahid berkata bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam dalam bukunya bertajuk ‘Frankly Speaking’ ada menyebut bahawa beliau mendapat arahan untuk menghapuskan Kampung Memali kerana terdapat unsur keganasan dan militan yang dilakukan oleh pemimpin PAS.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata pemimpin yang mendakwa dirinya tiada dalam negara ketika tragedi tersebut berlaku, diminta mengakuinya.

“Peristwa Memali telah berlalu lebih dua dekad, namun kita harus ingat mangsa, keluarga, anak-anak yatim yang meninggal dunia dinafikan hak oleh pemerintah ketika itu.

“Akibatnya ia kini menjadi isu kerana darah dan nyawa yang hilang dipandang mudah oleh orang yang melaksanakan kuasa, tetapi tidak mudah dilupakan oleh mangsa,” katanya. - Bernama

#SukanSEA2017: DYMM Sultan Mizan Kemudi Malaysia Raih 2 Emas


SETIU: DYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengetuai kontinjen Malaysia memenangi dua pingat emas dan satu perak dalam acara kuda lasak 80 kilometer pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), di sini, hari ini.

Sultan Mizan yang menunggang Rtes Annaversary menyumbang pingat emas acara individu, diikuti rapat seorang lagi wakil negara, Mohd Bulkhari Rozali yang menunggang JQ Tuan Junior untuk memenangi perak.

Sekali pun Mohammad Fuad Hashim yang menunggang Mora Makaka menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, peraturan perlumbaan yang tidak membenarkan pelumba dari pasukan sama untuk menang ketiga-tiga pingat menafikannya gangsa.


Sultan Mizan kemudian meraih satu lagi pingat emas menerusi acara berpasukan bersama Mohd Adhwa Embong yang menunggang Mora Franka, dan Azizatul Asma Abdullah (Mora Tishaka).

Sekali pun penunggang keenam Mohd Yusran Yusuf terpaksa menarik diri di pertengahan perlumbaan selepas kudanya, Castlebar Twilight mengalami kecederaan, ia tidak menghalang pasukan Malaysia muncul juara.

"Kami bekerjasama secara berpasukan, bergerak bersama dan strategi kami membuahkan hasil. Sekali pun ia adalah perlumbaan yang panjang, ia tidak kelihatan membosankan atau melesukan ketika kami berlumba dengan lancar," titah Sultan Mizan.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua, daripada pelatih, pengendali kuda, veterinar, pegawai dan kerajaan negeri - untuk membantu kami mencapai sasaran kami dan bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk perlumbaan yang berjaya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini,".

Selain Malaysia, pasukan lain yang bertanding ialah Kemboja, Singapura, Thailand dan Brunei dengan perlumbaan dilepaskan oleh YAB Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada jam 3.00 pagi.

Tuanku Mizan berkata, tiada keutamaan yang diberikan kerana baginda juga terpaksa mendapatkan tempat di dalam pasukan Malaysia selepas memenuhi kriteria tertentu.

Ini adalah kali pertama Sultan Mizan memenangi pingat emas dalam acara kuda lasak di Sukan SEA sekali pun Malaysia memenangi dua pingat emas pada edisi 2013 di Myanmar.

Kejayaan Sultan Mizan juga mencipta sejarah apabila menjadi Sultan pertama mengambil bahagian dalam Sukan SEA.

Sultan Mizan yang menghuni ranking keempat dunia memiliki pengalaman luas dalam perlumbaan kuda lasak antarabangsa di Timur Tengah dan Eropah.

Baginda memenangi tempat ketiga pada Kejuaraan Perlumbaan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan tahun lalu.