Thursday, 31 August 2017
Soka Gakkai Malaysia Tonjolkan Aspirasi TN 50
By @MNA at 14:50:00
Aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi antara paparan mesej utama acara sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka hari ini.
Mempamerkan tema 'A Shining Future', pasukan Soka Gakkai Malaysia (SGM) dengan kekuatan 200 peserta mempamerkan persembahan bertenaga yang memperlihatkan semangat belia negara ini memenuhi hasrat dan impian diri serta cita-cita negara untuk membina masa depan yang gemilang.
"Peserta mula membuat latihan sejak Julai lalu bersama-sama pasukan koreografi. Untuk tahun ini, persembahan memfokuskan kehangatan dan keceriaan belia dalam usaha membina negara dan memenuhi aspirasi TN50," kata Penyelaras SGM Hari Kebangsaan 2017 Dinesh Chandren kepada Bernama.
Diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2017, TN50 adalah dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020. TN50 mula digerakkan dengan siri wacana nasional yang diputuskan Kabinet dan dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Beliau berkata penyertaan SGM, mempunyai fokus utama, yang bukan sekadar memeriahkan suasana tetapi untuk mempromosi keamanan, kebudayaan dan keharmonian untuk rakyat berbilang bangsa dan agama.
Dinesh berkata rakyat negara ini, khususnya generasi muda perlu memikirkan semula konsep kemerdekaan pada masa ini, berbanding 60 tahun dulu yang kemerdekaan lebih bermaksud bebas daripada penjajah.
"Bagi saya apa yang paling penting, kemerdekaan bukan bermaksud kebebasan untuk berbuat apa sahaja sesuka hati, tetapi ia bermaksud kita memberi upaya untuk menyumbang kepada pembinaan negara atau pembentukan sahsiah yang baik di kalangan rakyat kita, inilah fokus utama SGM," katanya.
Dinesh berkata 40 lagi peserta SGM terlibat dalam persembahan Komponen Rakyat Bersepadu bersama-sama peserta daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
-- BERNAMA
Related Posts:
#PRK P.093 SUNGAI BESAR : Arul Kanda Perjelas Isu 1MDB Kepada Penjawat Awam Sekinchan SEKINCHAN: Kumpulan penjawat awam di sini telah diberi penjelasan terperinci berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Penerangan disampaikan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy … Read More
Perjuangan Yang Ditinggalkan Akan Diteruskan - Datin Mastura Saya akan meneruskan perjuangan suami dalam usaha membela penduduk di sini selain meneruskan agenda pembangunan yang sudah dirancang. Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid berkata demikian selepas secar… Read More
#PRK P.093 SUNGAI BESAR : Isu RM2.6 Bilion,GST Dipolitikkan,Tiada Kaitan 1MDB - Arul Kanda Arul Kanda (kanan) menjelaskan isu 1MDB serta menjawab soalan penjawat awam pada program anjuran JPM di Sekinchan, Rabu. SEKINCHAN: Isu RM2.6 bilion dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak mempunyai kaitan den… Read More
#PRK P.093 SUNGAI BESAR : Majlis Ulamak PAS Arahkan Calon PAS Tarik Diri...??? Berita ini hangat tersebar di aplikasi grup WhatsApp,benarkah? SEGERAUntuk Sebaran Ahli SAHAJADewan Ulama' Pas Negeri Selangor sebentar tadi telah mengadakan mesyuarat tergempar dan mengambil ketetapan seperti berik… Read More
#PRK P.067 KUALA KANGSAR : Rafizi Sotong Kecut Bila Diterjah Oleh Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor.. Bila Rafizi Sotong kecut bila dicabar.. kau jual aku beli.. Parti PAN Sawi tetap Sawi.. Suasana depan pejabat PAN Kuala Kangsar tegang seketika tadi bila Pegawai Khas PM,Datuk Rizal Mansor dihalang hadir PC Rafizi pas… Read More