Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Wednesday, 11 December 2019

Jasa Dan Budi Yang Baik Dikenang Selamanya...


Jasa dan Budi Yang Baik Dikenang Selamanya... 👇

Namaku Najib Razak

Aku dikenali sejak aku mula berkhidmat kepada rakyat sejak dilantik menjadi Menteri Besar Pahang sehinggalah di dalam Jemaah Kabinet. Waktu berlalu dengan kehendak takdir aku terpilih untuk menjadi orang no.1 Malaysia iaitu menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA yang ke 6.

Aku terima jawatan itu dengan ikhlas dan bersyukur, namun siapa tahu jauh disudut hatiku ini berkata betapa besar nya tanggungiawab ku untuk mensejahterakan negara dan menjaga kebajikan rakyatku.

Aku bersumpah didepan YDPA dengan nama ALLAH Yang Maha Besar untuk menjadi yang sebaik baik nya. Ku galas dengan hati yang ikhlas memikul tanggungjawab walaupun dari awal lagi ramai yang mahu menjatuhkan imej ku dan kedudukan ku dari seawal malah sebelum aku hampir menjadi orang no 1 negara.

Aku anggap kata2 jahat dan tohmahan hanyalah dugaan untuk ku. Altantuya misi fitnah jahat mereka yang pertama. Ku ciptakan slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" bermula dengan perkhidmatan awam.

Ku tambah kakitangan, dari pakar sehinggalah sektor terbawah tetapi serasi dengan perkhidmatan mereka aku ganjarkan kenaikan gaji dan elaun.

Aku mahu melihat mereka gembira dan berkhidmat dengan ikhlas dan ada misi untuk kenaikan pangkat serta kenaikan gaji juga bonus2 daripada kerajaan. Aku sedar 90% adalah MELAYU.. Bangsaku... Seagamaku...

Aku naikkan lagi taraf keselamatan PDRM dan ATM dengan menambah baik fasiliti selari dengan zaman serta penukaran pakaian seragam supaya segak bergaya untuk bekerja.

Aku juga naikkan imbuhan mereka dan sedikit elaun untuk keluarga setiap anggota. Legalah hatiku melihat mereka yang rata2 orang melayu.. misi dan motifku keselamatan negara terjamin dan efisien.

Hospital2 juga aku naik taraf dan banyak penambahan hospital baru supaya rakyatku senang jika mereka sakit untuk mendapatkan rawatan sebaiknya.

Tidak cukup dengan itu ku ilhamkan "KLINIK 1MALAYSIA" untuk menerima rawatan sakit2 kecil hampir kesemua daerah supaya rakyatku tidak berasak2 lagi di Hospital yang terpaksa menunggu lama untuk giliran rawatan...

Bahagianya ku rasa misi ku berjaya mewujudkan kesemua ini.. 1 MALAYSIA kuciptakan untuk semua rakyat ku sedar yang aku cintakan semua rakyatku walau apapun bangsa selari dengan perlembagaan.

Ku fikir apa lagi yang harus ku lakukan untuk rakyat. Owh ya mereka berurusan dengan banyak Jabatan Kerajaan. Timbul ilham UTC! JPJ KDN PTPTN JPN dan banyak lagi ku letakkan di satu tempat supaya rakyatku senang berurusan.

Ku tambah lagi waktu perkhidmatan sehingga malam kerana ku tahu rakyat ku selalu sibuk. Aku sebak dan bangga UTC berjaya ku laksanakan. Senang hatiku melihat rakyatku senang dengan kewujudan UTC.

Hatiku masih gundah apa lagi yang harus ku sumbangkan untuk rakyat?? Owh mungkin aku harus memberi sedikit wang perbelanjaan bagi mereka yang memerlukan.

Memang lah JKM dan Baitulmal ada. Arggh apa salahnya kata ku ramai bangsaku yang susah. Dengan itu muncullah BR1M bermula serendah RM 500 setahun dan naik berperingkat sehingga jatuhnya Kerajaan ku.

Tidak adil ku rasakan jika tidak ku berikan kepada orang bujang jadi aku berikan jua.. aku mahu mereka gembira dan rasa dihargai.Anak Muda kan harapan Negara Ku.

Tetapi untuk memastikan kenaikan kita mesti dapatkan dana maka aku terpaksa melaksanakan GST dengan nekad walau aku tahu risikonya rakyat akan marah tetapi harapanku lama kelamaan rakyat akan faham jua.

Sasaranku adalah B40!! Dan dapat ku rasakan kepayahan dan kos utk ke sana sini. Aku perbaiki mutu perkhidmatan LRT dan Bas Awam.

Aku tambah Atesen dan Kuantiti Bas Awam serta kekerapan laluan ke semua Perkhidmatan Pengangkutan Awam dan apa yang lebih menarik aku berikan rakyat perkhidmatan selesa dengan Bas Bas baru termasuk juga Tren LRT,  Monorail yang serba baru.

Barulah Bandar kita bergaya. Timbul ilham membina LRT3 dan MRT. alhamdulillah, MRT berjaya dibina. Tidak cukup dgn itu kubina Stesen Bas serba moden iaitu Terminal Bersepadu Selatan agar rakyat tidak berasak2 seperti di Puduraya lagi.

Aku mahu rakyatku selesa.. KLIA juga sudah sibuk. LCCT waktu itu juga sudah tidak relevan ku bina KLIA2 untuk AIRASIA. Untuk siapa? Untuk rakyatku dan generasi akan datang. Ku bina Highway Pan Borneo dan LPT tanpa tol. kan sudahku katakan aku tidak suka tol.

Alhamdulilah banyak juga tol di bandar sudah kurobohkan yang terakhir laluan Shah Alam ke Kuala Lumpur dan di Sungai Rasa ke Kelang.

Hatiku ini tidak berhenti memikirkan rakyat rakyat rakyat.

Aku ingin meringankan beban ibubapa aku beri bantuan tahunan sekolah RM100 seorang dan RM250 seorang untuk pelajar2.

Aku ingin ekonomi rancak aku kesana kemari mencari pelabur. Aku jimatkan subsidi dan wang Petronas hanya untuk golongan sasar. salahkah aku?? Hiba..

Jika aku ingin ceritakan terlalu banyak yg sudah dan akan ku lakukan untuk NEGARAKU. tetapi sekurangnya aku menjejaki hati Almarhum Ayahku Tun Abdul Razak.. maafkan anak mu ini jika tidak berjaya mencapai sasaran lagi. 

Kini.. aku roboh tetapi aku gembira hikmahnya Bangsaku bersatu dengan adanya Penyatuan Ummah UMNO PAS. Itu paling bermakna
Dakwaan2 ke atasku biarlah aku melawannya sendirian.

Aku tidak mahu menyusahkan rakan rakan malahan rakyat2 ku juga dengan berdemonstrasi. aku bukan begitu. Aku Lelaki yang bermaruah dan punya Jati Diri.

Apa yang terjadi bakal terjadi biarlah aku yang menanggung. kepada ALLAH jua aku memohon..

RAKYAT KU (BOSS KU)

Bersabarlah atas kesusahanmu sekarang yakinlah ini tidak akan lama akan kita runtuhkan Kerajaan Zalim dan kejam ini..

Cuma harapanku dan pesananku...

Tolaklah yang tidak benar dan jauhi dari penyebaran fitnah.

Fikirlah yang terbaik untuk Agama Bangsa dan Negara.

Wassalam.

CnP

Monday, 25 December 2017

BN Perkukuh Solidariti, Tingkatkan ‘Gear’ Hadapi PRU14


Tahun 2017 menyaksikan landskap politik tanah air diselubungi mood pilihan raya umum (PRU) dengan Barisan Nasional (BN) selaku parti memerintah mempamerkan keazaman yang kuat untuk mengekalkan genggaman terhadap Putrajaya.

Kemunculan parti-parti baharu bagi mencabar keupayaan BN, khususnya UMNO selaku parti tunjang, dilihat hanya mengukuhkan lagi kesatuan parti perikatan terbesar tanah air itu untuk mendepani PRU ke-14 tahun depan yang disifatkan ramai pemerhati sebagai ‘ibu segala pilihan raya’.

Bagi UMNO yang baru sahaja mengadakan perhimpunan agungnya, perhimpunan terakhir sebelum PRU14, api perjuangan tambah membara selepas semboyan perang dibunyikan oleh barisan kepimpinan parti.

Sepanjang lima hari perhimpunan parti di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat berjaya menanam keyakinan dalam minda perwakilan dan anggota lain bahawa parti yang bakal berdepan pilihan raya itu adalah sebuah parti yang kuat, boleh dipercayai serta mampu meneruskan legasinya dalam aspek kepimpinan negara yang kukuh.

Pada masa ini UMNO menyandang 86 daripada 132 kerusi parlimen BN manakala pembangkang pula memiliki 88 kerusi dan dua lagi diwakili Bebas.

Mesej yang diberikan Najib dalam ucapan dasar dan ucapan penangguhannya pada perhimpunan agung itu cukup jelas iaitu mahu setiap lapisan dalam UMNO merapatkan saf masing-masing serta akur PRU14 bukan PRU biasa tetapi satu ‘peperangan’ yang akan menentukan kelangsungan dan hala tuju negara.

“Perang kali ini, yang bergelar ‘bapa segala pilihan raya’, kita akan bertempur, berlawan… lawan habis-habisan.

“Ternyata ini bukan soal main-main, sebabnya percaturan perjuangan kali ini cukup serius dan tiada tawar- menawar lagi,” katanya.

Sementara itu, parti MCA dan Gerakan yang mengadakan perhimpunan tahunan masing-masing pada November lalu juga telah menyatakan kesiapsiagaan penuh mereka dalam menghadapi PRU14.

Jelas, keputusan buruk pada PRU12 dan PRU13 meniup semangat kedua-dua parti untuk bangkit semula dan berusaha meraih kembali kepercayaan pengundi khususnya kaum Cina.

Malah, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pada perhimpunan agung tahunan parti itu, berkata usaha-usaha transformasi parti yang diterajuinya sejak 2014 tersebut kini membuahkan hasil.

Katanya semakin banyak sokongan masyarakat Cina telah kembali ke pangkuan BN setelah mereka sedar bahawa selama ini mereka telah dipermainkan pihak pembangkang dengan mimpi-mimpi di siang hari.

Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong pula meluahkan keyakinannya Gerakan akan memberikan prestasi lebih baik pada PRU14 termasuk merampas kembali beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Untuk memastikan masyarakat India di negara ini turut serta dalam arus pembangunan, Najib yang juga Pengerusi BN melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India pada April lalu.

Ia merupakan sebuah dokumen rasmi kerajaan yang menggariskan agenda pembangunan untuk meningkatkan taraf hidup komuniti itu bagi 10 tahun akan datang.

Dokumen tersebut, yang pertama pernah digubal kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan, membuktikan keprihatinan khusus Najib untuk memastikan kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat India di negara ini terus terpelihara, selaras dengan polisi keterangkuman yang dijunjung beliau.

Menurut Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam baru-baru ini, pelan tindakan itu mendapat maklum balas yang baik daripada masyarakat India yang berkeyakinan terhadap kepimpinan Najib untuk membawa transformasi kepada mereka.

Dalam itu, Najib tetap teguh dan fokus dalam misinya mewujudkan sebuah negara yang lebih makmur untuk rakyatnya. Beliau enggan membenarkan unsur-unsur manipulatif, penipuan dan serangan sengit pihak pembangkang menggugat usahanya.

Tegasnya UMNO dan BN telah menjadi mangsa politik persepsi yang didalangi pembangkang dan sekarang adalah masa untuk parti pemerintah itu memanfaatkan sepenuhnya semua platform, terutamanya media sosial bagi melancarkan serangan balik terhadap pembangkang dan pada masa sama mendekati pengundi untuk menangani persepsi mereka terhadap BN.

Dari segi pentadbiran kerajaan dan pengurusan ekonomi negara, BN turut mencatatkan prestasi yang amat membanggakan sepanjang 2017.

Kejayaannya dalam melaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan yang berkepentingan rakyat serta pengukuhan kedudukan ekonomi negara jelas membuktikan BN merupakan pilihan terbaik untuk terus mengemudi Malaysia ke arah kecemerlangan.

Antara projek infrarakyat yang memberikan impak besar kepada masyarakat ialah perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Klinik 1Malaysia.

Walaupun berdepan cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu, Malaysia masih mampu mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang memberangsangkan pada kadar 6.2 peratus bagi suku ketiga tahun ini.

Malah menurut Najib, 97.6 peratus Aku Janji kerajaan BN yang dibuat pada PRU13 pada 2013 telah berjaya dilaksanakan menerusi 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategi, setakat bulan lepas,

Bajet 2018 yang digelar ‘ibu segala bajet’ telah dihasikan dengan mengambil kira kepentingan setiap kelompok rakyat Malaysia dengan komitmen untuk merealisasikan agenda Transformasi Nasional 2050 yang akan meletakkan Malaysia sebagai antara 20 ekonomi terbesar dunia.

Semuanya menunjukkan kesungguhan kerajaan BN pimpinan Najib untuk membina satu masa depan yang lebih baik dan berjaya untuk segenap lapisan rakyat Malaysia menjelang 2050 dan seterusnya.

Berbekalkan rekod prestasi yang cemerlang ini BN kini hanya menunggu isyarat akhir daripada Perdana Menteri untuk mara ke ‘medan perang’.

Sumber : UMNO Online