Friday, 25 May 2018

Cara Mahathir Pindahkan Wang Berjuta-Jutanya




Menurut Malaysia Today,  Tun Dr Mahathir Mohamad sangat marah kerana Malaysia Today mendedahkan beliau membayar Lim Kit Siang rasuah sebanyak RM1 bilion. RM1 bilion itu adalah untuk empat ‘bantuan’:

1. Kit Siang akan bersetuju dengan PPBM menyertai Pakatan Harapan.

2. Mahathir akan dijadikan Pengerusi Pakatan Harapan.

3. Kit Siang tidak akan mendedahkan apa yang beliau ketahui tentang kerugian Bank Negara berjumlah RM31.5 bilion akibat perjudian di pasaran forex dari tahun 1988 hingga 1992 ketika beliau memberi keterangan di RCI.

4. Mukhriz akan diberikan kerusi yang selamat untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kerusi yang mana DAP boleh beritahu pengundi siapa yang patut mereka undi.

Tiga ‘bantuan’ telah pun dipenuhi jadi sejumlah RM750 juta telah dibayar. Baki sebanyak RM250 juta lagi akan dibayar sebaik sahaja kerusi Mukhriz disahkan.

Dua tahun lalu, Malaysia Today mendedahkan bahawa ANC (Kempen Anti-Najib) telah mengetepikan bajet RM2 bilion untuk menyingkirkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan RM3 bilion lagi untuk membiayai pilihan raya umum akan datang. RM5 bilion mungkin nampak banyak tetapi ini adalah permainan dengan taruhan yang besar dan dalam permainan dengan taruhan yang besar, ‘ ng sogokan’ juga mesti besar. Dan dengan RM100 bilion yang telah Mahathir salurkan ke luar negara, ditambah dengan RM60 bilion lagi di tangan Tun Daim Zainuddin, RM5 bilion hanyalah jumlah yang kecil.

Terdahulu, Malaysia Today mendedahkan bahawa ANC membelanjakan AS$5 juta untuk ‘membeli’ tiga sidang akhbar oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. Sidang akhbar yang pertama diadakan pada bulan Julai 2016 dan yang kedua pada bulan Jun tahun ini. Yang ketiga sepatutnya diadakan sebelum pilihan raya umum akan datang.
Carta di atas menunjukkan bagaimana AS$5 juta disalurkan ke Amerika Syarikat, dan bagaimana yang lain seperti Sarawak Report dan sebagainya telah dibayar. Pada dasarnya, Daim mengawal pelbagai bank di seluruh dunia dan melalui bank-bank inilah wang itu telah dipindahkan dari satu negara ke satu negara untuk membiayai aktiviti-aktiviti ANC. Kit Siang dibayar di Hong Kong dan Singapura dengan cara yang sama.

Mahathir tidak pernah menafikan ANC membayar AS$5 juta untuk ketiga-tiga sidang akhbar DoJ AS itu. Dan mereka tidak dapat menafikannya kerana terdapat jejak kertas yang menunjukkan bagaimana wang itu dibayar dan oleh siapa. Pada dasarnya anda tidak boleh menafikan sesuatu apabila terdapatnya bukti. Jadi, yang terbaik yang boleh mereka lakukan adalah mengabaikan tuduhan itu dan berdiam diri

Rujukan : Malaysia Today