Wednesday 24 August 2022

UMNO Tidak Lupakan Jasa Najib, Terkilan Keputusan Mahkamah – Zahid


 

UMNO akan terus bersama Datuk Seri Najib Razak dalam mendepani perbicaraan kes lain yang sedang dihadapinya bagi menjamin beliau mendapat keadilan dan tidak dimangsakan dengan tekanan politik.


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, walau jasad dipenjara, semangat dan daya juang bekas Presiden UMNO itu dalam usaha mempertahankan dirinya serta tampil berada di barisan hadapan untuk melonjakkan semula citra UMNO sehingga mampu bangkit semula selepas kekalahan PRU-14, akan tetap

membara.


Presiden UMNO itu menambah,bagi UMNO keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali dapat memadamkan jasa besar Najib sebagai Perdana Menteri yang telah membawa Malaysia ke mercu kejayaan dan meletakkan Malaysia di persada sebelum disuramkan oleh kegagalan dua kerajaan selepas PRU-1 4 yang lalu.


“Keluarga besar UMNO melahirkan rasa dukacita atas pengakhiran keputusan perbicaraan Najib yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022.


“UMNO berasa amat terkilan kerana proses dan ruang untuk bekas Perdana Menteri mempertahankan dirinya terutama usaha untuk mengemukakan bukti-bukti baru dan penangguhan bagi membolehkan pasukan pembelanya yang baru membuat persiapan telah dinafikan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Zahid malah menyeru ahli partinya supaya bertenang.


“Kepada seluruh ahli UMNO, kita perlu bertenang dan tanamkan tekad, segala kepincangan dalam sistem untuk menjamin keadilan, akan menjadi salah satu agenda untuk diperbetulkan.


“Ini termasuklah pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengenai campur tangan politik Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) terdahulu dalam pelantikan hakim dan perjalanan sistem perundangan negara,” ujarnya.

Monday 21 February 2022

Kempen Burukkan UMNO Guna Pelbagai Propaganda di PRN Johor


Saya dimaklumkan oleh jentera Barisan Nasional (BN), PN sedang melancarkan serangan terhadap BN di kawasan-kawasan majoriti Melayu.


Manakala PH sedang menumpukan serangan bertali arus terhadap BN di kawasan-kawasan majoriti bukan Melayu di sekitar negeri Johor.


Saya dimaklumkan juga tentang PN/PH menggunakan modus operandi sama digunakan PH semasa PRU-14 untuk memerangkap rakyat Johor.


Mereka guna pelbagai helah, tipu muslihat dan propaganda termasuk memanipulasi hukum agama untuk memburuk-burukkan BN.


Mengulangi fitnah lama dan menjaja tindakan mahkamah yang mereka sendiri kenakan terhadap pimpinan BN semasa mereka berkuasa.


Seperti PRU-14, senjata utama mereka serangan peribadi keatas pimpinan BN bagi menyemat kebencian dalam minda dan jiwa pengundi Johor.


Syabas jentera BN menghidu percaturan licik mereka dan melakukan serangan balas untuk menyelamatkan Bangsa Johor daripada terpedaya sekali lagi.


Serangan balas yang dilakukan secara berfakta, berhemah, matang dan sejahtera bagi melawan kebatilan yang dibawa PN/PH untuk PRN Johor.


Bagi saya maklumat itu bukan sesuatu yang mengejutkan berdasarkan salasilah kedua-dua gabungan parti politik itu berasal daripada DNA yang sama.


Kita masih ingat PPBM yang mengepalai PN ditubuhkan sebelum PRU-14 adalah untuk menyertai PH menentang BN.


PPBM memainkan peranan penting menghasut, memujuk orang Melayu memberi undi kepada PH yang dibarisi DAP, PKR dan PAN.


Kini pada waktu BN menjanjikan kestabilan mutlak akan dikembalikan di Johor, PN/PH kembali dengan politik tipu daya dan "barbaric" mereka.


Justeru, PRN Johor yang perlu diadakan pada 12 Mac ini demi kestabilan merupakan satu ujian cukup besar buat kita semua.


Apakah kita masih mengingati nasib buruk Johor alami sepanjang 22 bulan negara ditadbir PH dan 17 bulan dibawah pentadbiran PN.


Apakah kita akan masuk perangkap yang sama pada PRU-14 masa jua akan menentukan apabila tibanya hari tersebut.


Yakinilah BN tidak akan sesekali hilang keyakinan terhadap kebijaksanaan Bangsa Johor dalam membuat keputusan berhubung masa depan mereka.


BN tidak akan sesekali berpaling daripada usaha mengembalikan kestabilan, kesejahteraan, kejayaan dan kemakmuran yang dirampas daripada rakyat Johor pada 9 Mei 2018.


#prnjohor

#bnpilihanrakyat

#YakiniBN

Sunday 20 February 2022

Letak Jawatan Jika Tak Suka UMNO


 Letaklah Jawatan Menteri ataupun Pengerusi GLC kalau tak suka dengan UMNO


Muhyiddin kata UMNO parti kotor,tapi apabila dia nak jadi Perdana Menteri,sanggup jadikan UMNO sebagai kawan untuk sokong dia. 


Muhyiddin hasut orang-orang UMNO untuk lompat dan tinggalkan UMNO bagi memberi  kekuatan pada  parti dia,dia rasuah Ahli Parlimen UMNO dengan jawatan.


Dia buat apa sahaja untuk menghalalkan jawatan Perdana Menteri untuk dia.

Saya pun tak tahu,berapa tebal kulit muka dia apabila semua rakyat sudah tahu Rasuah Politik yang dia sudah lakukan. 


Ahli Parlimen yang lompat,semua dia tolong sehingga tiada kes di siasat dan didakwa. 


UMNO berprinsip,apabila tidak sehaluan dengan Muhyiddin, kami tarik sokongan, Parti buat keputusan untuk tidak berkerjasama dengan Bersatu pada PRU 15 dan tarik sokongan kepada Perdana Menteri PPBM. 


Apa yang buat Muhyiddin tunggu lagi sekira tidak bersetuju dengan Parti UMNO lagi?


Bulan Jun tahun 2021, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri memberi keyakinan kepada Negara sekira Imuniti kelompok sudah mencapai 80%, PRU 15 akan dilakukan, sekarang sudah capai dan sudah di Booster, kenapa takut menarik sokongan?


PPBM takut kalah, mereka tahu ada banyak kes-kes yang di sorok bawah tikar akan dibongkarkan, kes-kes rasuah Ahli Parlimen yang melompat akan dibongkarkan, ada projek Janawibawa yang diberi kepada Kroni PPBM akan terbongkar, projek Bistari Net akan terbongkar dan banyak lagi.


Penjawat-penjawat awam yang dipaksa menekan pemimpin UMNO akan bongkar semua cerita kezaliman PPBM. 


Rakyat akan dibuka mata betapa jahat dan kejinya pemimpin didalam PPBM ketika menjadi Menteri. Tunggu sahaja masanya apabila Institusi Penguatkuatsaan Negara diletakkan semula ke tempatnya tanpa ada campur tangan Politik. Nescaya semua kerakusan PPBM dan PH akan terbongkar.


Apa lagi yang Muhiyddin dan rakan-rakan PPBM nantikan, tidak seorang pun yang berani meletakkan jawatan, mereka semua gilakan jawatan dan akan tunggu sehingga saat akhir penggal. Tiada prinsip !

Monday 3 January 2022

Tidak Semua Aset Tentera Sesuai Diguna Ketika Banjir



Nak Jadi Hero Biarlah Guna Akal Waras TIDAK semua aset kerajaan sesuai digunakan ketika banjir, bahkan masing-masing memiliki fungsi tersendiri.


KERETA kebal merupakan kenderaan tempur berperisai (ACV) berantai direka untuk memusnahkan musuh yang kelihatan melalui tembakan langsung daripada meriam bergaris pusat besar dan tembakan sokongan daripada mesingan. Ia hanya digunakan semasa peperangan. 


Oleh itu, mengapa adanya golongan ‘bijak pandai’ yang mempertikai kerajaan ‘kedekut’ menggunakan aset ini ketika membantu mangsa banjir?


Inilah yang terjadi apabila masing-masing mahu nampak seperti hero di media sosial dengan bersuara tanpa menggunakan akal fikiran dan tidak mengetahui fungsi sesebuah aset itu. 


Pertama sekali, mereka perlu faham, tidak semua aset yang dikatakan hanya sekadar digunakan semasa sambutan Hari Kemerdekaan sesuai digunakan ketika banjir. Bahkan anggota keselamatan juga terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Ia tidak sebegitu mudah seperti memetik jari.


Kedua, keadaan di sana juga tidak mengizinkan.  Banyak kenderaan dan pokok ditenggelami air tidak terlihat. Sama ada bot anggota keselamatan pecah atau kenderaan di bawah air teruk dihentam bot. Mana tahu pilihan tepat ketika itu? Nampaknya, dua-dua bukan pilihan yang baik.


Oleh itu, dalam situasi darurat seperti ini, kita tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang hanya menimbulkan provokasi dan kebencian terhadap kerajaan. Kerajaan sudah sedaya upaya membantu mangsa dengan cara yang baik.


Hantaran yang tidak bertanggungjawab hanya akan menyukarkan misi bantuan oleh agensi penyelamat. 


Bagi saya, anggota penyelamat sudah melakukan yang terbaik. Ada dalam kalangan mereka juga terkesan banjir tetapi jasad dan hati mereka masih suci membantu orang ramai walaupun tidak mengetahui bagaimana keadaan ahli keluarga.


- NK Bagan Serai Perak

KWSP : Memilih Laluan Yang Lebih Bertanggungjawab



Semalam saya terjumpa dengan satu statistik berkenaan tabungan ahli-ahli KWSP. Ianya memberikan gambaran berkenaan tahap kesediaan ahli-ahli KWSP bagi menghadapi kehidupan selepas persaraan.


Sebelum kita lupa, KWSP adalah tabungan secara paksa yang menyediakan dana bagi pekerja apabila mereka sudah tidak ada pendapatan tetap selepas persaraan. Di samping potongan gaji pekerja, majikan juga dipaksa mencarum ke akaun pekerja mereka. Dana yang dikumpul akan dilaburkan oleh KWSP bagi mendapatkan pulangan yang akan membesarkan lagi tabungan yang ada. Di samping jaminan pulangan yang ditetapkan sebanyak 2.5%, KWSP juga mensasarkan pulangan yang melepasi tahap inflasi tahunan supaya ada perkembangan dana pada tahap yang sebenar (real growth).


Ahli-ahli KWSP kena ingat, jika tidak disebabkan untuk membantu mereka untuk menghadapi hari persaraan, majikan tidak akan dipaksa mencarum. Jadi “duit kami” tu turut merangkumi sumbangan majikan bagi tujuan persaraan. Ingat ya.


Di dalam masa yang sama, berbeza dengan tabungan pesaraan lain di seluruh dunia, dana yang diuruskan oleh KWSP boleh digunakan untuk pelbagai perkara lain seperti membeli rumah, pendidikan dan juga kesihatan. Jadi, ini menyebabkan jumlah yang ada semakin jauh kedudukannya berbanding dengan sasaran jumlah minima yang perlu ada semasa mencapai umur pesaraan iaitu RM 240,000.


Pandemik Covid-19 menyebabkan kerajaan membenarkan ahli KWSP mengeluarkan lagi dana tabungan mereka melalui pelbagi skim yang bersinar. Ini menyebabkan kira-kira RM 100 bilion dikeluarkan dari KWSP. 


Ini memang satu tindakan popular terutamanya apabila dicanang oleh orang-orang politik yang mana juaranya sudah berumur lanjut dan berharta dan tidak memerlukan dana KWSP untuk kelansungan hidup mereka. Seperti biasa, betul salah tu diletakkan ke belakang. Yang pentingnya popular dan mendapat sokongan apabila diundi nanti.


Mari kita fokuskan kepada kumpulan umur 50-54 tahun kerana ialah umur yang paling hampir dengan umur 55 tahun yang mana kesemua baki tabungan boleh dikeluarkan. Penengah (median) simpanan mereka adalah dalam RM 40 ribu sahaja, lebih rendah dari RM 48 ribu bagi kumpukan yang lebih mudah seterusnya. Ini mungkin disebabkan ahli KWSP dibenarkan mengeluarkan sepertiga tabungan mereka apabila berumur 50 tahun.


Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah jurang di antara jumlah tabungan penengah dengan sasaran KWSP adalah amat besar (RM 240 ribu - RM 40 ribu), kira-kira RM 200 ribu. Inilah yang menyebabkan KWSP runsing apabila ada desakan supaya dibenarkan lagi pengeluaran disebabkan banjir pula.


Bagi saya, langkah kerajaan memberikan pertolongan lansung kepada mangsa banjir sehingga dalam RM 60 ribu adalah langkah bijak berbanding dengan mendengar seruan-seruan di media sosial (termasuk seruan dari robot-robot dan juga pendekar siber yang dibayar) supaya KWSP dibocorkan lagi.


Asas pandangan saya adalah:


1. Statistik di atas belum mengambilkira pengeluaran di dalam tahun 2021. Statistik di atas mungkin tindak menggambarkan kedudukan sebenar yang lebih merunsingkan. 


2. Tidak semua ahli KWSP yang terlibat dan bilangan mereka mungkin tidak seramai yang memerlukan keputusan polisi yang akan memberikan kesan jangka panjang ke atas ahli-ahli KWSP.


3. Apabila sudah mencapai umur pesaraan, pesara-pesara akan menghadapi masalah untuk mendapat pembiayaan dari institusi kewangan kerana potensi pendapatan mereka sudah merosot berbanding dengan orang yang lebih muda. Eloklah diusahakan agar tabungan mereka tidak dikurangkan di ketika mereka masih muda dan mempunyai lebih daya untuk mendapatkan dana.


5. Di ketika ahli-ahli KWSP sudah bersara dan menghadapi masalah kewangan 5, 10 tahun akan datang, ahli-ahli politik yang menghasut mereka ini mungkin sudah pun tidak laku atau pun meninggal dunia. Mereka tidak akan bersedia untuk menolong apabila kesan dari polisi yang disarankan oleh mereka benar-benar dirasai. Inilah bahayanya berfikir secara jangka pendek dan populis.


Memandaikan masyarakat berkenaan isu-isu polisi adalah di antara kaedah bagi menjadikan mereka warganegara yang baik dan boleh menjadi pembina negara yang lebih utuk. Penggunaan data dan fakta membolehkan polisi dibentuk dengan lebih menepati keperluan yang ada. Memang, kebanyakan pilihan banyak risiko dan kelemahannya. Di dalam banyak situasi, kita kena memilih pilihan yang paling kurang mudaratnya. Emosi dan populariti bukanlah kaedah pembentukan polisi yang bertanggungjawab.


Rujukan:

Facebook Nik Hasyudeen

https://www.facebook.com/682749654/posts/10159799881179655/

Sunday 2 January 2022

ABANG VIVA INSPIRASI MALAYSIA



Saya ikuti maklumat-maklumat yang dilaporkan tentang Abang Viva sama ada oleh pihak media mahupun netizen.


Hari ini baru ada kesempatan untuk menulis sedikit tentang pemuda yang menjadi bualan orang ramai berkenaan.


Banyak perkara menarik saya baca tentang Abang Viva mengenai kisahnya membantu mangsa banjir.


Hanya berbekalkan wang saku RM50, sebuah kereta Perodua Viva dan sebuah bot kecil dari Melaka.


Sehinggakan kisahnya diangkat dalam khutbah Jumaat dan sumbangannya mendapat pujian sidang DUN Melaka. 


Secara umum antara perkara yang dapat dirumuskan mengenai Abang Viva adalah 'budi yang baik dikenang jua'.


Apa yang dilakukannya itu mendapat sanjungan, diingati dan menjadi bualan orang ramai sehingga hari ini.


Ternyata Abang Viva telah memberi sebuah inspirasi baharu kepada rakyat Malaysia tentang kesukarelawanan.


Pemuda bernama Azwan Omar itu juga telah membuktikan kepada semua tentang nilai murni rakyat Malaysia.


Betapa anggota masyarakatnya saling mengambil berat dan prihatin antara satu sama lain.


Pasti berusaha dan berikhtiar membantu mereka yang dalam kesulitan mengikut kemampuan yang ada.


Dan saya percaya ramai lagi rakyat Malaysia seperti Abang Viva terlibat dalam membantu mangsa banjir seadanya.


Sama ada disedari atau kurang disedari kepada semua mereka kita ucapkan terima kasih kerana jasa dan sumbangan.


Semoga kisah-kisah kesukarelawanan seperti ini terus diangkat dan ditonjolkan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Supaya dapat menjadi suatu suntikan semangat untuk dicontohi oleh lebih ramai rakyat Malaysia.


"Sesungguhnya Allah S.W.T tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah S.W.T melihat kepada hati dan amalan kamu"

- Zahid Hamidi 

#abangviva#

kesukarelawanan

Friday 24 December 2021

KAJI SEMULA PEMBINAAN "CANAL CITY" ERA BN SELANGOR - NAJIB

 


Projek ‘Canal City’ di Selangor, yang dimulakan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri pada 2007, perlu dikaji semula, susulan bencana banjir yang berlaku di Shah Alam dan kawasan lain, hujung minggu lalu.


Bekas Perdana Menteri Najib Razak, berkata projek berkenaan sudah diberi peruntukan RM3 bilion, dengan projek berkenaan mula dibina pada 2007 hingga 2009, namun tergendala selepas kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.


Lalu, projek tebatan air ini dibatalkan terus oleh kerajaan Pakatan Selangor dengan alasan ianya tidak memberi manfaat besar bagi Selangor.


Akhirnya, tanah yang dikhususkan bagi projek ini dijual oleh kerajaan Selangor dengan harga murah giler (gila) kepada developer (pemaju) dua minggu sebelum PRU13,” katanya dalam hantaran di Facebook.


Katanya, lokasi projek berkenaan berada di selatan Majlis Perbandaran Shah Alam iaitu sekitar Taman Sri Muda dan Kota Kemuning.


Najib berkata, ia membabitkan pembinaan terusan air utama sepanjang 18km merentasi daerah Klang hingga ke daerah Hulu Langat.


“…yang akan menghubungkan Sungai Klang dengan Sungai Langat dengan matlamat mengalihkan 30% air dari Sungai Klang ke Sungai Langat pada waktu puncak. Beberapa terusan sekunder juga akan dibina,” katanya.


Beliau berkata, selain itu juga akan membina beberapa takungan air yang amat besar (seperti HORUS) untuk menyimpan air yang akan menjadi sumber air bagi penduduk negeri itu.


Jika terusan air ini dapat mengurangkan risiko banjir, di samping dapat menambah rizab air mentah Selangor, namun saya rasa ada keperluan untuk mengkaji semula perlaksanaan projek ini,” katanya.

Thursday 23 December 2021

DATUK SYED SUPOL PM PECAH TRADISI ?

 


Setiausaha politik YAB PM bukan jawatan mudah. Jawatan digalas memerlukan komitmen 7 hari seminggu. Mental dan fizikal teruji. Jika dalam ATM ada komando, dalam politik juga ada komando-nya. Itulah jawatan yang digalas oleh Datuk Syed Muhd Fazmi.



Supol PM adalah tunjang utama kepada jatuh bangun Perdana Menteri. Sama permintaan baik dari kelompok politik hinggalah ke rakyat kena disantuni


Jawatan Supol PM juga umpama "Penyimpan Mohor Besar" . Segala rahsia kena dikunci rapat. Segala tugasan kena diurus cepat. Tidak ada ruang untuk kesilapan.


Jaga Big Bos dari semua segi. Kebiasaan Supol PM bukan lagi hanya duduk di kerusi empok, air-cond atau di coffee house, hotel mewah. Datuk Syed Supol Dato Sri Ismail Sabri telah pecahkan tradisi itu.



YAB PM DSIS sendiri meminta Datuk Syed Supol pantau perkembangan mangsa banjir di Bukit Lanchong dan Taman Sri Muda. Bukan sekadar pantau, Datuk Syed naik bot menyelamat mangsa banjir sekali!


Inilah budaya kerja #BekerjaBersamaRakyat Datuk Syed sendiri berjaya pecah tradisi Supol PM sebelum ini.


Bekerja di bawah PM yang #BekerjaBersamaRakyat akhirnya diterjemahkan kepada pegawai PM yang turut ambil semangat semua


Apa orang lain nak kata biarkan. Terus bawa kebaikkan. Kerja terus !

#KeluargaMalaysia

#BekerjaBersamaRakyat

#KerajaanBersamaRakyat

-.https:bacapolitikmalaysia.blogspot.com













Thursday 28 October 2021

BN Siap Hadapi PRN Melaka



Maklumbalas Pilihanraya Negeri Melaka terkini  setiap  parti telah mempersiapkan barisan jentera masing-masing dengan memilih calon-calon sesuai untuk menghadapi ‘perang’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.


BN telah melancarkan Jentera Pilihanrayanya dan seperti juga lain-lain parti yang akan bertanding,  BN  menyasarkan kemenangan dalam PRN Melaka.


Sebagai penanda aras sebelum mengorak langkah ke arah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Pada Rabu lepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan BN akan memilih calon-calon muka baharu dalam menghadapi PRN Melaka.

Monday 25 October 2021

Dulu M 40 Kini Jatuh Miskin


 

Angkara Covid 19 telah menukar hampir 580,000 isi rumah dari kumpulan B 40 ke M 40. Dasyatnya bahana Covid 19.

Dianggarkan jumlah kemiskinan isi rumah di Malaysia meningkat daripada 405,000 pada 2019 kepada 640,000.
Pekara ini dinyatakan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (ekonomi)

Sistem eKasih merekodkan 262,888 Ketua Isi Rumah berstatus miskin tegar
Mengikut rekod Melayu antara paling ramai 58.4 % berbanding
Cina 2.9 %, India 34.3 %

Statistik ini menunjukan masyarakat Melayu adalah golongan miskin tegar tertinggi.

Penularan Covid merubah status pendapatan dan ekonomi rakyat dari B 40 ke M 40g