Monday 21 February 2022

Kempen Burukkan UMNO Guna Pelbagai Propaganda di PRN Johor


Saya dimaklumkan oleh jentera Barisan Nasional (BN), PN sedang melancarkan serangan terhadap BN di kawasan-kawasan majoriti Melayu.


Manakala PH sedang menumpukan serangan bertali arus terhadap BN di kawasan-kawasan majoriti bukan Melayu di sekitar negeri Johor.


Saya dimaklumkan juga tentang PN/PH menggunakan modus operandi sama digunakan PH semasa PRU-14 untuk memerangkap rakyat Johor.


Mereka guna pelbagai helah, tipu muslihat dan propaganda termasuk memanipulasi hukum agama untuk memburuk-burukkan BN.


Mengulangi fitnah lama dan menjaja tindakan mahkamah yang mereka sendiri kenakan terhadap pimpinan BN semasa mereka berkuasa.


Seperti PRU-14, senjata utama mereka serangan peribadi keatas pimpinan BN bagi menyemat kebencian dalam minda dan jiwa pengundi Johor.


Syabas jentera BN menghidu percaturan licik mereka dan melakukan serangan balas untuk menyelamatkan Bangsa Johor daripada terpedaya sekali lagi.


Serangan balas yang dilakukan secara berfakta, berhemah, matang dan sejahtera bagi melawan kebatilan yang dibawa PN/PH untuk PRN Johor.


Bagi saya maklumat itu bukan sesuatu yang mengejutkan berdasarkan salasilah kedua-dua gabungan parti politik itu berasal daripada DNA yang sama.


Kita masih ingat PPBM yang mengepalai PN ditubuhkan sebelum PRU-14 adalah untuk menyertai PH menentang BN.


PPBM memainkan peranan penting menghasut, memujuk orang Melayu memberi undi kepada PH yang dibarisi DAP, PKR dan PAN.


Kini pada waktu BN menjanjikan kestabilan mutlak akan dikembalikan di Johor, PN/PH kembali dengan politik tipu daya dan "barbaric" mereka.


Justeru, PRN Johor yang perlu diadakan pada 12 Mac ini demi kestabilan merupakan satu ujian cukup besar buat kita semua.


Apakah kita masih mengingati nasib buruk Johor alami sepanjang 22 bulan negara ditadbir PH dan 17 bulan dibawah pentadbiran PN.


Apakah kita akan masuk perangkap yang sama pada PRU-14 masa jua akan menentukan apabila tibanya hari tersebut.


Yakinilah BN tidak akan sesekali hilang keyakinan terhadap kebijaksanaan Bangsa Johor dalam membuat keputusan berhubung masa depan mereka.


BN tidak akan sesekali berpaling daripada usaha mengembalikan kestabilan, kesejahteraan, kejayaan dan kemakmuran yang dirampas daripada rakyat Johor pada 9 Mei 2018.


#prnjohor

#bnpilihanrakyat

#YakiniBN