Showing posts with label PRK P078 CAMERON HIGHLAND. Show all posts
Showing posts with label PRK P078 CAMERON HIGHLAND. Show all posts

Saturday, 26 January 2019

Kerjasama Yang Jitu Zahirkan Kemenangan BN Di Cameron Highlands - Hadi Awang



Bercakap berkaitan kemenangan BN di PRK Cameron Highlands
Syukur kepada Allah dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih calon beragama Islam bagi mewakili rakyat dan masyarakat majmuk di Parlimen Cameron Highlands.

PAS mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon BN dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Cameron Highlands, dan melihat keputusan ini sebagai perkembangan positif ke arah kerjasama blok pembangkang yang lebih baik.

Kekalahan DAP dan PH dalam PRK ini menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH dalam menunaikan janji mereka, di samping menjadi petanda rakyat menolak budaya politik melampau yang dibawa oleh DAP.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada ahli dan jentera PAS dari seluruh negeri dan negara yang turut membantu dalam kempen PRK Cameron Highlands ini. 

Kepada Tuan Ramli Mohd Nor, semoga beliau dapat membawa suara pembela agama, bangsa dan negara dengan sebaiknya di Parlimen.


Tahniah Kepada Tn Ramli BN Menang Di PRK Cameron Highlands


Keputusan rasmi menunjukkan 80 daripada 89 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands mendapati Barisan Nasional (BN) mendahului dengan majoriti 4,569 undi setakat jam 7.50 malam ini.
Keputusan rasmi itu dipaparkan di skrin layar pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata, di sini ketika ini dan terus dikemas kini dari semasa ke semasa


Paparan skin layar menunjukkan Calon BN, Ramli Mohd Noor memperoleh 11,536 undi meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran dengan 7,048 undi.


Dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing hanya mendapat 283 dan 188 undi. - BH

Peratusan Keluar Mengundi Penentu Kemenangan


Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menyaksikan peratusan keluar mengundi direkodkan lebih tinggi berbanding yang direkod dalam empat PRK sebelum ini.

Setakat jam 2 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 63 peratus pengundi sudah pun menunaikan tanggungjawab mereka dan ia dijangka meningkat menjelang penutupan rasmi pusat mengundi jam 5.30 petang ini.
Satu Pusat Daerah Mengundi (PDM) iaitu Pos Lemoi ditutup jam 1 petang tadi. Proses mengundi berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi.

Lima PDM lagi sudah ditutup jam 2 petang, sementara sembilan PDM lagi ditutup sejam selepas itu, majoritinya adalah PDM yang menempatkan pengundi Orang Asli.
Satu PDM iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Betau ditutup jam 3.30 petang, selebihnya jam 4 petang dan 5.30 petang. Keseluruhannya, ada 29 PDM di Parlimen Cameron Highlands.

PRK DUN Sungai Kandis yang berlangsung pada 4 Ogos tahun lalu hanya merekodkan 49.4 peratus keluar mengundi.
Pada PRK DUN Balakong pula, peratusan keluar mengundi hanya 43 peratus, diikuti DUN Seri Setia sebanyak 44 peratus.
PRK Port Dickson pula hanya merekodkan peratusan keluar mengundi 58.3 peratus biarpun SPR menetapkan sasaran 70 peratus keluar mengundi untuk semua PRK itu.

Sementara itu, peti undi pertama tiba di pusat penjumlahan rasmi undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah pada kira-kira jam 2.47 petang tadi.
Peti undi dari Pos Lemoi itu dibawa menaiki helikopter sewaan khas oleh SPR.

Friday, 25 January 2019

PM 7 Tun M MEROYAN Di Sungai Koyan



Antara bait-bait ucapan Tun M ketika berceramah di PRK Cameron Highlands

1) Saya bukan Pencuri macam Najib atau Pak Lah! (Sekali Pak Lah Pun Kena)

2) Pak Lah lebih teruk jadi PM bagi kenyang anak beranak dia cucu dia semua dia bagi! (Sejak bila plak Pak Lah yg nak bertanding tu)

3) Najib Penyamun Perompak pinjam duit utk buka syarikat 1MDB pastu nak curi duit 1MDB ngan bini dia sekali nak curi duit 1MDB (Tapi sampai arini 1MDB  tak bankrap pun Tun syarikat pun tak tutup malah aset syarikat lebih dari hutang and now new chairman Nobita lagi..So ape yg u nak hancing ni)

4) Janganlah undi BN marilah kita undi ermmm siapa nama sorrylah Saya dah tua tak ingat nama muka pun nampak kelam jer tak nampak saya (Ko pun xkenal calon ko nampak sgt tak berwibawa pastu siap boleh kata KELAM)

5) UMNO ni suka curi duit rakyat ni bendera mereka banyak ni dapat dari duit curi lah tu!Mana mereka dapat duit (Ini pun nak pertikai kat Kerajaan Negeri)

6) Oklah saya tgk org Sg apa?Oh Koyan..walaupun tempat tak besar tapi oklah...(nampak sgt xpernah sampai tak kenal nama Koyan pun)

7) Buat ape undi BN sebab mereka bukan ade ape kuasa semua di Kerajaan Pusat kalau nak kuasa undilah Pakatan Harapan ..UMNO dan BN Bukan ade apa..

CnP

Kenyataan LKS Mengenai Taraf Kerakyataan Orang Asli Nampak Sangat Dungu


KENYATAAN pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengenai taraf kerakyatan Orang Asli amatlah memalukan dan memperlihatkan kedunguan pemimpin itu selama ini.

Janjinya untuk membantu Orang Asli mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia juga membuktikan bahawa DAP selama ini tidak tahu mengenai kedudukan Orang Asli dan tidak pernah ambil tahu akan mereka.

DAP menganggap masyarakat Orang Asli sama dengan pendatang asing dari China, India, Indonesia dan negara lain, yang memerlukan mereka memohon taraf Pemastautin Tetap (PR) terlebih dahulu sebelum diberikan kewarganegaraan.

Sungguh daif pemikiran Kit Siang dan pemimpin lain parti itu mengenai Orang Asli, termasuklah calonnya di Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands.

Kenyataan bodoh ini akan selamanya menjadi bahan tertawa politik apabila penggiat media sosial sudah mula menempelak Kit Siang dan DAP.

Bagaimanapun, apa yang pasti ialah tindakan beliau memperkecil-kecilkan kedudukan Orang Asli di Malaysia dan menyamakan mereka dengan kaum pendatang. Kami ingin bertanya, siapa lebih dahulu berada di Malaysia ini, Orang Asli atau kaum kerabat Kit Siang?

Sama ada sedar atau tidak, ia meremehkan dan menghina Orang Asli yang selama ini hanya mendapat pembelaan daripada Barisan Nasional. Dapatkah Kit Siang menafikan perkara ini?

Kit Siang perlu lebih banyak belajar mengenai Malaysia, terutama suku kaumnya sebelum membuat sebarang kenyataan bagi mencerminkan DAPlah pejuang Orang Asli.

Berapa kalikah Kit Siang dan pemimpin DAP lain mengunjungi masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands dan tempat lain? Apa bantuan yang pernah dihulurkan kepada mereka selain mendabik dada sebagai pejuang hak mereka?

Makin banyak beliau dan pemimpin DAP bercakap, makin banyak kesilapan yang mereka lakukan. Daripada itu, eloklah jika Kit Siang ada 'proof reader'nya sendiri!

Jabatan Komunikasi Strategik
Penerangan UMNO Malaysia
24 Januari 2019

Tuesday, 15 January 2019

DAP Sentiasa Menampilkan Wakil Rakyat Nomad


Beberapa hari lalu kecoh Lim Kit Siang tersekat dalam kawasan orang asli kerana terputus jalan perhubungan. Konon beliau prihatin dengan nasib orang asli.

Ini semua kepura-puraan cap ayam sahaja.

Dulu kalau kita hendak buat jalan ke kawasan penempatan orang asli, kumpulan anti BN juga yang sering hasut supaya penduduk menentang pembangunan atas nama melindungi tradisi dan alam sekitar.

PRK kali ini Lim Kit Siang sanggup turun sampai ke hutan banat mencari sokongan. Tapi jangan harap beliau akan selalu datang selepas habis pilihan raya.

Sejak beberapa penggal lepas selepas pilihan raya pengundi hanya dapat lihat muka wakil rakyat DAP dalam portal Malaysiakini atau rakaman Parlimen.

Selepas sepenggal mereka akan pindah kawasan lain.

Semoga pengundi Cameron Highlands jangan percaya wakil rakyat nomad dari DAP ini. Mereka selalu pindah randah bila pengundi sudah tahu tembelang mereka.

Berilah kepercayaan kepada penduduk tempatan yang menjadi calon BN.

#P078

- Ab Jalil Backer


Ketua Kampung, 5 Ekor Babi dan Nasib Tukang Cuci


Pada suatu masa dulu di sebuah kampung nun di hujung dunia, ada seorang ketua kampung yang sangat pemurah. Mana orang kampung susah banyak ditolongnya.

Malangnya Ketua Kampung ini ada 5 ekor babi kesayangan bernama HR, AR, RA, JL dan IS. Babi-babi ini suka merosakkan tanaman dan berak merata-rata. Bau busuk satu kampung.

Kerana terlalu banyak aduan maka ketua kampung pun buatlah kumpulan mencuci tahi babi-babi ini. Masalahnya babi-babi ini berak 10 kali sehari. Oleh kerana babi ini suka berak maka busuklah satu kampung.

Orang kampung pun tersangat marah. Bau busuk tersebut bukan sahaja mencemarkan alam sekitar tetapi juga menjadi bahan umpat keji kampung-kampung sebelah.

Pasukan mencuci cuba sedaya upaya mencuci tahi babi ini setiap masa. Sudah tentu susah menghilangkan bau tahi babi kerana tabiat mereka yang tidak pernah berubah.

Pasukan mencuci pernah mencadangkan supaya babi-babi ini ditangkap dan diletak dalam kandang supaya tidak berak merata dan menimbulkan kemarahan orang kampung.

Bukan main marah Ketua Kampung sehingga merah telinga dan mukanya.

Maka suatu hari orang kampung hilang sabar lalu mencampakkan ketua kampung, tok siak, tok imam, babi-babinya dan pasukan pencuci ke dalam sungai.

Timbul saja Ketua Kampung ini beliau tidak salahkan babi-babi ini, beliau tidak salahkan imam dan siak.

Yang kena marah ialah pasukan pencuci kerana gagal menghilangkan bau busuk babi-babinya.

- Ab Jalil Backer

Monday, 14 January 2019

KENYATAAN MEDIA RAMLI MOHD NOR CALON BARISAN NASIONAL P078


Saya percaya, rakyat kini sudah mampu menilai kerajaan Pakatan Harapan bahawa wujudnya ketidakadilan dan ketirisan dalam pemerintahannya. 

Kita memerlukan satu suara baru, suara yang lebih tegas daripada parti pembangkang untuk mengatakan kesilapan yang telah dilakukan dalam kerajaan di bawah Pakatan Harapan. Kesilapan mereka dalam pemerintahan terutamanya dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan kepentingan awam dan kepentingan semua kaum.  

Jika kemenangan ini berpihak kepada saya, saya percaya ini adalah satu fenomena baru dalam sejarah di parlimen negara di mana buat pertama kalinya wakil rakyat adalah berasal daripada keturunan Orang Asli. 

Dengan kehadiran dan saya dalam parlimen nanti, saya akan menengahkan isu-isu, idea dan pendapat kaum minoriti contohnya dalam merangka dasar yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk kesejahteraan Orang Asli dan masyarakat lain di Malaysia.  

Oleh itu, saya memerlukan sokongan penuh daripada anda agar suara dan hak rakyat terutamanya kaum minoriti dapat diperjuangkan dan diketengahkan.

Saturday, 12 January 2019

KENYATAAN MEDIA MENGENAI LESEN PENDUDUKAN TANAH SEMENTARA



Membalas kenyataan media oleh calon DAP bagi PRK Cameron Highlands, M. Monagaran bahawa antara masalah utama di Cameron Highlands adalah isu para petani yang diberi Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan hanya Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan masalah ini.

Seharusnya beliau ketahui bahawa perihal tanah adalah jatuh dibawah kuasa Kerajaan Negeri seperti yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehingga hari ini, Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada para petani berjumlah 24007.4 hektar atau 3.38% daripada keluasan Cameron Highlands.

Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik. Perihal tanah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Dan Daerah adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Saya turut percaya, ini semua adalah berkaitan dengan kehidupan seharian masyarakat di dalam Parlimen Cameron Highlands.

Kerajaan Negeri Pahang tentunya memberi bantuan sekiranya para petani menurut peraturan-peraturan yang ditetapkan dan selama inipun kita bantu.

Nasihat saya, Encik M. Monagaran perlu mengetahui hal ini sebelum melakukan kenyataan tersebut.

YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail

Saturday, 1 December 2018

Mahkamah Batalkan Kerusi BN Di Cameron Highland BN Failkan Rayuan


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional (BN) akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Cameron Highlands.

Mahkamah Pilihan Raya di sini mengisytiharkan kemenangan BN bagi kerusi terbabit dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Jentera BN ditunjangi UMNO dan MIC mesti bersiap siaga untuk hadapi semua kemungkinan.

“Ahli Parlimen akan meneruskan perkhidmatan kepada pengundi, biarpun dalam kepayahan,” katanya yang juga Presiden UMNO dalam kenyataan hari ini.

Dilaporkan, Hakim Datuk Azizah Nawawi memutuskan amalan rasuah terbukti telah dilakukan dengan pengetahuan dan persetujuan responden (Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk C. Sivarraajh) dalam pilihan raya itu, iaitu pemberian wang kepada pengundi untuk mendorong mereka mengundi BN.

Bagaimanapun, beiau tidak akan melaporkan mana-mana individu yang telah dibuktikan pada perbicaraan yang didapati bersalah melakukan amalan rasuah itu kerana ketidakkonsistenan dalam keterangan saksi pempetisyen berhubung identiti orang yang sebenarnya menyerahkan wang berkenaan,” katanya.

Katanya, tidak dipertikaikan bahawa Orang Asli akan mengalu-alukan sebarang bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan daripada semua pihak termasuk pemberian mesin pemotong rumput oleh pempetisyen (calon DAP M. Manogaran) sendiri. –