Showing posts with label Bantah ICERD. Show all posts
Showing posts with label Bantah ICERD. Show all posts

Sunday, 2 December 2018

Peguam Pro ICERD Menang Majlis Peguam Dilihat Kembali Telus Bila Siti Kassim Kalah


Angin perubahan nampaknya bakal dirasai dalam Majlis Peguam apabila calon-calon yang jelas berpendirian mempertahankan Perlembagaan Persekutuan telah memenangi pemilihan jawatankuasa baharu pertubuhan itu.

Kemenangan tersebut dimaklumkan oleh Aktivis Concerned Lawyers For Justice, Aidil Khalid dalam akaun Facebook awal pagi ini.

Aidil memberitahu, calon-calon yang menang itu juga merupakan dalam kalangan mereka yang menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Calon-calon yang jelas pendirian mereka untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menolak ICERD seperti Lukman Sheriff, Yusfarizal Yusof dan rakan-rakan telah menang dan terpilih.

“Calon-calon yang menyokong ICERD seperti Siti Kasim dan kumpulannya telah disapu keluar,” kata beliau.

Menurut Aidil, daripada 10 calon yang disarankan selamat untuk diundi sebelum ini, lapan daripadanya telah terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Majlis Peguam.

“Ini sekali gus menunjukkan bahawa jika kita bersatu-padu, dan memainkan peranan masing-masing untuk terlibat dalam proses mengundi, kita sebenarnya boleh mengambil alih Majlis Peguam supaya dapat dikembalikan kepada jalan yang lurus dengan matlamat asalnya yang suci,” tegas beliau. - UTUSAN ONLINE

Sunday, 18 November 2018

Jika ICERD Itu Benar Kenapa Masih Ada Penindasan di Beberapa Buah Negara Yang Terima ICERD?


JIKA BENARLAH ICERD .....

Jika betullah ICERD ini bagus, kenapa di India masih berlaku dikriminasi terhadap golongan Dalit (Pariah) oleh Kelompok Hindu Kasta Atasan ? 

https://www.bbc.com/news/world-asia-india-18394914

Jika betullah ICERD itu bagus, kenapa di China masih berlaku dikriminasi terhadap penduduk asal etnik Uighur di Xinjiang ?. 

https://www.theguardian.com/news/2018/aug/07/why-uighur-muslims-across-china-are-living-in-fear

Jika benarlah ICERD ini dikatakan memenuhi hak asasi manusia kenapa kaum kulit hitam (Afro American) di Amerika Syarikat masih didikriminasikan dan adakalanya ditangkap oleh pihak berkuasa tanpa sebab munasabah ? 

https://www.npr.org/sections/codeswitch/2017/10/25/559015355/how-black-americans-see-discrimination

Jika dikatakan sesuainya ICERD ini dilaksanakan di Malaysia, kenapa orang Melayu dinafikan dalam serba serbi aspek kononnya ats alasan meritokrasi di Republik Singapura hatta hanya seorang sahaja orang Melayu memegang jawatan didalam Jemaah Menteri Singapura ? 

 Ada jawapan tak wahai Menteri JPM (Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial) ?. 

Nota : India, Amerika Syarikat, China dan Singapura antara yang meretifikasikan ICERD.

Saturday, 17 November 2018

ICERD Hapuskan Tanah Rizab Melayu Dan Regimen Askar Melayu


ICERD implikasinya amat besar kepada perlembagaan negara, ianya melibatkan khususnya kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan negara.

Tanah Rizab Melayu dan Regimen Askar Melayu Di-Raja tidak terkecuali akan menerima kesan sekiranya kerajaan bersetuju meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di mana kedua perkara itu merupakan satu perkara yang dianggap sebagai diskriminasi antara kaum di bawah konvensyen tersebut, demikian jelas seorang pengamal undang-undang, Lukman Sherrif.

Selain itu menurut beliau, Universiti Teknologi Mara, Maktab Rendah Sains Mara, sekolah-sekolah asrama yang berdasarkan kaum, juga turut termasuk dalam bentuk diskriminasi di bawah di bawah ICERD.

“Jika sesebuah negara meratifkasikan sesesuatu konvensyen, negara tersebut hendaklah memastikan bahawa ia boleh menunaikan konvensyen tersebut. Sekiranya kerajaan mahu menandatangani ICERD, maka mereka akan berusaha untuk melaksanakannya kerana ianya akan menjadi perhatian dunia.

“Jadi akan ada satu badan di luar negara, yang akan menentukan sebarang kompromi di dalam perlembagaan negara, yang mana sepatutnya kompromi di dalam perlembagaan negara itu ditentukan oleh kita sendiri. Jadi dalam kes ICERD ini, ia ternyata bercanggah dengan perlembagaan dan sebab itu kita perlu menolak ICERD ini dari segi pendekatan kompromi terhadap perlembagaan kita,

Ratifikasi ICERD ini dibuat dengan terlampau tergesa-gesa tanpa melalui perbincangan dan pandangan umum, termasuklah mendapat persetujuan dan konsultasi bersama Majlis Raja-Raja Melayu.

“Ramai yang mungkin tidak faham bahawa, hakikat sebenarnya rakyat di Malaysia hendaklah berpegang kepada prinsip anti diskriminasi.

Tetapi di dalam perlembagaan kita, akibat kompromi perlembagaan yang berlaku ketika negara mencapai kemerdekaan, maka terdapat beberapa pengecualian di dalam perlembagaan di mana membenarkan diskriminasi itu berlaku.

Contohnya undang-undang syariah. Di bawah perlembagaan, kita berpegang kepada Equality Before The Law, yang bermaksud samarata untuk semua orang.

Tetapi melalui undang-undang syariah, seseorang Muslim itu mungkin bersalah tetapi seseorang bukan Muslim pastinya tidak bersalah di dalam undang-undang syaria. Dan ini bukanlah Equality Before The Law,

Bagaimanapun diskriminasi terhadap perkara ini dibenarkan kerana undang-undang syariah dikecualikan terhadap bukan Islam dalam artikel 8.

“Sebab itu, rakyat kena faham bahawa perlembagaan di negara kita ini merangkumi pelbagai komponen perlembagaan yang disesuaikan dengan situasi negara kita ini. Sebab itu, kompromi perlembagaan negara kita ini ditentukan oleh kita sendiri, bukan orang luar.

Oleh itu dalam kes ICERD ini, implikasinya amat besar terhadap perkara 153 perlembagaan Malaysia yang mana perkara yang dikelaskan sebagai diskriminasi di bawah ICERD itu, telah dijadikan perlembagaan negara  dan telah diterima oleh semua rakyat di negara ini semenjak merdeka,

Monday, 12 November 2018

Konvensyen Antarabangsa ICERD Tidak Relevan Diamalkan Di Malaysia



Kalau rasa diri dah gila, boleh la sokong ICERD😁. "Mereka yang sokong ICERD INI ORANG GILA!!!" Pakar perlembagaan yang kata ye, bukan saya. BACA BERITA INI SAMPAI HABIS.

Mana-mana pihak yang menyokong Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diberi amaran supaya tidak sesekali mengaitkannya dengan Perlembagaan Persekutuan dalam perkara-perkara tertentu sahaja, bukan sepenuhnya.

Pakar Perlembagaan Persekutuan, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan hujah kesamarataan bagi mera­tifikasi konvensyen antarabangsa itu me­rupakan alasan paling tidak munasabah kerana perkara sama turut disentuh dalam Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Mereka yang sokong ratifikasi ICERD ini orang gila! Ini konvensyen antarabangsa dan tidak semua perkara yang berlaku di negara lain boleh diamalkan di sini (Malaysia).

“Kita tak perlu terima konvensyen ini, malah tiada sebab untuk berbuat demikian sebab dalam Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan turut menyentuh isu kesamarataan. Janganlah ba­ca Perlembagaan negara itu Sekerat-sekerat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Majlis Peguam dalam satu kenyataan mempertahankan ICERD dan mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) meratifikasi konvensyen itu segera tanpa melakukan sebarang pengecualian.

Presidennya, George Va­rughese berkata, ratifikasi ICERD sama sekali tidak me­langgar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan seperti yang ditegaskan di dalam Perkara 1(4) yang menurutnya, memperuntukkan bahawa langkah-langkah istimewa (termasuk tindakan afirmatif) adalah dibenarkan.

Jelas Abdul Aziz, sesuatu yang sia-sia jika kerajaan PH meratifikasi ICERD semata-mata tunduk dengan gesaan pihak-pihak berkaitan.

“Isu kesamara­taan turut dirangka dalam Perlembagaan Persekutuan malah ia lebih sesuai dengan sejarah kepelbagaian kaum di negara ini, jadi buat apa bersungguh sangat hendak terima ICERD ini?” soalnya.

Sementara itu, Abdul Aziz turut menempelak pihak yang cuba melaungkan istilah kesamarataan bagi menekan kerajaan untuk meratifikasi ICERD.

“Berkaitan dengan kesamarataan ini, adakah semua orang sama? Adakah orang kaya dan miskin semua sama? Semua boleh menerima pendapatan RM10?” soalnya lagi.