Showing posts with label PRK N24 Semenyih. Show all posts
Showing posts with label PRK N24 Semenyih. Show all posts

Saturday, 2 March 2019

PRK N24 Semenyih: Pengundi PAS Dan BN Terjemahkan Ikatan Demi Perpaduan Islam


PRK N24 Semenyih - Ahli PAS mengaku tidak berasa kekok untuk mengundi calon BN, Zakaria Hanafi meskipun kali pertama memangkah logo dacing.

Pengundi PAS, Mohd Nizam Mat Ali, berkata dia menyokong calon BN demi perpaduan Melayu dan Islam.

"Kali pertama saya mengundi BN demi perpaduan Melayu, demi kerjasama untuk agama Islam.

"Inilah masanya untuk kita bersatu, untuk kita tunjukkan bahawa kita bukanlah bangsa yang ditindas.

"Kita harapkan kerjasama UMNO dan PAS ini demi kepentingan Islam, malah saya kira apa yang terjadi di Cameron Highlands tempoh hari bertambah hebat di Semenyih ini," katanya ketika ditemui di pusat pembuangan undi di Sesapan Batu Rembau, Semenyih hari ini.

Kerjasama UMNO dan PAS sebelum ini dilihat membuahkan hasil pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands yang menyaksikan BN pertama kali menang dalam siri PRK selepas 9 Mei.

Meskipun pada awal kempen terdapat kekeliruan, namun kerjasama itu ternyata diteruskan di PRK Semenyih.

Sementara itu, seorang lagi pegundi PAS, Sabri Tudan, 54, pula berkata dia yakin penyatuan UMNO dan PAS mampu menjadikan Islam lebih kuat.

Katanya, ini adalah peluang terbaik untuk menterjemahkan kekuatan bangsa Melayu dan umat Islam dengan mengundi calon BN.

"Saya rasa ini adalah masa yang terbaik untuk kita memastikan orang Melayu bersatu. Saya tidak kekok untuk mengundi calon BN.

"Apabila orang Melayu bersatu secara tidak langsung Islam akan menjadi lebih kuat di tanah air ini," katanya.

Pada PRK DUN Semenyih, BN mempertaruhkan Zakaria Hanafi, Pakatan Harapan (PH) pula meletakkan sandaran pada Muhammad Aiman Zainali.

Manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula mencalonkan Nik Aziz Afiq Abdul dan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng bertanding calon bebas.

#Zakaria4Semenyih
#BNSemenyih

Wednesday, 20 February 2019

BN Perlu Menang Di Semenyih Sebagai Isyarat Juga Simbol Bantahan Rakyat Tolak PH


Pengundi di PRK 24 Semenyih terutamanya Melayu diharapkan dapat  memberi undi solid 100 peratus kepada calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi. 

Ia simbol bantahan rakyat Malaysia kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama apa yang PH buat kepada Tabung Haji.
Tindakan Kerajaan PH memansuhkan subsidi untuk jemaah haji muassasah sama ada pengiring, mahram dan kes rayuan yang berjaya menunaikan haji lebih awal dari tahun peruntukan wajib dibantah.

Kenapa mahu dimansuhkan subsidi jika mereka dapat pergi awal? Apakah itu muslihat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk memansuhkan subsidi haji secara sulit dan berperingkat?
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof yang jaga Tabung Haji pula masih berdolak dalik. 
Beliau kata jangan percaya pada kenyataan yang tidak betul. Kalau tidak betul, nafikan sahaja dan beritahu apa yang betul dengan segera.

Rakyat masih tidak lupa apabila Mujahid menuduh kononnya Tabung Haji membayar hibah empat tahun berturut turut (2014-2017) secara haram. Ini menyebabkan TH rugi sebanyak RM4.1 Bilion. Pengurusan lama dituduh membayar hibah menggunakan wang pendeposit.

Asas tuduhan itu ialah liabiliti TH (RM74.4B) melebihi aset TH (RM70.3B). Masalahnya Menteri tidak merujuk laporan audit Ernst & Young. Rupanya ia adalah muslihat yang menyebabkan TH diletakkan di bawah Bank Negara (Kementerian Kewangan DAP). Akibatnya tanah milik TH di TRX dijual kepada PSV Kementerian Kewangan pada 15 Januari 2019.

Guan Eng sampai sekarang tidak mendedahkan berapa harga jualannya. TH sebelum ini membeli tanah itu dengan harga RM188.5 juta. Yang peliknya, Guan Eng pada 12 Febuari 2019 mengumumkan tanah TRX bermilai RM40 bilion adalah aset terbaik negara. Jika begitu kenapa tanah TH di situ dijual?

Bayangkan kalau pembangunan tanah TH di TRX yang bernilai RM900 juta dapat diteruskan sudah tentu ia menguntungkan berjuta ringgit kepada Tabung Haji. Dan sudah tentu TH dapat terus memberi subsidi haji kepada umat Islam.

Tetapi itulah akibatnya apabila Menteri Agama terlalu lemah dan ikut telunjuk DAP maka masa depan Tabung Haji semakin gelap.
Ayuh pengundi Melayu Semenyih. Kita bersolidariti dengan umat Islam Malaysia untuk menyelamatkan Tabung Haji.
Berilah undi solid kepada calon BN.

#BuktiBukanSekadarJanji

- Fuad Zakarshi

Monday, 18 February 2019

PRK Semenyih: Kerjasama Erat Akar Umbi BN Dan PAS Cukup Baik


Gerak kerja serta kerjasama yang cukup erat antara pimpinan dan jentera parti Barisan Nasional (BN) dengan Pas di peringkat akar umbi dilihat menenggelamkan kontroversi yang timbul berhubung persefahaman kedua-dua parti pembangkang berkenaan dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Perkara tersebut ditekankan oleh Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang hari ini turun padang membantu kempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kantan Permai bersama jentera setempat melibatkan pimpinan BN dan Pas.

Ditemui selepas mengadakan walkabout di Pasar Malam Jenaris bersama calon BN, Zakaria Hanafi, beliau menjelaskan apa yang berlaku di akar umbi cukup baik.

“Saya melihat hari ini sehari suntuk, hubungan yang wujud antara UMNO dan Pas di sini sangat baik. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tetapi yang penting keikhlasan dan kejujuran kita atas niat bersama untuk apa… umat Islam, bangsa Melayu dan negara kita yang majmuk… ini pegangan kita bersama. Alhamdulillah…. Tentang calon kita, Zakaria Hanafi saya cukup berpuas hati dengan kerjasama yang wujud antara kedua-dua parti tersebut di Semenyih hari ini.

“Saya masuk cawangan dan jumpa Naib Ketua Cawangan Pas tadi serta pimpinan lain termasuk sayap… kerjasama berjalan erat dan apa yang penting berlaku di bawah sana berbanding dengan apa yang digembar-gemburkan di luar,” katanya.

Katanya lagi jika beliau berada di tempat Pakatan Harapan (PH) kerjasama serta hubungan yang terjalin antara BN dan Pas pada PRK semenyih tentunya membimbangkan.

“Kalau saya berada di tempat mereka (PH) memang tidak senang dan itu dah diterjemahkan dalam konteks di Cameron Highlands baru-baru ini. Apa yang berlaku bukan sahaja gandingan Pas dengan UMNO tetapi banyak kesilapan mereka sendiri.

“Harga minyak sawit masih lagi rendah, harga getah dah merundum dan ekonomi kita masih lagi tidak bermaya, saya tengok kementerian-kementerian semua tidak dapat diselaraskan dan menteri pula cakapnya bercanggah. Itulah yang mungkin orang ramai mahu sampaikan mesej,” ujarnya lagi.-MediaUMNO

PRK Semenyih: Fenomena BossKu Di Flat Baiduri


BossKu YB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berdiri bersama calon BN PRK DUN Semenyih Hj Zakaria Hanafi sewaktu berucap pada majlis bersama penduduk Pangsapuri Baiduri malam tadi.

 
Calon BN PRK DUN Semenyih Hj Zakaria Hanafi beramah mesra pada majlis bersama penduduk Pangsapuri Baiduri malam tadi.

Sunday, 17 February 2019

Azmin Usah Temberang Pasal Pembangunan Dengan Orang Semenyih


Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz membidas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kononnya kawasan Semenyih menerima pembangunan pesat sejak 2008 dan sekiranya PH tidak turun dulu ke Semenyih, mana mungkin Semenyih dan Hulu Langat mendapat pembangunan.

Jelas Johan, PH tidak perlu temberang orang Semenyih kerana orang Semenyih tahu hakikat sebenar.

“Apa maksud dia tidak turun tu.. saya ingat bila dia turun baru dia nampak pembangunan sudah wujud di Semenyih ini.

“Jangan temberang orang Semenyih. Isu kesakan lalulintas saya yang buka jalan Eco Hill Eco World… saya desak untuk cepatkan dan projek itu bukan negeri yang buat… projek itu pemaju yang buat.

“Apa pembangunan yang PH kata mereka sudah buat? Apa? Tidak ada. Hospital? Saya yang minta dengan Datuk Seri Najib (ketika menjadi Perdana Menteri) RM300 juta untuk bina hospital di Sungai Jelok.

“… Sekolah? Saya yang bawa Datuk Seri Mahdzir Khalid turun ke Semenyih pada bulan dua… bulan empat lulus… hari ini menteri kasut hitam (Maszlee Malek) mengaku dia yang usahakan… jangan temberang orang Semenyih… orang Semenyih tahu,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Azmin baru-baru ini ketika melancarkan Bilik Gerakan Wanita PH bagi PRK DUN Semenyih berkata, kawasan Semenyih menerima pembangunan pesat sejak 2008 apabila gabungan parti pembangkang ketika itu mentadbir kawasan berkenaan dan daerah Hulu Langat.

Menurut beliau, sekiranya PH tidak turun dulu, tidak mungkin Semenyih dan Hulu Langat mendapat pembangunan seperti ini. - MediaUMNO

Saturday, 16 February 2019

Mahathir Terdesak? Semua Tidak Mustahil Dalam Percaturan Politik Mahathir



Dakwaan Tun Mahathir bahawa DS Hadi Awang menandatangani surat persetujuan tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih bukanlah mustahil. Dalam politik Tun apa sahaja boleh berlaku. 

Jika benar ada perjanjian tersebut tentu ada perkara besar yang memaksa PAS menurut permintaan Mahathir. Mahathir pula setelah maki hamun Pas dan Hadi kemudiannya menjemput mereka ke pejabatnya menunjukkan Bersatu benar-benar terdesak untuk menang. 

Terdesak benar sampai buat perjanjian bertulis. Mahathir memang terdesak kerana jika kalah Bersatu akan dianggap tidak berguna kepada Pakatan Harapan. 

Setakat ini UMNO, PKR dan DAP telah menang dalam PRK. Bersatu belum lagi.  Jika kalah PKR juga akan menuntut kerusi tersebut dalam PRU akan datang. 

BN tidak perlu gundah gulana kerana ini adalah sebahagian politik. In sha Allah kita akan menang jika itu takdirnya. 

Jangan marah-marah Pas kerana ia tidak akan menguntungkan parti. Walau Pas tidak sokong tidak semesti penyokongnya tidak akan undi kita. 

Lagi pun pengundi non partisan adalah jumlah terbesar di Semenyih. 

Mahathir memang terdesak kerana agensi-agensi di bawah beliau memberi gambaran Bersatu akan kalah dengan 2000 undi. 

Selain dari itu fokus utama perjumpaan Mahathir - Hadi semalam juga  adalah untuk menyekat Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. 

Jadi mereka kena cipta satu kontroversi lain supaya Anwar tidak syak sesuatu yang luar biasa. 
Maka lahirlah perjanjian politik yang menggemparkan. Semua orang bincang hal tersebut, terlupa agenda sebenar. 

Ini macam main caturlah. Kita hendak checkmate Raja cara lain, tapi kita serang sebelah lain supaya pertahanan raja leka. 

- Ab Jalil Backer

Thursday, 14 February 2019

Teka- Teki Siapa Calon BN Di N24 Semenyih Kini Terjawab


Sedikit sebanyak mengenai Calon N24, Semenyih Zakaria Bin Haji Hanafi. Beliau berusia 58 tahun.Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Dengan Kepujian di UKM pada tahun 2001.

Beliau telah bergiat dalam bidang politik sejak dahulu lagi. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Tetap UMNO Cawangan, AJK UMNO Bahagian Hulu Langat & Ketua Cawangan UMNO.

Beliau juga bergiat aktif dalam aktiviti Kemasyarakatan, dimana beliau pernah dilantik menjadi 
AJK Majlis Belia Daerah Hulu Langat 1995
AJK PIBG SRAI Beranang ( 2003-2005), Setiausaha JKKK Kg. Sesapan Kelubi, Beranang (2003-2018), 
Setiausaha Tabung Khairat Kg. Sasapan Kelubi Beranang ( 2003- sekarang), Setiausaha Surau Al-Falah (2014-2019) dan Ahli Lembaga Pengarah KOPEL Hulu Langat  (2018 -2019)

Tuesday, 12 February 2019

PRK Semenyih: Destinasi PH Untuk Tabur Janji Yang Terkini - Mat Nadzari


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan mempersoalkan tindak-tanduk beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang begitu agresif turun padang dengan pelbagai program kerajaan ke kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Semenyih.

Soal beliau jika sebelum ini mereka sering melaung-laungkan kononnya kerajaan terdahulu menggunakan jentera kerajaan dan sebagainya namun apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya sekaligus memberi gambaran itulah ‘Malaysia Baru‘.

“Sejak beberapa hari lalu, beberapa pemimpin PH terutamanya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) begitu agresif turun padang ke DUN Semenyih. Alhamdulillah mereka begitu prihatin dengan Menteri Belia dan Sukan berkayuh basikal dan timbul idea nak jadikan Semenyih sebagai lokasi ‘bicycle tourism’ manakala Menteri Pendidikan juga lakukan pecah tanah projek sekolah yang didakwa hasil perjuangan Kerajaan PH.

Tidak ketinggalan Menteri PLB juga sampaikan kunci dan mesin jahit.

“Tahniah kepada penerima dan perlu diakui seperti penafian pemimpin PH, turun padang berkenaan bukan kerana Semenyih ada PRK tetapi ia sudah dirancang sejak dulu lagi. Nampaknya cara menteri-menteri berkenaan sama seperti yang dilaungkan sebelum ini kononnya kerajaan terdahulu salah guna kuasa, salah guna jentera kerajaan dan lain-lain.

“Persoalannya, apa sudah jadi kepada mereka ini yang kini menerajui kerajaan pusat dan negeri. Kenapa menjilat ludah sendiri… Ramai yang keliru dengan sikap mereka…,“ katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tegas beliau lagi walaupun pelbagai teguran demi teguran diberikan oleh pelbagai pihak, namun tindakan mereka seolah-olah perkara yang betul dan BN Selangor tidak melihat ia sebagai satu isu lagi kerana apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan kini semuanya adalah betul.

“Walaupun teguran demi teguran dibuat termasuk daripada NGO Bersih 2.0, nampaknya apa sahaja yang dilakukan mereka adalah betul kerana mereka adalah kerajaan ‘Malaysia Baru’. PRK Cameron Highlands menceritakan sikap ego dan keras kepala mereka apabila sudah kantoi guna jentera kerajaan tetapi mahu ‘tegakkan benang yang basah’.

“Biarlah pemimpin-pemimpin ini dengan cara mereka mungkin kerana mereka percaya taktik berkempen menggunakan jentera kerajaan yang dahulunya disangkal habis-habisan mampu ‘mengumpan’ hati pengundi dan jumlah undi yang diterima mereka pada PRK Cameron Highlands membuktikan mereka benar.

“Tumpuan BN Selangor kini termasuk dengan kerjasama PAS dan beberapa NGO yang mula ‘buka mata’ adalah untuk terus mendampingi seramai mungkin pengundi dan menyusun gerak kerja yang tersusun. Insya-Allah jam 5 petang Khamis ini (14 Februari 2019) calon kami akan diumumkan dan sudah pasti dengan istiqomah kejayaan pasti menyusul,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

Monday, 11 February 2019

Siapa Calon PRK Semenyih ? Jawapannya Tunggu Hari Khamis Ini.


Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Khamis ini.
Pengumuman akan dilakukan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan 5 petang di Command Centre, Plaza Dato’ Mohd Said, Taman Pelangi Semenyih 2.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti kini mengambil tanggungjawab itu selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Pengerusi BN, berehat dari tugasan parti berkuatkuasa 18 Disember lalu.
Kejayaan pertama Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat ialah mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRK 26 Januari lalu, dengan meletakkan calon Orang Asli melawan DAP dari Pakatan Harapan (PH).
PRK DUN Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.45 pagi di Hospital Kajang.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, Bakhtiar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengalahkan penyandang kerusi itu, Datuk Johan Abd Aziz dari BN dengan majoriti 8,964 undi.