Monday, 18 February 2019
PRK Semenyih: Kerjasama Erat Akar Umbi BN Dan PAS Cukup Baik
By @MNA at 01:16:00
PRK N24 Semenyih, PRK Semenyih
Gerak kerja serta kerjasama yang cukup erat antara pimpinan dan jentera parti Barisan Nasional (BN) dengan Pas di peringkat akar umbi dilihat menenggelamkan kontroversi yang timbul berhubung persefahaman kedua-dua parti pembangkang berkenaan dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Perkara tersebut ditekankan oleh Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang hari ini turun padang membantu kempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kantan Permai bersama jentera setempat melibatkan pimpinan BN dan Pas.
Ditemui selepas mengadakan walkabout di Pasar Malam Jenaris bersama calon BN, Zakaria Hanafi, beliau menjelaskan apa yang berlaku di akar umbi cukup baik.
“Saya melihat hari ini sehari suntuk, hubungan yang wujud antara UMNO dan Pas di sini sangat baik. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tetapi yang penting keikhlasan dan kejujuran kita atas niat bersama untuk apa… umat Islam, bangsa Melayu dan negara kita yang majmuk… ini pegangan kita bersama. Alhamdulillah…. Tentang calon kita, Zakaria Hanafi saya cukup berpuas hati dengan kerjasama yang wujud antara kedua-dua parti tersebut di Semenyih hari ini.
“Saya masuk cawangan dan jumpa Naib Ketua Cawangan Pas tadi serta pimpinan lain termasuk sayap… kerjasama berjalan erat dan apa yang penting berlaku di bawah sana berbanding dengan apa yang digembar-gemburkan di luar,” katanya.
Katanya lagi jika beliau berada di tempat Pakatan Harapan (PH) kerjasama serta hubungan yang terjalin antara BN dan Pas pada PRK semenyih tentunya membimbangkan.
“Kalau saya berada di tempat mereka (PH) memang tidak senang dan itu dah diterjemahkan dalam konteks di Cameron Highlands baru-baru ini. Apa yang berlaku bukan sahaja gandingan Pas dengan UMNO tetapi banyak kesilapan mereka sendiri.
“Harga minyak sawit masih lagi rendah, harga getah dah merundum dan ekonomi kita masih lagi tidak bermaya, saya tengok kementerian-kementerian semua tidak dapat diselaraskan dan menteri pula cakapnya bercanggah. Itulah yang mungkin orang ramai mahu sampaikan mesej,” ujarnya lagi.-MediaUMNO
Related Posts:
Siapa Calon PRK Semenyih ? Jawapannya Tunggu Hari Khamis Ini. Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Khamis ini. Pengumuman akan dilakukan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan 5 petang di Comm… Read More
PRK Semenyih: Fenomena BossKu Di Flat Baiduri BossKu YB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berdiri bersama calon BN PRK DUN Semenyih Hj Zakaria Hanafi sewaktu berucap pada majlis bersama penduduk Pangsapuri Baiduri malam tadi. Calon BN PRK DUN Semenyih Hj Zaka… Read More
Teka- Teki Siapa Calon BN Di N24 Semenyih Kini Terjawab Sedikit sebanyak mengenai Calon N24, Semenyih Zakaria Bin Haji Hanafi. Beliau berusia 58 tahun.Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Dengan Kepujian di UKM pada tahun 2001. Beliau telah bergiat dalam bidan… Read More
Mahathir Terdesak? Semua Tidak Mustahil Dalam Percaturan Politik Mahathir Dakwaan Tun Mahathir bahawa DS Hadi Awang menandatangani surat persetujuan tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih bukanlah mustahil. Dalam politik Tun apa sahaja boleh berlaku. Jika benar ada perjanjian terse… Read More
PRK Semenyih: Destinasi PH Untuk Tabur Janji Yang Terkini - Mat Nadzari Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan mempersoalkan tindak-tanduk beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang begitu agresif turun padang dengan pelbagai program kerajaan ke kawasan Dewan… Read More