Monday, 18 February 2019

Menteri Gelabah Arahkan RTM Sediakan Laporan Liputan ‘sabotaj’ kerajaan PH


Bila ada aduan mulalah keluar arahan siasat. Orang kerajaan mengadu perihal kerja menteri kerajaan sendiri. Tambah-tambah program dihadiri oleh Perdana Menteri sendiri. Baru gelabah si menteri cari punca masalah. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengarahkan stesen penyiaran kerajaan, RTM untuk menyediakan laporan mengenai kemungkinan ada kakitangannya mensabotaj kerajaan persekutuan.

Ini susulan liputan secara langsung acara sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan yang diadakan di Seremban dengan tidak melaporkan sebarang berita dari Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

"Saya telah meminta RTM memberi laporan kepada saya. Dapat laporan nanti, saya akan buat apa yang perlu," katanya kepada pemberita di George Town hari iniselepas pelancaran Terragraf bagi Komunikasi dan Facebook YTL, iaitu pasaran pertama di Asia, di Georgetown hari ini.

Sambutan rumah terbuka itu diadakan di Dataran Sentrio, Seremban dan dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Ia turut dihadiri Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, timbalannya Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan Lim Guan Eng serta anggota kabinet.

Gelagat dan karenah sebegini hanya berlaku dalam pentadbiran kerajaan PH. 
Semuanya berpunca dari kurang cekap menjalankan tugas dan tidak memahami prosedur kerja. 
Macam-macam ada sekarang.