Tuesday, 19 February 2019
Rakyat Disyaki Serang Menteri PH Ditahan Polis, Menteri PH Disyaki Serang Rakyat Tiada Sebarang Tindakan?
By @MNA at 13:05:00
Papagomo direman polis
EXCO Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri telah direman 3 hari.
Dia disyaki cuba menyerang Menteri PH semasa PRK Semenyih.
Menteri buat laporan polis terhadap Azri dan Azri ditangkap dan direman serta-merta.
Tetapi apa sudah terjadi dengan laporan polis hampir 1 bulan dahulu dari calon BN semasa PRK Cameron Highlands terhadap Timbalan Menteri DAP?
https://www.malaysiakini.com/news/461075
Selain dituduh telah menggunakan kenderaan milik kerajaan untuk berkempen, Menteri DAP itu dituduh telah menceroboh masuk ke dalam kereta peribadi tanpa kebenaran untuk merampas telefon bimbit serta mengeluarkan kata-kata kesat.
Insiden ini juga dirakam di dalam klip video yang telah menjadi tular.
Rakyat disyaki serang Menteri PH, rakyat ditahan polis dan direman 3 hari.
Menteri DAP disyaki serang rakyat, polis tak ambil tindakan?
Jika tindakan telah diambil, apa hasil siasatan?
Sehingga kini, kita tidak diberitahu apa-apa perkembangan tentang kes ini.
Mohon kerajaan PH jelaskan.
-Najib Razak