Showing posts with label KMS Biro IT. Show all posts
Showing posts with label KMS Biro IT. Show all posts

Saturday, 4 November 2017

Tidak Akan Terikut Permainan Politik Tidak Bermoral Bekas Pemimpin Negara - Najib


YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan terikut dengan permainan politik tidak bermoral dan biadap oleh seorang bekas pemimpin negara.

Sebagai perdana menteri, Najib berkata beliau perlu menjaga dan membawa politik bermoral, mempunyai tata susila dan bersopan santun.

"Banyak kesilapan dia (bekas pemimpin), tapi dia tak jawab.. .bila tanya ?tahu´, (dia) jawab tak tahu ? bila tanya ?ingat´ (dia) jawab tak ingat.

"Dia marah semua orang...marah Bugis lah... Bugis dah la pejuang...jangan suruh saya balik...saya pun tak suruh dia balik sebab saya tak mahu berada di tahap serendah itu seperti dia," katanya ketika merasmikan penutupan Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Najib tidak menamakan pemimpin itu, tetapi adalah jelas beliau merujuk kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO Datuk Ahmad Maslan dan Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Najib yang juga presiden UMNO berkata tidak ada salahnya jika berbeza pendapat namun jangan memburukkan peribadi seseorang kerana ia bukan ?cara politik Malaysia´.

"Kita tak ?pukul´ (kritik) cara kasar, sebab tu kita jangan ajar rakyat Malaysia politik sebegini? kita ni pemimpin, orang tua, kena tunjuk teladan ".

Sementara itu, perdana menteri berkata terlalu banyak berita palsu dan tuduhan tidak berasas menular di media sosial yang mahu menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin negara.

"(Contohnya) saya tak bagi duit pada PAS (seperti dakwaan (pengasas dan editor Sarawak Report) Clare Rewcastle Brown), sebab tu PAS saman Sarawak Report... Clare pun dah menggelabah, tapi saya tak boleh komen kerana ia kes mahkamah, " katanya.

Justeru, Najib menyeru anggota UMNO khususnya untuk memantapkan jentera parti kerana penularan berita palsu di media sosial akan terus menjadi 'modal' pihak pembangkang.

Menurutnya, anggota UMNO perlu rajin, bersungguh-sungguh dan berani mengeluarkan pendapat mereka di media sosial termasuk berkaitan dasar-dasar kerajaan.

"Kalau dalam dewan ni yang lebih kurang 3,800 anggota UMNO respons setiap kali saya tweet atau muat naik dalam Facebook, kita akan menawan perang siber, kita akan menang!."

"Saya bergantung kepada pejuang-pejuang maya untuk menang PRU14 (pilihan raya umum ke-14) dan kalau kita nak pertahankan kerajaan, perlu kerja bersungguh-sungguh supaya PRU14 milik kita," katanya.

Dalam pada itu, beliau dalam nada tegas mengingatkan anggota UMNO untuk tidak bertelagah sesama sendiri di media sosial kerana musuh utama adalah pembangkang.

"Musuh kita adalah pembangkang, jangan ada 'friendly fire' sesama kita... kadang-kadang kita cemburu sesama kita. Saya tak suka perangai ini, PRU nak dekat dah. Walau kita tak suka dia, tak suka tengok muka dia, jangan 'friendly fire'," katanya.

Najib turut menyifatkan PRU14 adalah ibu kepada semua pilihan raya umum, terutamanya dengan pelbagai kejayaan yang telah dicapai kerajaan termasuk pelancaran tren Transit Aliran Massa (MRT) baru-baru ini dan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang dilancar semalam.

Tentera Siber UMNO Perlu Tangani Persepsi Negatif Terhadap Kerajaan - TPM Zahid


Tentera siber UMNO perlu proaktif menangkis sebarang persepsi negatif  terhadap kerajaan dan parti khususnya yang boleh menjurus kepada pembunuhan karakter pemimpin yang giat dijalankan pihak-pihak tertentu, kata YAB  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata ia penting supaya persepsi buruk itu dapat diurus dengan baik, sekali gus dipadamkan daripada menguasai minda rakyat.




"Pendapat umum serta menggunakan media bagi mempengaruhi sokongan orang awam lebih berkuasa berbanding dengan mahkamah yang ada perundangan (dan) jika persepsi dan penggunaan media ini tak diatasi, maka kita akan tenggelam.

"Tenggelamnya beberapa tokoh politik dunia, tenggelamnya beberapa parti politik ternama adalah kerana persepsi tidak diurus dengan sebaik-baiknya,"katanya semasa berucap pada Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.


Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO berkata masyarakat ketika ini cenderung mempercayai berita palsu, malah mampu menerima berita itu dengan baik.

"Jika tidak dapat diatasi dengan segera dan hanya jawab tiga atau empat bulan selepas itu, maka berlaku seperti  (bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia) Datuk S. Ambiga lakukan terhadap PAS apabila PAS dituduh menerima peruntukan RM90 juta daripada Perdana Menteri dan 1MDB (1Malaysia Development Berhad)," katanya.




Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata  segala perbezaan pendapat dalam parti harus diselesaikan dengan baik demi memperkukuhkan perjuangan parti dalam berdepan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Apabila Perdana Menteri sudah memberikan bajet terbaik dalam semua aspek, apabila seluruh jentera diintegrasi dengan sebaik-baiknya dan kita lupakan perbezaan pendapat, Insya-Allah, di bawah kepimpinan sedia ada kita akan memberikan hadiah kemenangan dengan majoriti dua pertiga, Insya-Allah,"katanya.

Mengenai Konvensyen Media Sosial Umno, Ahmad Zahid berkata ia harus dijadikan panduan kepada semua anggota  parti dalam berdepan pelbagai isu menyentuh parti di media sosial.

Konvensyen anjuran Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO itu bertujuan memberi penerangan berhubung kepentingan,  etika media sosial dan gerak kerja yang lebih berkesan kepada semua penggiat med8ia sosial UMNO bagi menghadapi PRU14.