Showing posts with label PH kerajaan huru hara. Show all posts
Showing posts with label PH kerajaan huru hara. Show all posts

Sunday, 7 April 2019

Penyakit Musim Liberal Ni Memang Susah Diubati


Negara ini ditubuhkan atas perjuangan umat Islam. Termaktub di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan.

Umat Islam yang bergolok bergadai untuk memerdekakan negara ini. Malangnya bila ada lebai tepi jalan jadi Menteri Agama dia sibuk bercakap soal Rahmatan Lil Alamin’ yang tampak untuk menyusupkan kebolehterimaan orang Islam terhadap DAP sahaja.

Walaupun kita mempunyai sejarah tolak ansur yang panjang, bukan pula bermakna menjadi muslim di negara ini tidak layak mendapat apa-apa keistimewaan termasuklah keistimewaan dalam pentadbiran.

Penubuhan pelbagai institusi berasaskan kepentingan umat Islam seperti Tabung Haji, Yadim, Yayasan Waqaf Malaysia dan lain-lain adalah sebahagian keistimewaan umat Islam negara ini.

Adalah bodoh dan bangang jika ada orang Islam mempersoal, memperlekeh atau mempertikaikan keistimewaan dan bantuan kerajaan kepada institusi Islam termasuklah Tabung Haji.

Umat Islam negara lain kagum dengan pengurusan TH menguruskan jemaah haji, mengurangkan beban kewangan jemaah dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada jemaah haji Malaysia.

Memang semua ini tiada dalam al-Quran. Tapi Allah bagi akal dan otak supaya kita membantu sesama Islam.

Kalau kerajaan mampu hendak bagi orang Islam pergi haji percuma pun apa salah? Hantar atlet sukan ke luar negara boleh takkan hantar jemaah haji salah?

Malangnya jangan katakan percuma, subsidi kepada Jemaah Haji pun hendak ditarik balik. Itu bukan duit kerajaan pun.

Penyakit musim liberal ni memang susah diubati.

- Ab Jalil Backer

Thursday, 28 February 2019

Jual Aset LTAT: Tak Mungkin Menteri Pertahanan Seorang Penipu, Sinis Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak mahu menuduh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sedang menipu kerana tugas dan tanggungjawab sebagai menteri yang menjaga keselamatan awam adalah sangat berat.
Justeru Najib beranggapan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bukan seorang penipu.
“Tetapi, jika Mat Sabu bukan penipu maka Boustead sudah melakukan kesalahan undang-undang kerana telah membuat pengumuman palsu kepada Bursa Malaysia.
“Hukuman ini di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2009 adalah penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM3 juta,” tegas Najib dalam hantaran di Facebooknya.
Najib berkata demikian terhadap reaksi balas Mat Sabu mengenai penjualan aset Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Hotel Royale Chulan Bukit Bintang, di sini.
Beberapa hari lepas, Najib mendedahkan pada minggu lepas Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat LTAT, Boustead Holdings telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga yang agak rendah, hanya RM197 juta walaupun hotel yang bertaraf empat bintang serta mempunyai 400 bilik itu berada di atas tanah hakmilik kekal dan terletak di kawasan tiga-segi emas Kuala Lumpur.
Walaubagaimanapun, pembongkaran Najib mengenai perkara tersebut dinafikan oleh Mat Sabu melalui kenyataan media Menteri Pertahanan yang turut disiarkan di media arus perdana dengan mengatakan ianya masih belum dimuktamadkan.
“Dia kata penjualan itu belum muktamad dan masih dalam proses memilih pembeli dan keutamaan akan diberi kepada pembeli tempatan.
“Dia juga kata tanah dan lokasi hotel itu strategik dan akan masih mencari harga jualan yang lebih tinggi. Maksudnya, masih mahu juallah,” ujar Najib.
Bidas Najib lagi yang juga bekas Menteri Kewangan, kemungkinan Mat Sabu tidak tahu bahawa Bousted Holdings telah membuat pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia mengenai perkara demikian.
“Tetapi, Mat Sabu mungkin tidak tahu bahawa Boustead sudah buat pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia pada hari Selasa minggu lepas.
“Boustead mengesahkan mereka sudah menandatangani surat setuju terima dari syarikat Singapura itu.
“Wang deposit RM3.94 juta (2%) pun sudah masuk poket Boustead,” tegas Najib yang turut memberi pautan dari laman web Bursa Malaysia – http://www.bursamalaysia.com/…/company-announcements/6067217.
Najib turut secara sinis melemparkan persoalan kepada Mat Sabu mengenai perkara berkenaan.
“Abang Mat, bagaimana ni? Siapa yang ‘masak’ sekarang?” soal Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan. – MediaUMNO

Friday, 1 February 2019

Najib Tanya Menteri PH, Kenapa Kos Kamera AES Zaman PH Lebih Mahal Dari Zaman BN?


Kesediaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menambah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di semua lebuhraya tidak terlepas daripada kritikan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendapati, harga sebuah kamera AES meningkat sebanyak RM30,000 bagi setiap unit berbanding RM170,000 yang dipasang pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

“Kos untuk membeli setiap kamera ialah RM170k, dia membuat sidang akhbar untuk menuduh kerajaan BN terlebih bayar 10 kali ganda untuk kamera-kamera ini. Dia kata dia pernah mencari pembekal-pembekal kamera dari Amerika Syarikat dan Eropah dan mendapat maklumat bahawa kos sebenar hanya RM15 ribu setiap kamera.

“Walaupun kerajaan BN dahulu menjelaskan bahawa kos setiap kamera termasuk kos untuk memasang, menyelenggara, latihan dan kos sistem, insan ini tetap tolak penjelasan kita dan tuduh kita rasuah.

“Hari ini, Menteri Pengangkutan PH kata kos untuk setiap kamera ialah RM200,000 iaitu lebih mahal berbanding kos RM170,000 di bawah BN. PH juga akan tambah lagi 11 kamera AES dan mereka tidak lagi memberi sebarang diskaun,” katanya di Facebook rasminya hari ini.

Jelas Najib, sebelum ini Pengerusi untuk Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu sering memperlekeh pelaksanaan AES di Parlimen dan sering mendesak agar rakyat tidak membayar saman AES.

Untuk rekod, Datuk Mahfuz Omar yang kini Timbalan Menteri Sumber Manusia adalah Pengerusi KASE ketika itu.

“Teringatlah saya pernah adanya seorang insan yang kini Timbalan Menteri di dalam kerajaan PH. Insan ini dulunya presiden untuk kempen anti saman ekor (KASE) yang konsisten menyerang sistem AES. Pejuang berani mati mansuh AES.

“Kerana dia kata AES tidak adil, hanya untuk memeras wang rakyat, menekan dan menzalimi rakyat yang semakin hari dihimpit kesempitan ekonomi.

“Oleh itu, insan ini sering menyeru orang ramai untuk tidak bayar saman AES dan membuat demonstrasi,” katanya lagi.

Bulan lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata 11 lagi kamerea AES akan ditambah bagi mengurangkan kemalangan yang berlaku di lebuhraya-lebuhraya yang kebanyakannya berpunca daripada pemanduan melebihi had laju yang dibenarkan.

AES mula diperkenalkan di zaman Najib pada 2012 dan diintegrasi bersama Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) menggabungkan kamera dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA)

Bagaimanapun pada Ogos tahun lalu, PH brtindak membatalkan 3.1 juta saman yang membabitkan nilai RM435 juta. - MalaysiaGazette

Wednesday, 30 January 2019

Kerajaan PH Jelas Huru-Hara Bila Menteri PH Sering Buat Kenyataan Lintang Pukang


Membaca kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya terdapat kelemahan dalam kerajaan, menteri-menterinya "buat silap kenyataan" dan "kenyataan bercanggah kerana kabinet masih baharu" membuat kita  terfikir, apakah perkara ini disengajakan?

Banyak persoalan yang timbul di benak fikiran. Tak kan sesama menteri tak ada perbincangan atau consultation? Takkan setiausaha-setiausaha yang dibayar ribuan gaji, tidak buat semakan? Takkan lah kerajaan sendiri tak ada satu sekretariat yang boleh memantau atau monitor kenyataan kenyataan yang sudah, sedang dan akan dibuat oleh pak menteri?

Percanggahan kenyataan atau kenyataan "half past six" pak menteri-menteri dalam Kerajaan Pakatan Harapan atau 'HuruHara" ini bukan kali pertama berlaku. Bermula daripada kenyataan pasal stokin dan kasut hitam putih, hutang negara yang sekejap trilion sekejap bilion, status aset pertahanan negara, bayaran duit peneroka, hinggalah yang terbaru pasal ECRL,  pak-pak menteri nampaknya main cakap sedap hati saja, tanpa melihat impaknya kepada tahap intelektual rakyat.

Rakyat Malaysia pada zaman milineum sudah celik siber ini tidak suka diperbodoh-bodohkan dengan kenyataan "suku masak" kerana mereka sebenarnya tahu dan dapat melihat apa yang berlaku. Malah ada rakyat yang menepuk dahi ketawa apabila seorang timbalan menteri berkata, hasil susu getah boleh meningkat pada musim tengkujuh kerana pokok getah masih boleh ditoreh !

Ada pula timbalan menteri lain yang kata ekonomi Malaysia sekarang masih okay, sedangkan rakyat di bawah merana dan bergelut kerana kos sara yang meningkat. Ada pula pemimpin yang asyik keluar negara, sedangkan perbelanjaan minyak pesawat itu boleh dihalakan kepada meringankan beban hidup rakyat.

Namun apa lebih menarik yang ingin kita ketahui di sini adalah, apakah kriteria pemilihan pak-pak menteri ini semasa pelantikan dibuat? Faktor kebijaksanaan atas  kertas atau pengalaman? Atau berdasarkan kekananan jawatan dalam parti?

Jika diamati, majoriti kenyataan lintang-pukang ini datangnya dari pemimpin atau menteri yang belum "masak" dalam mentadbir negara. Tetapi anehnya, ada juga kenyataan itu datang dari pemimpin yang sudah "terlebih masak", terbaru kenyataan ECRL dan juga status kewarganegaraan Orang Asli oleh "Uncle Lim".

Satu persoalan yang cukup menarik untuk diteroka. Apakah semua kenyataan ni bertujuan memalukan Dr Mahathir? Menteri DAP sengaja tersilap cakap? Menteri Amanah atau PKR sengaja mengeluarkan kenyataan silap? Adakah semua ini sabotaj kepada Perdana Menteri?  Amat menyedihkan.

Sebagai rujukan, semasa pemilihan menteri-menteri dan timbalan menteri ini dibuat, semua pemimpin parti membuat kenyataan "menyerahkan keputusan itu kepada kebijaksanaan Dr Mahathir (Perdana Menteri) tanpa bantahan.

Sedangkan, jauh di benak hati kita, mestilah ada kalangan pemimpin atau ketua ketua DAP, PPBM, PKR, Amanah itu tahu kemampuan sebenar anak buah mereka. Kalau ada kalangan anak buah itu diketahui tidak kompeten dan mereka dimasukkan dalam senarai Dr Mahathir, maka sudah tentulah Dr Mahathir disabotaj oleh parti-parti komponen nya sendiri dari awal !

Rakyat sedang memerhatikan  pelbagai adegan 'flip flop' kerajaan Pakatan HuruHara. Bermacam drama u-turn, s-turn dan batal janji  yang berlaku, sehinggakan bukan saja pelabur yang was-was untuk melabur, malahan kakitangan kerajaan dan orang awam sendiri keliru dan haru biru.

Apakah ini seolah-olah balasan yang didatangkan ke atas sebuah kerajaan yang didirikan atas asas-asas fitnah? Apakah sabotaj dalaman kepada pentadbiran Dr Mahathir oleh DAP, Amanah, PKR ini akan berterusan ? Sama-sama kita saksikan.

Jabatan Komunikasi Strategik
Penerangan UMNO Malaysia
30 Januari 2019.