Insiden kekecohan di bazar Ramadhan Bandar Kluang yang tular baru-baru ini adalah kesan dari sejarah lama di mana Pemimpin DAP ketika itu telah meminta bazar ramadhan di Kawasan itu dipindahkan.
Mengulas perkara berkenaan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday, berkata insiden kekecohan turut berlaku di bazar sama beberapa lalu ketika DAP mahu memberi sumbangan kurma, seolah-olah sengaja mahu menguji kesabaran masyarakat serta peniaga Melayu dan tidak belajar daripada pengalaman lalu.
Jelasnya pada 2007 Pemimpin DAP meminta Bazar Ramadan Bandar Kluang dipindahkan dari kawasan sedia ada ke kawasan lain, sehingga menimbulkan bantahan dan kemarahan peniaga Melayu.
Katanya, episod itu masih kekal dalam ingatan masyarakat Melayu Kluang, sehingga beberapa rayuan dibuat kepada Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Abd Ghani Othman bagi membatalkan arahan itu.
Kesan dari peristiwa itulah menjadi punca mengapa kekecohan itu berlaku dan Para penduduk dan peniaga di kawasan itu masih terkesan dengan peristiwa lama itu jelasnya .
Tambahnya lagi selepas menjadi dalang utama mahu menghalau peniaga Melayu berniaga di bazar yang terletak di pusat bandar Kluang itu, sekarang mereka datang pula ke lokasi sama.
Apa motif DAP sebenarnya?. "Sudah pasti kedatangan DAP dan pembangkang ke situ membangkitkan kemarahan masyarakat serta peniaga Melayu yang masih terluka dan terkesan dengan usaha mahu menghalau mereka daripada berniaga di situ.
"Ini semua adalah perangkap dan mainan politik DAP yang memang mahu pecah-belahkan orang Melayu.
"Padahal urus setia bazar juga sudah menasihatkan DAP dan anggota pembangkang supaya mengagihkan sumbangan kurma mereka ke kawasan lain, namun mereka berdegil dan tidak mengendahkan nasihat yang diberikan.
"Jadi siapa sebenarnya yang memulakan provokasi?
Md Jais yang juga Setiausaha UMNO Johor dan Ketua UMNO Bahagian Kluang berkata,adalah tidak adil melabel orang lain sebagai samseng hanya dengan memviralkan video tanpa mengetahui perkara sebenar yang terjadi.