Showing posts with label LENSA BB. Show all posts
Showing posts with label LENSA BB. Show all posts

Wednesday, 21 March 2018

Skandal Rasuah Dengan Azmin Ali Berpisah Tiada


Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu kerana skandal tanah di Ijok. Penjualan tanah seluas 880 hektar kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion itu menimbulkan kontroversi dan dipersoalkan pelbagai pihak, termasuk peneroka.

Lima syarikat menerima transaksi wang kira kira RM200 juta iaitu masing-masing menerima lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta.

"SPRM juga sedang mengesan seorang lagi pengarah syarikat bergelar Datuk, yang dipercayai berada di luar negara” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Siapa Datuk yang berada di luar negara itu? Apakah Datuk itu ada kaitan dengan Azmin Ali dan Mahathir? Difahamkan Datuk itu adalah Khairuddin yang mempunyai dua syarikat iaitu syarikat Mujur Zaman dan LBCN Development. Khairuddin merupakan bekas pengarah eksekutif kedua dua syarikat tersebut.

Pada 14 Februari 2018, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pernah mempersoalkan kenapa Azmin Ali menyerahkan tanah peneroka di Ijok itu kepada dua syarikat ini.

"Apa justifikasi Azmin menyerahkan tanah ini kepada Mujur Zaman Sdn Bhd dan LCBN Development Sdn Bhd, sedangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada keputusan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, untuk mengambil semula tanah itu” kata Rahman Dahlan.

Pada 2014, semasa Azmin menjadi Menteri Besar, dan sebelum Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan kes ini, Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd dan beberapa syarikat berkaitan pada 22 September 2015 membuat perjanjian dengan sebuah syarikat awam untuk menjual tanah kira-kira 880 hektar dengan harga RM1.18 bilion.

Pada 17 Mei 2016 Azmin memfailkan satu perjanjian penyelesaian kepada Mahkamah Persekutuan bahawa kerajaan Selangor dan Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd bersetuju untuk membatalkan kes ini.

Azmin seterusnya membuat keputusan menyerahkan semula tanah itu kepada Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd dan syarat penting serta wajib dalam perjanjian penyelesaian itu ialah penjualan tanah mesti dibuat kepada syarikat awam yang berkenaan. Khairuddin pula adalah bekas pengarah eksekutif kepada kedua dua syarikat itu.

Tanah peneroka di Ijok yang dijual adalah berkeluasan 2,198.4 ekar dengan harga RM1.18 billion. Sejumlah 981 peneroka dibayar hanya RM421.4 juta sahaja sebagai pampasan oleh dua syarikat swasta yang terbabit. Mana baki lagi RM758.6 juta ?

Difahamkan semalam, wang bernilai RM36 juta sudah dibekukan dan dipercayai adalah hasil daripada skandal tanah di Ijok. Maknanya ada lagi baki sejumlah RM722.6 juta. Apakah wang baki itu sedang dibawa lari di luar negara oleh Datuk tersebut untuk tujuan pengubahan wang haram?

Azmin tidak menjawab langsung hal skandal tanah di Ijok ini. Malah lebih melucukan bila Azmin dilanda dengan skandal tanah di Ijok dan krisis air di Selangor, apa yang dibuat oleh Azmin adalah mencari simpati dengan membalut tengkuknya sahaja.

Skandal rasuah berpisah tiada dengan Azmin Ali. Skandal tanah di Ijok libatkan wang peneroka beratus juta ringgit. Bukannya satu jumlah yang kecil. Takkanlah wang itu sanggup dibawa lari ke luar negara untuk dibuat dana pilihanraya kempen pada PRU14 nanti? Guna duit peneroka hendak kempen PRU14?

Ini bukan kali pertama skandal rasuah menyelubungi Azmin Ali di Selangor. 14 April 2017, SPRM telah menahan Adam Rosly yang memiliki kekayaan meragukan dan punyai “banglo Disneyland” berharga RM4 juta di Ampang.

30 November 2017, anak saudara Azmin Ali ditahan SPRM kerana skandal projek lombong pasir dan wang berjumlah RM4 juta dibekukan. Malah rakyat kena tahu, hanya Selangor sahaja yang masih belum tandatangan Ikrar Basmi Rasuah (IBR). Apa yang Azmin takut sangat?

Takut kerana skandal rasuah dengan Azmin Ali berpisah tiada. Bukan sedikit yang hilang dalam skandal tanah di Ijok, melibatkan wang berjumlah RM758.6 juta wang rakyat. Bukan sedikit juga wang yang kerajaan BN beri pada Azmin untuk selesaikan masalah air, RM22.3 billion jumlahnya.

Oleh kerana itulah, Azmin disaman sejumlah RM14 billion oleh Puncak Niaga kerana melengah lengahkan pengstrukturan semula syarikat air di Selangor. Entah entah ada wang yang diminta ambil alih syarikat air itu pun lesap dan hilang juga. Kemungkinannya ada.

Rakyat Selangor harus bangkit dan tukar kerajaan Azmin Ali yang sombong di Selangor ini. Air terawat tiada, Azmin tidak mahu mengaku, malah mahu humban pula Menteri dan KSU ke dalam empangan. Skandal rasuah dan krisis air, dua sebab utama untuk rakyat Selangor tukar kerajaan yang sedia ada di Selangor.

Tulisan :
Beruang Biru
BB830, Rabu
21 Mac 2018

Friday, 16 March 2018

Malaysian Malaysia : DAP Tidak Pernah Buat Pusingan "U Turn" Langsung


Seinchi pun DAP tidak pernah berganjak daripada prinsip dan perjuangan asalnya. Tidak pernah dengar lagi DAP mahu korbankan soal “Malaysian Malaysia” ini semasa bersama dengan PAS atau ketika bersama Mahathir sekarang.

Mahathir yang sentiasa berubah rubah dan sering buat pusingan "u turn". Sejak masuk pembangkang ini sudah lebih sepuluh kali Mahathir buat "corner" baring. Baca pautan ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1801713283182474&id=697192853634528

Semalam di Dewan Rakyat, Kit Siang menyatakan salah satu daripada impiannya adalah untuk melihat kewujudan sebuah negara berkonsepkan ‘Malaysian Malaysia’.

“Saya ada tiga impian iaitu yang pertama mewujudkan negara untuk semua rakyat Malaysia. Kedua, DAP berjuang untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa.

“Ketiga, adalah memastikan yang menyokong DAP bukan sokong Cina Malaysia, bukan India Malaysia tetapi sokong Malaysian Malaysia,” tegas pemimpin diktator DAP selama 52 tahun itu.

Pengikut bunga yang baru setahun jagung dalam politik tidak faham agaknya apa maksud Malaysian Malaysia ini. Apakah itu Malaysian Malaysia? Ayat ini muncul ketika deklarasi yang dibuat oleh Malaysian Solidarity Convention pada tahun 1965 untuk menentang artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malaysian Solidarity Convention yang diketuai Lee Kuan Yew ketika itu menentang keras hak keistimewaan orang Melayu, kemasukan orang Melayu ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa untuk orang Melayu dan lesen perniagaan untuk orang Melayu yang terkandung dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ketika itu Kit Siang adalah pembantu kepada Lee Kuan Yew, mereka bersungguh sungguh menentang perkara 153 ini dan menggunakan slogan Malaysian Malaysian untuk menghapuskan perkara 153.

Bila Singapura keluar dari Malaysia, DAP meneruskan slogan “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh Lee Kuan Yew ketika Malaysian Solidarity Convention pada tahun 1965.

Pada tahun 1985, Lim Kit Siang di dalam bukunya “Malaysia Crisis Of Identity” mengulangi cita-cita DAP mahu mewujudkan “Malaysian Malaysia” dengan menghapuskan hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153.

Pada tahun 1997, dalam satu kenyataan, Lee Kuan Yew menyebut pentingnya Singapura bergabung semula dengan Malaysia. Pada tahun 2004,  Lee Kuan Yew dalam satu wawancara TV di Shanghai pernah berkata Singapura akan menyertai Malaysia semula tetapi dengan syarat UMNO harus dihapuskan ,setiap orang harus diberi kesaksamaan dan keadilan berdasarkan meritokrasi,” dedahnya.

Kini Kuan Yew sudah tiada, namun perjuangan asal PAP untuk hapuskan perkara 153 itu kini diteruskan oleh Kit Siang. Konsep Malaysian Malaysia DAP sudah dindoktrin dalam lagu DAP dalam lirik ini : ‘Bersama kita menuju satu matlamat: Malaysia untuk rakyat Malaysia’

Selepas ini, Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz kena nyanyi logo DAP ini juga kerana mereka sudah bersetuju mahu guna logo DAP untuk bertanding pada PRU14 nanti.

“Saya terbuka… saya boleh bertanding untuk DAP pun…. mungkin (menjadi) presiden DAP,” kata Mahathir pada 13 Mac 2018. Kini Mahathir mahu bersama sama DAP untuk junjung konsep Malaysian Malaysia dan hapuskan hak hak orang Melayu yang ada dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

DAP hanya mahu pergunakan orang Melayu sahaja. Semalam, di akhbar Guan Ming Daily, Guan Eng sudah nyatakan jika calon-calon PPBM bertanding guna logo Roket DAP pada PRU14 nanti, persepsi di kalangan orang Melayu terhadap DAP sebagai sebuah parti anti-Melayu akan berubah. Nampak sangat niat jahat DAP.

Mahathir kini sudah tersungkur sepenuhnya di kaki DAP. Mahathir sudah menjadi alat DAP sepenuhnya. Roketkini pun sudah label Mahathir sebagai pejuang “Malaysian Malaysia” pada 16 Mac 2017. Mahathir sendiri pun sudah hadir ke pejabat DAP pada 2 Oktober 2017.

Mahathir kini sudah sealiran dengan Chen Man Hin, Penasihat DAP yang ada bersama ketika Kuan Yew buat deklarasi hendak hapuskan Perkara 153 pada 1965. Mahathir duduk bersamanya dalam Konvensyen DAP pada November 2016.

Chen Man Hin dilahirkan di China dan belayar ketika usia muda ke Tanah Melayu. Begitu juga Kit Siang yang belayar ke Tanah Melayu pada tahun 1957. Kini mereka berdua sudah dapat Mahathir untuk “screw’ orang Melayu dan dijadikan umpan bagi mencapai apa yang DAP hendak iaitu “Malaysian Malaysia”.

Oleh itu jangan terkejut kalau Penang Institute, sebuah badan yang Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang biayai pernah cadangkan bahawa penjawat awam harus dibuang beratus ribu orang di Putrajaya dan perlu hanya 430,000 orang sahaja.

Inilah yang DAP hendak lakukan menerusi “Malaysian Malaysia” sejak 53 tahun yang lalu. Kini Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin bersedia untuk jadi alat DAP bagi menghapuskan hak hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153 ini. Sungguh memalukan sekali. Pengkhinat bangsa, talibarut DAP !!!


Tulisan :
Beruang Biru
BB823, Jumaat
16 Mac 2018

Monday, 12 March 2018

Malaysia Jadi Negara Gagal Kalau Ikut Manifesto Harapan Palsu Pembangkang


Pembangkang hanya mementingkan populis dalam manifesto mereka. Angka tiada, anggaran tiada, malah banyak yang diceduk dan ditiru dari apa yang telah kerajaan BN sudah laksanakan.

Bila tiada anggaran hasil, manifesto yang dibuat itu menjadi tidak seimbang. Hendak mansuh macam macam tetapi tidak fikir duit dari mana hendak tampung kekurangan hasil.

Malaysia akan hilang hasil sejumlah RM416.6 billion jika GST, tol, duti eksais dan PTPTN dimansuhkan.

Itu anggaran hasil yang akan hilang menurut Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara. Pemansuhan GST akan menghilangkan RM45 billion, tol sebanyak RM338 billion, duti eksais RM2.4 billion dan PTPTN RM3.9 billion.

Malaysia akan jadi negara defisit jika diikutkan manifesto populis yang dibuat pembangkang itu.

"Kalau pembangkang kata hendak menghapuskan GST untuk digantikan dengan SST, itu tipu. Kalau tidak dapat hasil RM45 billion, negara akan menjadi negara defisit"

"Kita tahu bahawa hutang negara kian menguncup tetapi kalau hasil itu tiada, hutang negara akan meningkat dan menjadi seperti di Greece" kata Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika berucap di Putrajaya semalam.

Banyak kali Mahathir, Kit Siang dan pemimpin pembangkang meramal dan mahu Malaysia menjadi negara gagal dan bankrap.

Berulang kali pembangkang tuduh Malaysia hendak bankrup. Pada 11 September 2016, Mahathir kata “Malaysia akan muflis seperti Argentina”. Pada 17 Ogos 2015, Mahathir kata “Ekonomi Malaysia akan jatuh teruk”.

Pada 26 Ogos 2015, Tun Daim berkata “Malaysia akan bankrap Disember ini”. Pada 3 September 2015, Tun Daim kata “Satu malapetaka ekonomi sedang dihadapi Malaysia”. Pada 31 Disember 2015, Mahathir kata “Malaysia akan bankrap”.

Semua ramalan ini tidak menjadi, malah IMF, Bank Dunia dan institusi kewangan antarabangsa terus memuji cara pengurusan ekonomi Malaysia. Negeri yang diperintah pembangkang iaitu Selangor dan Pulau Pinang yang gagal sebenarnya.

Gagal uruskan semua isu isu rakyat. Banyak penyelewengan berlaku. Ratusan juta duit rakyat lesap kerana skandal tanah Ijok dan terowong dasar laut. Uruskan dua negeri pun sudah gagal, bagaimana mahu urus 14 negeri di Malaysia?

Janji dan manifesto pembangkang tidak boleh dipercayai. Dengan "pasangan" mereka dalam pembangkang dahulu iaitu PAS pun mereka curangi, lagikan kepada rakyat. Sama sama ambil kuasa di Selangor dan Pulau Pinang, lepas dapat kuasa, tendang PAS begitu sahaja.

Apa yang dijanji dahulu masa PRU12 dan PRU13 sudah dibakul sampahkan termasuklah Buku Jingga. Pembangkang akan bakul sampahkan sekali lagi manifesto yang baru dibuat ini suatu hari nanti.

Buat janji popular ala Venezuela, tetapi parti sendiri pun carca marba dan huru hara. Parti sendiri pun gagal diurus untuk buat mesyuarat cawangan dan menjaga kebajikan ahli ahli di bawah, bagaimana hendak tunai janji bulan dan bintang kepada rakyat?

Manifesto yang dibuat pembangkang penuh dengan sandiwara. Rakyat akan merana, masyarakat akan jadi sengsara. Duit tidak cukup, hendak mentadbir negara macam mana?


Tulisan :
Beruang Biru
BB815, Isnin
12 Mac 2018

Friday, 2 March 2018

Lukisan, Kapal Terbang Dirampas Sebelum Ini Pun Belum Didakwa Di Mahkamah


Kalau aset aset yang dirampas sebelum ini pun belum dibicarakan di mahkamah, maka apa yang dibuat itu hanyalah berdasarkan tuduhan Jabatan Kehakiman (DOJ) semata mata, berdasarkan sumber portal palsu, Sarawak Report.

Sejak 20 Julai 2016, sampailah ke hari, Mac 2018, apa yang DOJ tuduh hanyalah tuduhan semata mata. Belum ada sesiapa yang dipanggil untuk disiasat dan belum lagi ada pendakwaan di mahkamah.

Malah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trumph sendiri tidak percaya dengan DOJ. Perkata itu disebut Trumph dalam pertemuan dengan Vladimir Putin, Presiden Russia pada 8 Julai 2017. Baca pautan ini.

 https://www.facebook.com/beruangbiru1/posts/1786308604722942

Sebelum kapal pelayaran mewah milik ahli perniagaan Low Taek Jho dirampas dua hari lepas oleh pihak berkuasa Indonesia, ada dua aset Jho Low turut dirampas pihak berkuasa negara lain dengan dakwaan sama iaitu kononnya dibeli dengan wang haram dari 1MDB. Sehingga kini, masih tidak ada prosiding pendakwaan terhadap dua aset dirampas itu.

Kira-kira setahun lepas, pada Februari tahun lepas, sebuah jet peribadi yang berharga RM133 juta dirampas pihak berkuasa Singapura semata mata kerana mengesyaki jet itu dibeli dengan duit 1MDB.

Jet itu jenis Bombardier Global 500 ditahan di Lapangan Terbang Seletar, Singapura. Menurut saman sivil oleh DOJ Amerika Syarikat (AS), pesawat itu kononnya dibeli dengan duit 1MDB. Tuduhan yang jelas sekali tidak benar.

Pada 22 Julai 2016, tiga lukisan pula dirampas oleh pihak berkuasa Switzerland yang turut dikaitkan dengan dakwaan sama. Kesemua rampasan ini ada kaitan dengan saman sivil di AS tapi semuanya hanya sampai ke peringkat itu sahaja, tanpa sebarang tangkapan atau sebarang pendakwaan.

Lukisan iatu ialah lakaran oleh Vincent Van Gogh, La Maison de Vincent dan Arles dan Claude Monet Nympheas avec Reflets de Haute Herbe dan Sainte-Georges Majeur. Pada setiap rampasan ini, pihak DOJ diam membisu tanpa sebarang kenyataan memaklumkan apa tindakan mereka seterusnya.

DOJ memfailkan saman berkenaan kali pertama pada Julai 2016 untuk merampas aset yang bernilai RM4.4 bilion yang dikatakan dibeli dengan wang 1MDB tetapi sampai ke hari ini, dakwaan itu tidak dapat dibuktikan.

Kedua dua aset itu, lukisan dan kapal terbang dibeli bukan dengan duit dari 1MDB. Sudah dijelaskan sebelum ini bahawa tiada duit yang hilang dari 1MDB. Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara, PAC sudah mengesahkan bahawa tiada duit 1MDB yang hilang atau dicuri.

Permintaan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kepada pihak AS untuk memaklumkan maklumat rasmi serta bukti yang ada untuk memulakan siasatan bersama juga tidak menerima sebarang maklumbalas daripada pihak DOJ.

Bila pihak DOJ gagal memaklumkan maklumat ini secara rasmi, ini bukti bahawa apa yang DOJ lakukan adalah berdasarkan fitnah dan cerita rekaan semata mata yang dibuat oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal.

Sepatutnya, jika dua aset berkenaan sudah dirampas kira-kira setahun lepas, Jho Low sudah pasti ditahan oleh pihak berkuasa AS iaitu Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan prosiding perbicaraan mahkamah sudah pun berjalan dua tahun yang lepas lagi.

Lukisan, kapal terbang dan kapal layar Equanimity di Bali itu bukan milik Malaysia atau milik 1MDB. Bukan dibeli dengan duit 1MDB atau rakyat Malaysia. Bulan puasa tahun lepas, terdengar cerita kononnya DOJ hendak rampas berlian dari Malaysiakini.

Cerita palsu sahaja dari Malaysiakini di bulan puasa tahun lepas. Berlian tiada pun dalam senarai barang DOJ tersebut :

https://www.facebook.com/beruangbiru1/posts/1786323174721485

Harus diingat rampasan kapal di Indonesia ini adalah ulangan cerita sama buat kali ketiga oleh DOJ. Pertama pada 20 Julai 2016, kali kedua dalam bulan puasa tahun lepas. Namun sehingga kini, mana dia pendakwaan di mahkamah terhadap semua tuduhan itu?

Tiada asas, tiada bukti dibawakan, tiada saksi dipanggil dan belum pun dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan yang adil dan telus. Apa yang dibuat hanyalah sebahagian mainan persepsi hasil cerita rekaan Sarawak Report dan Wall Street Journal.

Rakyat Malaysia jangan mudah terpedaya dengan berita propagada pembangkang seperti ini. Selepas ini, mereka akan cakap cincin berlian pula hendak dirampas, padahal sudah dibuktikan cerita itu palsu sebelum ini.

Apa boleh buat, hendak pilihanraya, pembangkang sudah terdesak. Kena minta campur tangan asing untuk gugat pilihanraya di Malaysia. Mungkin inilah sebabnya Mahathir hendak ke Amerika pada 20 Februari lepas. Merancang sesuatu untuk gulingkan kerajaan berdasarkan tulisan cerita palsu Claire Brown di Sarawak Report.

Jangan biarkan agenda jahat pembangkang ini terjadi hanya dengan mainan persepsi dan cerita cerita “recycle” yang diputar berkali kali.


Tulisan :
Beruang Biru
BB802, Jumaat
2 Mac 2018

Wednesday, 28 February 2018

Logo DAP Akan Diguna Pembangkang Sebagai Lambang Untuk PRU1


Logo DAP hampir pasti digunakan oleh semua calon pembangkang dalam PRU14? Ya, nampaknya begitulah. Ini kerana status Pakatan Harapan yang masih lagi haram kerana masalah dalaman yang berlaku dalam PPBM.

"Ini adalah keputusan kami, iaitu semua parti (dalam HARAPAN) akan bertanding menggunakan satu logo.

"Sama ada permohonan pendaftaran kami diluluskan atau sebaliknya, kami akan menggunakan satu logo sebagai identiti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang," kata Mahathir dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Petaling Jaya, 27 Februari 2018

Pakatan Harapan, logonya begitu buruk dan dikecam oleh ahli ahlinya sendiri pada Mei tahun lepas. Logo yang buruk itu ditarik balik, kemudian Teresa Kok, ahli parlimen DAP Seputeh menyatakan logo pembangkang hanya memerlukan sentuhan akhir sahaja untuk siap.

Bila sudah siap, logo itu sekali lagi dikutuk dan kena ‘troll” dengan netizen. 14 Julai 2017, logo baru menyerupai hidung Mahathir siap bersama dengan 7 janji pembangkang dalam tempoh 100 hari. Logo yang dicadang kepada ROS itu ditegur dan diminta dibaiki.

Mahathir kata dua hari sahaja untuk buat logo baru, namun sampai hari ini, belum lagi siap siap. Sejak kenyataan Mahathir pada 28 Julai 2017 itu hingga ke hari ini, sudah hampir 9 bulan, masih lagi tidak siap siap logo baru. Kemudian pembangkang mengambil tindakan menyalahkan ROS.

Padahal kesalahan dan kesilapan itu adalah di pihak mereka sendiri. Gagal kemukakan logo pindaan seperti yang diminta oleh ROS. Bukan itu sahaja  Pakatan Harapan juga  masih lagi berstatus “parti haram’ dan tidak sah dari sisi undang undang. Mengikut Akta Pertubuhan 1966, Pakatan Harapan masih lagi belum boleh diiktiraf sebagai badan yang sah.

Pakatan Harapan “masih berstatus haram” kerana masalah dalaman yang berlaku dalam PPBM sendiri. PPBM sendiri tulis peraturan, mereka sendiri yang langgar peraturan. Itu pun masih hendak salahkan ROS?

Terdapat 430 aduan mengenai PPBM oleh ahli PPBM sendiri. Ahli ahli PPBM buat aduan kerana cara pengurusan parti bunga kacau bilau. Mesyuarat di peringkat cawangan pun tidak boleh buat. Jumlah ahli pun takut hendak umumkan.

Di Kelantan, RM5,000 sahaja diperuntuk untuk PPBM di setiap Bahagian, itu pun ada yang tidak dapat. Kuda Mahathir makan karot sampai RM50,000 sebulan, ahli PPBM dapat RM5,000 sahaja. Bermaksud kuda Mahathir lebih bernilailah dari ahli PPBM di mata Mahathir.

Logo tidak siap, janji yang dibuat pun sudah diakui oleh Mahathir sukar hendak ditunaikan jika mereka berkuasa. Bermaksud, belum lagi masuk ke medan PRU14, pembangkang sudah gagal. Parti bunga, belum lagi bertanding di mana mana kerusi sudah pun gagal dan layu.

Bila PPBM gagal dan hancur, maka Mahathir tiada pilihan lain, terpaksalah melutut meminta bantuan DAP. Dana RM1 billion sudah pun diberi kepada DAP untuk membolehkan Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan menjadikan Mukhriz sebagai PM.

Kini tiba habuan yang satu lagi iaitu menggunakan logo DAP. Kenapa tidak guna logo PKR? Kalau guna logo PKR, Mahathir akan teruk lagi kena protes dengan orang orang PKR yang lama. PKR itu ditubuh semata mata untuk melawan Mahafiraun.

Tidak mungkin guna logo PKR. Parti yang diasaskan Mat Sabu pula masih baru, ahli ahli parlimen DAP tidak akan gunakan logo PAN untuk bertanding di kawasan kawasan majoriti pengundi Cina. PPBM masih bermasalah. Hanya logo DAP yang nampaknya boleh digunakan.

Lagipun, 38 ahli parlimen DAP yang ada sekarang selesa dengan logo itu. DAP tidak akan korbankan kemenangan 38 orang ahli parlimen ini dengan menukar logo lain. DAP akan paksa semua ahli parlimen pembangkang yang hendak bertanding mengunakan logo mereka.

Yang nampak ada peluang menang banyak dalam pembangkang adalah DAP bukannya parti lain. Ini bukti DAP adalah parti yang menjadi “top dog” sebenar dalam pembangkang.

Mahathir,Mukhriz dan Muhyiddin juga akan guna logo DAP dalam PRU14 nanti. Jadilah mereka “kuda kuda” DAP nanti.


Tulisan :
Beruang Biru
BB797, Rabu
28 Februari 2018

Friday, 23 February 2018

Hapuskan Tol : Janji BN Lebih Realistik, Janji Pembangkang Hanyalah Retorik


Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengakui bahawa beliau tidak suka kepada sistem bertol dengan menyifatkannya sebagai ‘menyakitkan hati’ dan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas, maka itu tandanya Perdana Menteri memahami suara hati rakyat.

Itu juga tanda bahawa kerajaan pimpinannya bersedia untuk memansuhkan lebih banyak tol di jalan-jalan di negara ini pada masa depan.

"Bila mampu, saya akan hentikan kutipan tol. Ia menyakitkan hati dan menyebabkan kesesakan lalu lintas," ujar Najib ketika sesi perkongsian #Bajet 2018 Bersama Rakyat mengenai Kesejahteraan Isi Rumah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang disiarkan secara langsung di laman Facebook beliau semalam.

Walaupun pembangkang menyatakan kesediaan kerajaan pimpinan Najib untuk memansuhkan sistem tol hanyalah `gula-gula' menjelang pilihan raya umum ke-14 ini sahaja, namun mereka terlupa bahawa janji kerajaan Barisan Nasional (BN) ini adalah realistik berbanding PH.

Ia bukan cakap kosong kerana Najib telah membuktikan kepada rakyat. Buktinya dalam Bajet 2018, kerajaan telah membuat keputusan memansuhkan beberapa tol termasuklah tol Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam dan Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL). Sebelum ini tol di Cheras juga dihapuskan.

Langkah yang diambil oleh kerajaan BN ini begitu berbeza dengan pembangkang yang mana pengerusi Pakatan Harapan (PH) adalah Dr. Mahathir Mohamad, iaitu bekas pemimpin yang pernah digelar sebagai Bapa Tol Malaysia. Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun dan sepanjang tempoh itu, Mahathir adalah seorang yang sangat mempercayai sistem bertol.

Hingga kini walaupun sudah beralih kiblat, namun Mahathir masih berpegang kepada prinsip berkenaan dan pernah menyatakan bahawa bayaran tol perlu dikenakan bagi membolehkan lebuh raya diselenggara.

Meskipun dalam bajet alternatif pembangkang, pemansuhan tol turut dijadikan sebagai fokus utama mereka jika memerintah negara namun dengan mengambil kira apa yang berlaku kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan kisah tol Sungai Nyior, memang jauh api dari panggang lah mereka hendak hapuskan tol.

Guan Eng pernah berjanji pada 2008, jika DAP memerintah Pulau Pinang maka sistem tol di Sunga Nyior akan dihapuskan tetapi malangnya sehingga kini, selepas 10 tahun, tol itu masih tegak berdiri di situ lagi.

Jika tol Sungai Nyior yang "lima kupang" pun tidak mampu dikotakan janji, inikan pula mahu memansuhkan semua tol di Malaysia. Pembangkang hanya tahu ambil kesempatan sahaja.

Contoh paling ketara ialah apabila Tol Batu Tiga dimansuhkan. Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dengan bangga menyatakan pemansuhan itu adalah hasil desakan pembangkang walaupun hakikat sebenarnya, tol itu dimansuhkan hasil usaha keras UMNO Bahagian Shah Alam.

Kesimpulannya, dari segi pemansuhan tol pun kita sudah tahu bagaimana pembangkang gagal melaksanakan janji, hanya mampu memberikan gula-gula, itupun gula-gula `beracun'.

Apa yang penting jangan terpedaya mendengar janji palsu yang tidak dapat ditunaikannya. Mahathir sendiri pun sudah mengaku dua hari lepas bahawa pembangkang tidak akan tunaikan janji jika dapat perintah.

Ini bukan jelas janji pembangkang adalah retorik, janji BN yang lebih realistik.


Tulisan :
Beruang Biru
BB792, Jumaat
23 Februari 2018

Indeks Rasuah Meningkat Kerana Ramai Pemimpin Pembangkang Ditangkap SPRM


Kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 yang turun ke kedudukan ke-62 daripada 180 buah negara berbanding kedudukan ke-55 pada 2016 adalah disebabkan oleh pemimpin pembangkang yang rasuah.

Oleh kerana tindakan SPRM yang agresif, ramai pemimpin pembangkang ditangkap atas pelbagai skandal dan dakwaan rasuah. Kalau SPRM tidak ambil tindakan yang pro-aktif, pemimpin-pemimpin pembangkang ini akan terus mengamalkan rasuah sesuka hati mereka.

29 Jun 2016 - Tangkapan paling besar dan sensasi tahun itu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP ditahan oleh SPRM kerana terlibat rasuah. Lebih memalukan dia ditahan SPRM sebaik selesai mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Negeri di Bangunan Komtar.

Beliau yang merupakan Setiausaha Agung DAP ditahan kerana kes pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi kerana dibeli harga murah bawah harga pasaran semasa. Sudahnya, Guan Eng didakwa di atas dua tuduhan rasuah kerana salah guna kuasa isu status tanah dan pembelian banglo.

Sampai ke hari ini, dua kes rasuah itu masih di mahkamah. Guan Eng seolah takut untuk mempercepatkan proses kes rasuahnya di mahkamah itu.

Kalau tidak bersalah kenapa takut? Takut masuk penjara awal kerana bersalah?. Orang kalau tidak bersalah akan berusaha bersungguh sungguh selesaikan kes yang ada.

Itu tidak berlaku pada Guan Eng. Bermakna Guan Eng tahu dia silap dan bersalah. Lihat mukanya masa kena tahan sudah tahu dia memang bersalah.

13 April 2017 - Orang kanan dan proksi kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin iaitu Ketua Angkatan Muda PKR, Ampang, Adam Rosli ditahan SPRM kerana memiliki kekayaan luar biasa. Adam disiasati di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasaan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau ada kekayaan luar biasa sampai mampu miliki banglo mewah sebesar "Disneyland" serta beberapa kereta mewah.

Bila ditanya dapat duit dari mana? Dia kata pinjam along. Kemudian pembohongannya itu terbongkar bila "along" tersebut menafikan beri pinjam duit kepadanya.

1 Ogos 2017 - Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip pula ditangkap oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah. Zahid Mat Arip ini adalah "kaki pukul" Mahathir dalam PPBM. Suka hentam orang, alih alih dia yang kena tangkap bab rasuah.

12 Ogos 2017 - Selepas Guan Eng, Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh pula ditahan oleh SPRM berhubung siasatan kes kilang haram di Sungai Lembu di Bukit Mertajam.

Guan Eng kemudian membuktikan kerajaan DAP Pulau Pinang memang ada kaitan mencurigakan dengan kilang haram kerana menangguhkan tindakan ke atas premis haram terbabit.

Dasar menangguhkan tindakan ke atas struktur haram itu dibuat secara sengaja. Apakah kerajaan DAP ada kepentingan dalam kilang haram itu? Sampai mati 7 orang kampung sebab kilang haram tersebut.

19 Oktober 2017 - Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditahan oleh SPRM berkaitan siasatan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah yang berjumlah RM1.5 bilion. Turut ditahan Ketua Pemuda Warisan dan Naib Presiden Warisan Sabah.


30 November 2017 - SPRM cekup anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir. Dia direman pada masa itu di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM. Dalam kes itu, beberapa akaun syarikat berjumlah RM4 juta dibekukan.

Sepanjang dua tahun lepas, ramai sungguh pemimpin dan kroni pemimpin pembangkang yang ditahan kerana rasuah.

Seleweng duit rakyat, seleweng projek dan aktiviti yang tidak sihat melibatkan puluhan billion duit rakyat. Ini belum lagi masuk dua isu besar mengenai kes terowong dasar laut di Pulau Pinang dan tanah di Ijok, Selangor.

Azmin Ali sampai ke hari ini takut hendak tandatangan Ikrar Basmi Rasuah, IBR. Apa yang Azmin takut sangat? Banyak juga skandal Azmin yang masih belum dikorek dan disiasat secara terperinci.

Skandal yang melibatkan nama Azmin di Selangor, di Ijok, Sungai Yu, Paya Indah Wetlands, isu SPLASH enggan dijawab oleh Azmin dan masih dalam siasatan SPRM.

Pembangkang lah yang menjadi penyebab kenapa indeks rasuah di Malaysia merosot.


Tulisan :
Beruang Biru
BB791, Jumaat
23 Februari 2018

Indeks Rasuah Meningkat Kerana Ramai Pemimpin Pembangkang Ditangkap SPRM


Kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 yang turun ke kedudukan ke-62 daripada 180 buah negara berbanding kedudukan ke-55 pada 2016 adalah disebabkan oleh pemimpin pembangkang yang rasuah.

Oleh kerana tindakan SPRM yang agresif, ramai pemimpin pembangkang ditangkap atas pelbagai skandal dan dakwaan rasuah. Kalau SPRM tidak ambil tindakan yang pro-aktif, pemimpin-pemimpin pembangkang ini akan terus mengamalkan rasuah sesuka hati mereka.

29 Jun 2016 - Tangkapan paling besar dan sensasi tahun itu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP ditahan oleh SPRM kerana terlibat rasuah. Lebih memalukan dia ditahan SPRM sebaik selesai mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Negeri di Bangunan Komtar.

Beliau yang merupakan Setiausaha Agung DAP ditahan kerana kes pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi kerana dibeli harga murah bawah harga pasaran semasa. Sudahnya, Guan Eng didakwa di atas dua tuduhan rasuah kerana salah guna kuasa isu status tanah dan pembelian banglo.

Sampai ke hari ini, dua kes rasuah itu masih di mahkamah. Guan Eng seolah takut untuk mempercepatkan proses kes rasuahnya di mahkamah itu.

Kalau tidak bersalah kenapa takut? Takut masuk penjara awal kerana bersalah?. Orang kalau tidak bersalah akan berusaha bersungguh sungguh selesaikan kes yang ada.

Itu tidak berlaku pada Guan Eng. Bermakna Guan Eng tahu dia silap dan bersalah. Lihat mukanya masa kena tahan sudah tahu dia memang bersalah.

13 April 2017 - Orang kanan dan proksi kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin iaitu Ketua Angkatan Muda PKR, Ampang, Adam Rosli ditahan SPRM kerana memiliki kekayaan luar biasa. Adam disiasati di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasaan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau ada kekayaan luar biasa sampai mampu miliki banglo mewah sebesar "Disneyland" serta beberapa kereta mewah.

Bila ditanya dapat duit dari mana? Dia kata pinjam along. Kemudian pembohongannya itu terbongkar bila "along" tersebut menafikan beri pinjam duit kepadanya.

1 Ogos 2017 - Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip pula ditangkap oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah. Zahid Mat Arip ini adalah "kaki pukul" Mahathir dalam PPBM. Suka hentam orang, alih alih dia yang kena tangkap bab rasuah.

12 Ogos 2017 - Selepas Guan Eng, Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh pula ditahan oleh SPRM berhubung siasatan kes kilang haram di Sungai Lembu di Bukit Mertajam.

Guan Eng kemudian membuktikan kerajaan DAP Pulau Pinang memang ada kaitan mencurigakan dengan kilang haram kerana menangguhkan tindakan ke atas premis haram terbabit.

Dasar menangguhkan tindakan ke atas struktur haram itu dibuat secara sengaja. Apakah kerajaan DAP ada kepentingan dalam kilang haram itu? Sampai mati 7 orang kampung sebab kilang haram tersebut.

19 Oktober 2017 - Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditahan oleh SPRM berkaitan siasatan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah yang berjumlah RM1.5 bilion. Turut ditahan Ketua Pemuda Warisan dan Naib Presiden Warisan Sabah.

30 November 2017 - SPRM cekup anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir. Dia direman pada masa itu di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM. Dalam kes itu, beberapa akaun syarikat berjumlah RM4 juta dibekukan.

Sepanjang dua tahun lepas, ramai sungguh pemimpin dan kroni pemimpin pembangkang yang ditahan kerana rasuah.

Seleweng duit rakyat, seleweng projek dan aktiviti yang tidak sihat melibatkan puluhan billion duit rakyat. Ini belum lagi masuk dua isu besar mengenai kes terowong dasar laut di Pulau Pinang dan tanah di Ijok, Selangor.

Azmin Ali sampai ke hari ini takut hendak tandatangan Ikrar Basmi Rasuah, IBR. Apa yang Azmin takut sangat? Banyak juga skandal Azmin yang masih belum dikorek dan disiasat secara terperinci.

Skandal yang melibatkan nama Azmin di Selangor, di Ijok, Sungai Yu, Paya Indah Wetlands, isu SPLASH enggan dijawab oleh Azmin dan masih dalam siasatan SPRM.

Pembangkang lah yang menjadi penyebab kenapa indeks rasuah di Malaysia merosot.


Tulisan :
Beruang Biru
BB791, Jumaat
23 Februari 2018

Thursday, 22 February 2018

Terdesak Ke Putrajaya, Logo Roket Akan Diguna Setelah PPBM Bakal Diharamkan.


Apa sahaja sanggup dibuat hanya untuk mendapatkan kuasa. Peliwat sudah dianggap kawan, yang rasis sudah dianggap suci. Tidak mustahil logo DAP menjadi alat terakhir Mahathir untuk capai cita cita peribadinya itu.

Orang kalau sudah lemas, dia akan capai apa sahaja untuk terus hidup. Kayu lalu dia akan capai. Malah kalau ada ketulan “kapal” lalu pun dia akan capai untuk selamatkan diri. Itulah yang sedang berlaku pada Mahathir.

Semalam, Saifuddin Abdullah, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan dan beberapa orang lagi telah bertindak menyaman Pendaftar Pertubuhan. Tindakan yang pelik, kerana Pakatan Harapan sendiri masih belum lagi disahkan penubuhannya.

Pakatan Harapan masih lagi berstatus “parti haram" dan tidak sah dari sisi undang undang. Mengikut Akta Pertubuhan 1966, Pakatan Harapan masih lagi belum boleh diiktiraf sebagai badan yang sah.

PPBM juga mungkin akan dibatalkan kerana melanggar peraturan yang mereka sendiri rangka. Mereka sendiri tulis peraturan, mereka sendiri yang langgar peraturan. Adakah ini sengaja? Mungkin ya.

Terdapat 430 aduan mengenai PPBM oleh ahli PPBM sendiri. Ahli ahli PPBM buat aduan kerana cara pengurusan parti bunga itu yang huru hara.

Mesyuarat cawangan tidak dibuat, senarai daftar ahli pun berterabur, dana parti di Kelantan hilang entah ke mana. Satu Bahagian hanya dapat RM5,000 sahaja. Bila kucar kacir begitu, mulalah hendak salahkan UMNO.

Parti sendiri yang haru biru, mengapa orang lain pula yang hendak dipersalahkan? Plot ini sengaja dirancang oleh Mahathir sendiri? Ada kemungkinan ianya benar.

Sebagaimana yang diulas oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi bahawa terdapat usaha mensabotaj Pakatan Harapan menggunakan lambang bunga itu supaya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dipersalahkan.

“Ini satu alasan yang diperlukan oleh Dr. Mahathir dan Mukhriz untuk bertanding menggunakan logo DAP” kata Datuk Dr Mohd Puad Zarkarshi. Tindakan saman yang dibuat semalam oleh Saifuddin Abdullah menyerlahkan lagi kebenaran teori ini.

PPBM sengaja dibiarkan kelam kabut. Bergaduh sesama sendiri. Berselerak. Ramai yang keluar parti. Bila sudah keluar, Mahathir biarkan sahaja, malah menghina pula mereka itu sebagai sampah.

“Kita…sampah-sampah yang tak elok kita sapu lah keluar. Jika ada sampah yang keluar sendiri itu baguih” kata Mahathir dalam satu ceramah di Bukit Merah Lake Town Resort pada September 2017.

Memang Mahathir tidak yakin lagi dengan parti bunga itu pada PRU14 ini. Kerana itulah Mahathir angkat tangan tunjuk kuat kata dia boleh menjelma dan bertanding di mana mana sahaja. Bermakna mungkin bukan di Langkawi atau Kubang Pasu.

Ya, mungkin jalan selamat bagi Mahathir dan Mukhriz adalah bertanding di kawasan selamat dan pengundinya adalah majoriti bukan Melayu. Kerusi selamat bagi Mahathir dan Mukhriz adalah di kawasan yang DAP menang sekarang ini.

DAP memang sudah beri peluang kepada beberapa orang Melayu untuk menjadi ahli parlimen partinya. Zairil Khir Johari jadi ahli parlimen DAP di Bukit Bendera dan Ariff Sabri jadi ahli parlimen DAP di Raub. Dyana Sofya pun pernah tanding tiket DAP di Teluk Intan.

DAP sudah lakukan eksperimennya terhadap orang Melayu. Muka Melayu, pakai baju Melayu, pakai baju kurung, pakai songkok kemudian guna logo roket. DAP nampak ianya menjadi di Bukit Bendera dan Raub.

Tidak mustahil, cara yang sama boleh diguna oleh Mahathir dan Mukhriz jika parti PPBM tidak sah dan dibatalkan. DAP juga teringin menjadi Perdana Menteri di Malaysia. Kit Siang tidak pernah nafi cita citanya itu. Inilah masanya untuk “screw” Melayu bagi mencapai cita cita itu.

Bermaksud Mahathir akan menjadi PM Sementara sahaja untuk DAP jika itu berlaku. Sementara waktu sahaja, sehingga DAP pula menggulingkannya selepas itu dengan “peluru” yang DAP sudah siapkan.

Apa boleh buat, Mahathir sanggup buat apa sahaja demi kuasa. Demi menyelamatkan kroni dan anak sendiri. Demi menyelamatkan “benda benda gelap” yang terlalu besar jumlahnya. Guna logo DAP pun tidak lagi jadi satu masalah bagi Mahathir.


Tulisan :
Beruang Biru
BB790, Khamis
22 Februari 2018

Monday, 19 February 2018

Sampai Ke Amerika Syarikat, Mahathir Mahu Kutip Derma


Esok Mahathir dan Muhyiddin dijadual ke Amerika. Satu delegasi yang diketuai oleh Mahathir dijangka akan ke sana untuk meminta campur tangan asing dalam pilihan raya umum ke-14 di Malaysia.

Menurut pendedahan yang dibuat oleh Tunku Aziz, Bekas Naib Presiden DAP dalam New Straits Times pada 10 Februari lepas, Mahathir  dijadualkan berlepas ke AS pada esok hari untuk meminta bantuan asing bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain meminta sokongan sekiranya pembangkang membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Sampai ke Amerika rupanya Mahathir hendak kutip derma. Dulu bukan main lagi Mahathir kata “tok arab gila” sebab bagi derma, sekarang ini Mahathir hendak minta dari “yahudi gila” mana di Amerika? Yahudi di sana masih ada akal, mereka tidak bagi derma pada orang yang sudah kaya raya.

Mahathir sanggup buat video berdurasi 49 saat dengan lagu yang sedih untuk kutip derma dari rakyat. Berlakon minta simpati kononnya pemimpin PPBM tidak ada duit dan miskin miskin belaka. Mahathir sudah tiru cara Rafizi kutip derma dan buat video sedih.

Rafizi pun pernah dedah suatu ketika dulu dalam satu ceramah bahawa anak anak Mahathir semuanya kaya raya. “Mirzan cukup kaya, kapal dia punya, lori dia punya, rumah agam besar di Kanada semua Mirzan punya.

Sekarang ini Mokhzani tauke yang cukup kaya, semua kapal semua kontrak minyak semua dia punya dan yang terbaharu kayanya anak-beranak Mahathir ini sampai dia boleh beli kilang arak di Filipina. Dengan duit kilang arak itu juga, dia beli stesen-stesen minyak berjenama Esso yang ditukar kepada jenama Petron,” kata Rafizi dalam video ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1675198615908421&id=1122306847864270

Anak anak Mahathir pun sudah didedahkan punyai jutaan aset dan puluhan syarikat.Marina ada 52 syarikat, aset RM80 juta. Mirzan ada 156 syarikat, aset RM780 juta, Mokhzani ada 255 syarikat, aset RM3 billion dan Mukhriz ada 128 syarikat, aset RM540 juta. Campur semua sekali, kekayaan ini sudah jadi RM4.4 billion.

Anaknya sahaja sudah terkumpul kekayaan RM4.4 billion, belum lagi kroni dan rakan bisnes Mahathir lagi di dalam dan luar negara. Itu pun masih lagi hendak berlakon susah dan miskin. Itu belum kira harta dan rumah Mahathir dan anak anaknya lagi.

Ainina sudah dedahkan bahawa rumah Mukhriz adalah sebesar istana, dapurnya sahaja sebesar sebuah banglo. Ainina juga dedahkan bahawa Mukhriz punyai lebih dari 160 syarikat. Patutlah selama ini Mahathir dan Muhyiddin takut hendak bentang dana parti.

Bendahari PPBM tidak bentang pun berapa dana parti PPBM semasa Mesyuarat Agung PPBM diadakan di Shah Alam pada 30 Disember lepas. Dari mana dana parti diperoleh oleh Mahathir dan Muhyiddin untuk buat program, ceramah, aktiviti PPBM? Disembunyikan dari pengetahuan semua ahli.

6 Oktober 2017, Malaysia Today mendedahkan  Mahathir sudah beri derma sampai RM1 billion kepada DAP untuk memastikan dia mendapat tempat sebagai Pengerusi Pakatan Harapan. Kemudian membolehkan Mahathir jadi PM sementara dan menggantikannya dengan Mukhriz bila sampai masa. Derma diberi untuk mendapat sokongan dari DAP bagi mencapai agenda tersebut.

Sampai ke hari ini, Mahathir tidak nafi derma RM1 billion pada DAP itu. Sama juga dengan DAP, tidak pernah nafikan hal derma RM1.2 billion yang diterima dari Israel. Kemudian hari ini, Mahathir pula tadah ‘tin milo” minta derma pada rakyat.

Apakah “tin milo’ derma yang ditadah ini sekadar gimik sahaja untuk membolehkan Mahathir isytiharkan wang dari sumber yang gelap?  Boleh jadi juga. Kalau Mahathir umum cakap sudah ada RM3 billion wang derma yang telah disumbang pun tiada siapa yang tahu duit itu datang dari mana.

Entah entah dari kroni dan sumber gelapnya bagi membolehkan wang itu menjadi halal dan mengalir kembali dalam pasaran. Kalau ada “yahudi gila” mana derma nanti kat Amerika pun tiada siapa yang tahu. Ianya akan diisytiharkan atas nama derma. Taktik yang selama ini DAP buat untuk kutip derma dengan buat jamuan makan malam setiap kali menjelang pilihan raya.

Ahli ahli DAP di bawah yang kena tipu. Mereka ingat duit buat poster DAP, buat bendera DAP, duit ceramah adalah hasil duit derma mereka. Padahal ada dana dari sumber sumber gelap dan haram yang masuk bersama untuk membolehkan mereka mengawal mana mana ahli DAP yang naik menjadi wakil rakyat.

Taktik yang sama mahu dibuat Mahathir. Menipu ahli ahli PPBM di bawah dan juga rakyat kata duit buat poster PPBM, poster calon PPBM dan bendera PPBM adalah hasil duit derma. Padahal entah ‘yahudi gila” manalah yang derma dari Amerika masuk ke dalam tabung tersebut.

Duit “yahudi gila” dan duit dari Israel digunakan secara bersama untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional di Putrajaya. Rakyat kena tolak sama sekali pembangkang yang segini. Jangan benarkan duit dari pihak asing kuasai negara ini.



Beruang Biru
BB784, Isnin

Wednesday, 14 February 2018

Israel Datang Program PBB Kecoh, Israel Bagi Derma Pada DAP Tak Kecoh


Apabila ada sekumpulan diplomat dari Israel hadir ke Malaysia untuk hadir ke satu program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penyokong pembangkang mula kecoh dan kritik kerajaan dengan mendakwa kerajaan kononnya memihak dan menyokong rejim zionis itu.

Itu tuduhan mengarut sama sekali. Mungkin mahu lari isu kes rasuah terowong di Pulau Pinang dan isu main bola atas padang pasir di Selangor, maka kecohkanlah cerita kehadiran wakil Israel ke program anjuran PBB itu. “Diversion” dibuat untuk tutup dua cerita panas itu.

Secara dasarnya, Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik kerajaan dengan kerajaan dengan Israel. Di passport Malaysia pun masih tertulis dengan jelas larangan masuk ke negara zionis itu.

Wakil Israel yang hadir ke Malaysia adalah Diplomat Kanan Israel yang diketuai bekas Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet untuk hadir program World Urban Forum (WUF). Program WUF dihadiri oleh 185 buah negara dan dianjurkan Program Penempatan Manusia PBB atau UN-Habitat.

Kehadiran diplomat Israel ke program PBB mereka hendak kecoh, kenapa penyokong Pakatan Harapan (PH) tidak kecoh pula tentang pendedahan bahawa DAP menerima derma RM1.2 bilion dari Israel? Perkara itu didedahkan sendiri oleh bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman kira kira tiga tahun yang lepas.

Pada tahun 2015, ada wakil pembangkang juga buat pendedahan sama. DAP hanya menafikan perkara itu tapi tidak mengambil tindakan memfailkan saman ke atas Mohamad Razali sampai ke hari ini. Mengapa pemimpin tertinggi DAP, Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng membisu tentang duit Israel ini?

Dapat duit dari Israel untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang lepas. Apakah dalam menghadapi pilihanraya kali ini, DAP terima duit derma dari Israel sekali lagi?

Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen DAP Beruas adalah anggota pertubuhan Socialist International yang turut dianggotai oleh parti politik dari Israel. Pertubuhan sosialis antarabangsa ini sering membantu anggotanya menghadapi pilihanraya di seluruh dunia. Barangkali kerana takut rahsia terbongkar, sampai ke hari ini, DAP diam hal dana RM1.2 billion dari Israel ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah cuba untuk menjalinkan sebarang hubungan kerajaan dengan Tel Aviv. Di forum antarabangsa dan PBB, Datuk Seri Najib tegas dan konsisten memperjuangkan isu Palestin.

Berbeza dengan Mahathir yang kini menjadi Pengerusi PH. Mahathir pernah menjalin hubungan dengan Israel. Mahathir sendiri mengaku ada menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel pada masa itu, Yithzak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pada tahun 1993, 1997 dan 1999. Ada dakwaan pada 6 hingga 9 Julai 1994, Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Rabin bersama Menteri Luar Israel, Shimon Peres di Hotel De Grillion, Perancis di mana mereka sama-sama menginap.

Laporan pada masa itu oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis. Selepas daripada itu, baru Mahathir mengaku bahawa beliau ada berhubung dengan Rabin hanya melalui surat.

Mahathir walaupun pernah mendakwa berkawan rapat dengan bekas Pengerusi PLO dan Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Arafat tapi Mahathir tidak pernah menjejakkan kaki ke Palestin, walaupun lantang mengkritik Israel.

Akan tetapi, Najib merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia yang menjejakkan kaki ke bumi suci dalam satu lawatan kemanusiaan ke Gaza pada 22 Januari 2013. Najib tiba di sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira pukul 4.40 petang waktu Malaysia pada masa itu. Beliau disambut oleh Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh di sempadan.

DAP dan PH jangan pertikai perkara lain, jawab dulu soal derma dari Israel yang bejumlah RM1.2 bilion yang diterima. Bukan isu itu sahaja, Kit Siang dan Guan Eng kena jawab banyak perkara lain soal rasuah dan penindasan rakyat. Mereka terus diam sampai hari ini.

Tidak perlu kecoh kenapa delegasi Israel itu datang ke Malaysia. Ianya atas jemputan program PBB. Bukan seperti derma dari Israel yang DAP terima itu. Dana RM1.2 billion itu lebih serius untuk diperbincangkan. Mahathir pun turut sama diam pasal dana Israel itu. Tutup mulut habis bila sudah bersahabat dengan DAP.


Tulisan :
Beruang Biru
BB780, Rabu
14 Februari 2018

Monday, 12 February 2018

Mahu Campur Tangan Amerika Bukti Pembangkang Mengkhianti Negara


Hujung bulan lepas, Mahathir jumpa wakil European Union, EU untuk minta campurtangan dalam urusan pilihanraya di Malaysia.

20 Februari nanti, Mahathir berjumpa pula dengan pemimpin politik dari Amerika Syarikat dalam usahanya untuk menjatuhkan Barisan Nasional di Putrajaya.

Menurut Tunku Abdul Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP, pertemuan itu bertujuan mahu menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri dan mendapatkan sokongan sekiranya pakatan pembangkang membentuk kerajaan pada PRU14.

Difahamkan selain Mahathir, Presiden PPBM iaitu Muhyiddin akan turut sama dalam delegasi berjumpa pemimpin Amerika itu.

Datuk Seri Najib ke luar negara dan Amerika untuk mencari pelaburan agar rakyat mendapat peluang kerja dan manfaat bersama. Bukan ke luar negara untuk minta campurtangan politik di negara ini.

KWSP melabur US$3 bilion (RM12.5 bilion) di Amerika Syarikat dalam lawatan PM ke White House tahun lepas. Mahathir dan pembangkang pertikai kenapa KWSP melabur di sana.

Pertikai dengan niat untuk mensabotaj ekonomi negara. "Namun, pembangkang mempertikai tujuan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) melabur di Amerika Syarikat.

“Hakikatnya, KWSP memang sentiasa mencari peluang pelaburan bagi mendapatkan pulangan untuk membayar dividen kepada para pencarum,” jelas Datuk Seri Najib pada 15 September 2017.

Lihatlah sekarang apa hasil dan faedah yang KWSP bawa pada pendeposit? Ada duit pendeposit berkurang dalam akaun? Kalau ikut logik pembangkang, duit pendeposit KWSP sudah kurang kerana kononnya dicuri.

Tuduhan yang jahat sama sekali dan terbukti tidak betul. KWSP baru umum kadar dividen 6.9% dan ianya adalah yang tertinggi sejak 1996, 21 tahun yang lalu.

Jangan terpedaya dengan hasutan pembangkang. Boleh apa kalau pendeposit percaya hasutan pembangkang? Mereka sanggup bersekongkol sekarang dengan pihak asing untuk dapatkan kuasa.

Sampai macam itu sekali pembangkang berpolitik. Melabur dikata jual negara, berpolitik sampai mahu campur tangan pihak luar negara.

Apakah lawatan ini sebahagian daripada dana USD$5 juta yang pernah didedah oleh Syed Saddiq?. Dana yang telah dibayar pada Yayasan Clinton untuk kempen burukkan Malaysia menerusi WSJ, BBC dan media asing di sana.

Dulu Mahathir kata Anwar Ibrahim ejen Amerika kerana ke luar negara jumpa William Cohen dan Paul Wolfowitz. Sekarang Mahathir sendiri mahu berjumpa wakil dari Amerika.

Semata mata mahu menjatuhkan Najib dan mahu pada kuasa, Mahathir dan pembangkang sanggup khianati negara. Demokrasi apa kalau jemput wakil asing dari EU dan Amerika datang campur tangan urusan dalaman negara.

Jumpa wakil EU, di saat EU haramkan minyak kelapa sawit ke Eropah. Itu tindakan yang jelas khianati peneroka Felda. Kemudian mahu jumpa pula wakil Amerika untuk gulingkan Najib di Putrajaya.

Ini politik mengkhianati negara. Mahathir dan pembangkang sudah tamak pada kuasa, sanggup buat apa sahaja demi kuasa. Janganlah biar kuasa politik negara ini ditentukan oleh orang asing.

Rakyat harus hukum pembangkang yang mengkhianati negara ini di atas kertas undi. Jangan beri peluang pembangkang berkuasa di Putrajaya. Bahaya untuk agama, bangsa dan negara.

Pembangkang yang ada sekarang sanggup jadi boneka Amerika!!!

Tulisan :
Beruang Biru
BB775, Isnin
12 Februari 2018

Friday, 9 February 2018

Azmin Sedap Naik Gaji, Rakyat Sengsara Dapat Cukai Tinggi


Selama ini Azmin Ali sering melaungkan bahawa kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR merupakan kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat. Tapi hakikatnya ia adalah `fantasi sahaja' kerana beliau cakap tak serupa bikin.

Buktinya, adalah penderitaan penduduk di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Penduduk di kawasan berkenaan dikejutkan dengan kenaikan cukai taksiran untuk kediaman mereka sebanyak 400 peratus.

Bayangkan, tahun lepas mereka hanya perlu membayar sebanyak RM52.80 setahun tetapi tahun ini, jumlah bayaran itu meningkat sebanyak RM508.40. Dengan kenaikan yang begitu banyak, ia bukan sahaja tidak masuk akal malah membebankan rakyat.

Apa kejadahnya kenaikan sampai begitu banyak lagipun ia adalah kawasan Majlis Daerah, bukan Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya.

Walaupun MDKL memberi alasan kenaikan itu disebabkan oleh harga rumah yang sudah meningkat namun haruskan kenaikan sehingga 400 peratus?

Bukan itu sahaja, penduduk di situ juga mendakwa penyelenggaraan tidak dijalankan dengan sempurna, longkang tersumbat, sampah bertaburan dan pokok tidak dicantas. Jadi apabila kenaikan itu dibuat terlalu tinggi maka ia tidak selaras dengan perkhidmatan yang diberikan.

Melihat kepada rintihan penduduk ini, mana perginya janji Azmin yang juga Menteri Besar Selangor untuk memelihara kebajikan rakyat? Tahun lepas, sekitar bulan Oktober, rumah dua bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang telah dirobohkan.

Alasan yang diberikan oleh Azmin ialah tindakan roboh itu dilakukan mengikut undang-undang dan mahkamah. Sama seperti kes kenaikan cukai taksiran ini, apa-apa yang berlaku ada budi bicaranya.

Akhirnya kerajaan persekutuan terpaksa masuk campur dengan memberikan tawaran rumah PPR yang dilengkapi tiga buah bilik tidur dan dua bilik air berserta sebuah premis kedai bagi tujuan perniagaan.

Beza pula dengan kes penjual nasi lemak anak dara yang menjadi viral pada 2016. Hari ini kena saman dengan Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA), esoknya, Azmin turun padang melawat gerai penjual nasi lemak itu.

Mungkin kenaikan 400 peratus itu tidak banyak bagi Azmin tetapi ia sangat besar kepada penduduk.

Baru-baru ini netizen telah mengira gaji yang diterima oleh Azmin selaku Menteri Besar iaitu sebanyak RM29,250 sebulan. Manakala bagi tugasnya sebagai Adun pula, beliau menerima gaji RM11,250, Ahli Parlimen (RM16,000) dan elaun Ahli Parlimen (RM5,000).

Jika beliau mengambil gaji-gaji berkenaan, maka Azmin menerima sebulan RM61,000. Sekarang bayangkan pula dengan penduduk di kawasan MDKL. Betapa mereka terpaksa menelan air liur untuk membayar cukai yang naik begitu banyak.

Apabila tidak pandai menguruskan kebajikan rakyat, maka inilah yang berlaku. Rakyat Selangor perlu tukar kerajaan PKR-DAP yang menguasai Selangor sekarang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB774, Jumaat
9 Februari 2018

Thursday, 8 February 2018

Kerana Kuat Hasut Dan Fitnah, Akhirnya Rafizi Ke Penjara


Fitnah dan Rafizi berpisah tiada. "Tagline" Rafizi yang terkenal adalah "kerja kita adalah menghasut".

Akhirnya semalam, mahkamah putuskan Rafizi bersalah dan kena penjara 30 bulan.

Tugas kita ialah menghasut, kita hasut rakyat tiap tiap hari suruh buang UMNO Barisan Nasional” kata Rafizi

“Nak menang, tukar kerajaan, memang tugas kita kena menghasut. Kita hasut rakyat tiap tiap hari untuk tukar Barisan Nasional, memang kita buat”

“Kita juga hasut Tun Mahathir, kita juga hasut menteri menteri dia, kita juga hasut orang orang lama” kata Rafizi.

Rafizi buat ucapan itu pada 13 Mac 2016, di Auditorium Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dalam satu forum bertajuk “Pembangkang + Pasukan Mahathir, Berbaloikah Untuk Rakyat?”.

Hari ini, Rafizi yang kuat propa ini sudah ke penjara. Hasrat Rafizi untuk hasut Mahathir bagi meneruskan kerja kerja hasutan telah berjaya hari ini. Setiap hari ada sahaja, ucapan Mahathir yang berbentuk persepsi seperi Rafizi.

Sebut nama Rafizi Ramli, semua orang sudah tahu dia merupakan ahli politik pembangkang yang kuat propa. Malah sejak tahun 2013, beliau kerap naik turun mahkamah disebabkan kes saman fitnah terhadapnya.

Tahun lepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang pernah minta Rafizi untuk bertaubat, tapi Naib Presiden PKR itu mengucapkan terima kasih kepada Abdul Hadi Awang kerana ingatkan beliau tentang dosa dan pahala.

Pada tahun yang sama juga, Rafizi mengejutkan rakyat Malaysia apabila mendakwa CEO syarikat pengurusan Expo Negaraku yang berlangsung di Dataran Merdeka adalah abang kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap expo berkenaan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Hanya kerana nama bapa sama, maka Rafizi anggap Raslan Dahlan adalah abang pada Abdul Rahman Dahlan. Selepas kena kecam, Rafizi akhirnya memadam bukti video fitnahnya itu.

Pada 2015 pula, PKR terpaksa meminta maaf di mahkamah kerana fitnah Rafizi terhadap Khalid Ibrahim berkaitan 91 muka surat 'Langkah Kajang'.

Pada 2016, Rafizi diarah bayar RM300,000 oleh mahkamah kerana fitnah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) tentang lembu dalam kondo.

Lebih tragis lagi, disebabkan fitnah Rafizi, seramai 3,954 pendeposit tabung haji telah ditutup akaun. Ini kerana mereka terpengaruh dengan Rafizi yang mendakwa tabung haji sudah ketiadaan duit.

Lebih malang, daripada jumlah itu, seramai 3,105 bakal jemaah haji telah membatalkan pendaftaran mereka untuk ibadah berkenaan.

Dan pada tahun ini, belum masuk dua bulan 2018 menjelma, Rafizi kembali jadi perhatian, Beliau dihukum oleh mahkamah dengan hukuman penjara selama 30 bulan dari tarikh sabitan.

Rafizi disabitkan kesalahan tuduhan mendedahkan penyata akaun bank NFC dan dua yang lain kepada media.

Sebelum itu Rafizi juga disabitkan kesalahan memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dua tahun lalu.

Kes terhadap beliau belum habis lagi. Rafizi kini dalam perbicaraan lagi selepas didakwa bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, atas kesalahan fitnah jenayah. Beliau dituduh membuat tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.

Kalau dirujuk pada enjin pencarian Google, memang banyak lagi kes melibatkan Rafizi yang membuat tuduhan tidak betul. Dan jika nak disenaraikan memang banyak. Apa yang disenaraikan di atas adalah beberapa kes sahaja.

Jika ahli politik seperti ini, yang punyai rekod naik turun mahkamah dalam kes saman fitnah, maka secara automatik apa yang diperkatakannya itu jangan diterima bulat-bulat.

Dulu beliau begitu lantang `belasah' Mahathir, semua kekayaan anak Mahathir dan kroninya didedahkan oleh Rafizi, tetapi kini sudah berubah, boleh duduk sebelah lagi. Orang seperti inikah yang mahu kita percaya?

Bukti sudah ada. Mahkamah sudah jatuhkan hukuman, jadi terpulang kepada rakyat Malaysia untuk membuat penilaian terhadap beliau dan pembangkang lain. Jangan perjudikan nasib negara kepada mereka. Tolaklah pakatan fitnah ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB772, Khamis
8 Februari 2018

Anak Mahathir Yang Jutawan, Rakyat Di Bawah Makan Kuah Sahajalah.


Ini berlaku di zaman Mahathir bukan zaman Najib. Anak anak dia kaya sangat sangat, rakyat di bawah sekadar makan "ais sagat" sahaja lah.

Anak dia makan isi, tulang boleh dekat kroni, kuah sahaja rakyat boleh hirup. Itu pun kalau dapat kuah. Kalau tidak, bau sahajalah.

Kalau Mahathir perintah semula, keadaan yang sama akan berulang lagi. Semalam, Mahathir menjelaskan mahu jadi PM selama dua tahun sahaja. Nampak sangatlah mahu "passing" jawatan selepas itu pada anaknya.

Berbeza zaman Najib, dengan adanya BR1M boleh juga 7 juta rakyat merasa di bawah. Petani pun boleh merasa RM200 bulan ini. Peneroka pun boleh. Nelayan pun dapat.

Orang jual nasi lemak pun kerajaan Najib bantu, yang bawa Grab pun Najib tolong. Celah mana yang kata Najib tidak bantu? Janganlah asyik hendak pertikai KDNK sebagai bukan cerminan ekonomi semasa.

Di Malaysiakini semalam, Mahathir kata KDNK bukan lambang sebenar ekonomi kerana rakyat di bawah masih susah. Apa sekarang ini semua orang di Kubang Pasu jadi jutawan selepas 22 tahun Mahathir jadi PM?

Hujah Mahathir ini tidak betul. Sekadar persepsi sahaja. Cuba lihat kepada pelaburan asing ke negara ini. Tahun lepas sahaja, antara pelabur asing yang berminat dengan Malaysia termasuklah Saudi Aramco yang melabur sebanyak US$7 bilion dalam Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia Petronas di Johor.

Ia adalah pelaburan hiliran terbesar Aramco di luar Arab Saudi. Manakala HSBC melabur lebih RM1 bilion untuk membina ibu pejabat serantau baru di Tun Razak Exchange.

Jack Ma dari Alibaba pula memilih Malaysia untuk melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama di luar China pada tahun lepas. Jack Ma berminat dengan persekitaran mesra perniagaan yang cekap yang diwujudkan oleh kerajaan.

Tapi masalahnya, Mahathir dan geng Pakatan Harapan (PH) menuduh pula Malaysia cuba jual kedaulatan kepada negara asing. Asal masuk sahaja pelabur asing, itulah ayat yang digunakan pembangkang untuk memburukkan Najib.

Kalau pelabur asing tidak masuk Malaysia, geng pembangkang ini akan buat cerita Malaysia akan bankrap pula. Agaknya mereka terlupa, di Pulau Pinang yang dipimpin kerajaan DAP, banyak syarikat multinasional sudah tutup kilang mereka.

Dari 2015 hingga Mac 2017, sekurang-kurangnya 8 syarikat multinasional termasuk Seagate Technology dan Western Digital, yang beroperasi di Pulau Pinang telah ditutup satu demi satu.

Syarikat asing itu telah mengosongkan kakitangan mereka dan menggerakkan operasi di tempat lain dan akibatnya ramai pekerja hilang pekerjaan. Namun Mahathir tidak pula bising, maklumlah dah jadi rakan `cium mulut' sekarang.

Rakyat Pulau Pinang susah kena buang kerja, 7 orang mati sebab kilang haram, penguatkuasa kena maki bayar RM200 sahaja, bayar bil air hingga 4 kali ganda mahal dan banjir sampai lebih seratus kali, Mahathir tidak nampak semua ini.

Lim Guan Eng sah sah ada dua kes rasuah di mahkamah dan kantoi lesapkan RM305 juta, Mahathir tidak nampak sebab sudah anggap DAP sekarang sebagai suci murni.

Hakikatnya, ahli politik pembangkang ini bantah semua usaha kerajaan kerana mereka terpaksa membantah. Mereka tiada pilihan lain tapi diam-diam mereka bersetuju. Mereka akui langkah yang diambil kerajaan adalah betul.

Kalau tidak masakan Pakatan Harapan bercadang untuk sambung pemberian BR1M kepada golongan sasar. Ini kerana mereka tahu ia merupakan medium untuk bantu rakyat.

Konsep Mahathir ketika dulu bahawa `jangan beri si miskin itu ikan...berilah kail supaya si miskin itu dapat menangkap ikan untuk menyara hidupnya' sudah tidak relevan lagi apabila pengerusi Pakatan Harapan itu berhasrat hendak sambung BR1M kalau PH menang.

Mahathir cepat sedar bahawa BR1M bukan `dedak' dan rasuah seperti tuduhan beliau pada Najib dulu kerana melaksanakan program itu.

Bila beliau menerima BR1M, itu adalah sesuatu yang baik sebenarnya kerana ia menandakan Mahathir mengiktiraf program yang dilaksanakan Najib untuk membantu rakyat berpendapatan rendah.

Tuduhan "Cash Is King" pun tidak relevan lagi.

Kalau BR1M adalah rasuah, eloklah mereka pergi tanya pada lebih 63 buah negara di dunia yang buat langkah sama, iaitu sediakan program bantuan wang tunai kepada rakyat yang susah. Jika BR1M adalah dedak dan rasuah, maka negara berkenaan juga beri dedak dan rasuah.

Mahathir janganlah pertikai rating ekonomi negara yang dibuat oleh Bank Dunia dan institusi dari luar. Dulu masa Mahathir perintah, rating yang sama juga dia gunakan.

Tanya balik orang Kubang Pasu selama 22 tahun Mahathir jadi PM, berapa ramai jadi jutawan? Bilang sebelah tangan pun tidak cukup. Anak Mahathir semuanya jutawan, rakyat di Kubang Pasu macam itu jugalah.

Sebab itulah Mahathir tidak berani hendak tanding di Kubang Pasu pada PRU14.


Tulisan :
Beruang Biru
BB771, Khamis
8 Februari 2018

Wednesday, 7 February 2018

Pembangkang Hidup Dengan Cerita Palsu Bukan Dengan Cerita Kebaikan


Politik cara pembangkang di Malaysia adalah politik yang tidak sihat. Pembangkang di Malaysia berpolitik sebar kebencian, cerita persepsi dan berita palsu untuk membangkit perasaan marah rakyat pada kerajaan.

Ini cara politik yang merosakkan. Tidak pernah akui langsung apa yang dibuat kerajaan sebagai sesuatu yang baik. Biarpun kedudukan ringgit makin kukuh dan ekonomi makin baik tetapi pembangkang tetap dengan hujah mereka bahawa Malaysia ini hendak bankrap.

Biarpun pembangkang menguasai kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang, mereka tidak ada cerita kebaikan yang hendak dikongsi secara positif kepada rakyat.


Bila tiada cerita baik, maka ruang dalam media sosial penuh dilambakkan dengan cerita tidak betul dan fitnah. Apa motif lambakan cerita tidak baik ini dibuat? Supaya rakyat benci kerajaan dan sokong pembangkang.

Dengan membuatkan rakyat marah, keliru dan sangsi maka dapatlah pembangkang hidup.

Contohnya apa yang dibuat oleh Clare Rewcastle Brown, Sarawak Report (SR) dan Wall Street Journal (WSJ) yang mereka cerita tentang tipu pasal negara. Serangan dibuat dari luar negara untuk membuatkan rakyat marah dan keliru.

Mahathir sendiri beberapa kali berjumpa Claire Brown ini untuk merangka serangan serangan persepsi dari luar negara.

Oleh kerana itulah bila
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangkan akta baru untuk tanggani berita palsu dibentangkan dalam parlimen pada Mac ini, ramai pemimpin pembangkang kepanasan.

"Akta sedia ada (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984) tidak mencukupi untuk menangani penyebaran berita palsu, justeru peruntukan baru harus digubal secepat mungkin" kata Datuk Seri Salleh.

Mahathir bantah, Kit Siang pun bantah. Mereka tidak setuju dengan akta yang untuk halang cerita palsu. Kenapa takut? Sebab selama ini, berita palsu inilah jadi senjata pembangkang.

Pada 28 Januari lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan kaji untuk gubal undang-undang menghalang penularan berita palsu kerana kesannya adalah buruk kepada proses demokrasi di negara ini.

Rakyat boleh terpesong seperti membenci kerajaan dan merusuh hanya kerana terpedaya dengan berita palsu.

"Bukan kita mahu kawal internet. Internet masih bebas tetapi mesti ada unsur tanggungjawab.

"Malah, Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa setiap kali pilihan raya dengan pelbagai penyebaran berita palsu.

"Sebelum ini, kita difitnah dengan berita membawa masuk 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali," kata Najib.

Tidak lama lagi "senjata berita palsu" pembangkang ini akan dimatikan menerusi undang undang. Minggu ini akan diadakan mesyuarat kedua Jawatankuasa Khas merangka akta baru itu.

Anwar Ibrahim dulu pernah reka cerita bahawa ada agensi kerajaan bawa masuk 40,000 pengundi yang meragukan dan didakwa dari Bangladesh. Cerita palsu tentang Lynas, Blackout dan lain lain lagi.

Yang buat cerita jahat ini cuci tangan di belakang. Yang bodohnya adalah rakyat yang bulat bulat percaya dan marah kerajaan tidak tentu hala.

Pembangkang tidak ada cerita kebaikan untuk rakyat mahupun pembangunan sebab itu mereka buat cerita bohong untuk isi kekosongan jadual politik mereka. Hari-hari buat cerita fitnah untuk jatuhkan kerajaan.

Macam mana hendak cerita yang baik, mereka menang pun dulu pun sebab berita palsu. Jadi bila jadi wakil rakyat mereka tidak tahu bagaimana caranya hendak buat kebaikan. Maka sebab itulah mereka buat cerita tidak baik tiap tiap hari.

Tolak berita palsu, tolak harapan palsu pembangkang.


Tulisan :
Beruang Biru
BB770, Rabu
7 Februari 2018

Tahun 2018, Tahun Kejayaan Buat BN


Sudah lebih dua bulan kita memasuki tahun 2018. Tahun ini merupakan tahun yang amat penting kepada rakyat Malaysia kerana kita bakal berdepan dengan pilihan raya umum ke-14 (PRU14), yang akan menentukan siapa yang akan memerintah negara.

Entah bila tarikhnya. Namun Datuk Seri Najib sudah beri bayangan minggu lepas ianya mungkin sebelum Hari Raya Aidilfitri. Siapa tahu mungkin keberkatan bulan puasa seperti PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar berulang semasa PRU14 nanti, kemenangan besar buat BN di bulan Ramadhan Al Mubarak.

Dalam erti kata mudah, pilihlah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah terbukti mempunyai rekod yang baik dalam mentadbir negara.

Tengoklah kejayaan dan pembangunan yang dicapai oleh beliau di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, Forum Ekonomi Dunia telah meletakkan Malaysia sebagai negara Asia terbaik dalam Indeks Pembangunan Inklusif (IDI).

Malaysia berada pada nombor 13 di dunia dan satu di Asia, manakala China di tempat ke-25 dan India nombor 62.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga mendapat pengiktirafan dunia seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan agensi penarafan kredit iaitu Fitch serta Standard and Poor berikutan kekukuhan ekonomi negara.

Pertumbuhan ekonomi negara disemak sampai tiga kali oleh Bank Dunia tahun lepas. Ianya disemak menaik bukannya menurun. Semalam, Bursa Malaysia umumkan catat untung bersih tertinggi sejak 2007.

Banyak lagi boleh disenaraikan namun apa yang penting pengiktirafan yang diberi terhadap Malaysia oleh pelbagai pihak, termasuk dari negara lain, membuktikan pembangunan negara dan ekonomi negara berada di landasan yang tepat.

Atas sebab itulah maka kerajaan yang ada perlu dipertahankan. Tolaklah cita-cita besar pembangkang untuk menguasai negara dengan menaburkan janji-janji manis kepada rakyat.

Berbeza dengan Pakatan Harapan. Belum lagi memerintah negara, namun Pakatan Harapan sudah bergolak. Lihat sahaja bagaimana isu pembahagian kerusi untuk PRU14 gagal diselesaikan disebabkan berlaku ketidakpuasan dan perebutan antara parti di dalam gabungan pakatan itu.

PKR, PPBM dan PAN, sehingga kini masih berebut kerusi. Bukan itu sahaja, mereka juga bergaduh sesama sendiri dan tanpa rasa malu meluahkannya di media sosial. Contoh paling ketara adalah di Selangor.

Pemimpin PKR Selangor bergilir-gilir menyerang pemimpin PAN berhubung pengagihan kerusi hinggakan pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir terpaksa meminta supaya ia diselesaikan dengan baik.

Mahathir tidak boleh buat apa. Siapa hendak "dengaq" cakap Mahathir. DAP terus sahaja bergaduh dan bergasak bersama PAN bagi membuli PKR di Selangor.

Bukan itu sahaja, dalam soal mengadakan mesyuarat agung tahunan (EGM) pun sama. PPBM hanya mengadakannya selepas mendapat amaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Itupun selepas ingatan diberikan bahawa ia berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftaran jika EGM itu tidak diadakan.

Sekarang Pakatan Harapan sedang meroyan dengan menuduh kononnya mereka disabotaj dengan alasan untuk menggagalkan pendaftaran Pakatan Harapan.

Gagal buat mesyuarat cawangan dan bahagian kemudian buat mesyuarat agung. Mana boleh buat begitu? Bila ROS tegur, mereka melenting. Gagal buat mesyuarat cawangan, ROS yang salah. Ini satu tuduhan pelik.

Ia juga menunjukkan bahawa PPBM tidak mempunyai pemimpin berkualiti yang boleh diharapkan oleh rakyat. Hendak tanding sampai 52 kerusi parlimen macam mana kalau mesyuarat cawangan pun tidak boleh buat?

Cuba senarai tengok siapa calon PPBM di semua 52 kerusi parlimen ini? Ada calon kah PPBM? Hendak umum nama ahli pun takut. Nama calon lagilah takut.

Semua yang dilakukan oleh Pakatan Harapan gagal. Serangan terhadap Perdana Menteri menggunakan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion juga gagal, mahu daftar parti juga gagal, mahu mendaftar logo juga gagal dan kini sedang bergaduh sesama sendiri.

Mereka sendiri yang menggagalkan semuanya kerana kelemahan sendiri tetapi seperti biasa Najib dan kerajaan juga dipersalahkan. Berbeza dengan BN, yang sudah melunaskan 97.6% akujanji kepada rakyat.

Pembangkang yang menguasai Selangor dan Pulau Pinang tidak berani langsung umumkan berapa peratus janji yang mereka sudah laksana pada rakyat. Ini bukti pembangkang sudah gagal.

Hanya Barisan Nasional yang menjaga kebajikan dan kehendak rakyat. Oleh kerana itulah dulu pembangkang pakai nama Pakatan Rakyat, kini tukar nama kepada Pakatan Harapan kerana harapan rakyat itu sendiri sudah musnah. Yang tinggal hanyalah harapan kosong sahaja.

Berilah mandat yang kuat supaya Barisan Nasional boleh membawa negara ini ke tahap yang lebih hebat lagi di persada antarabangsa. Jangan beri undi pada pembangkang yang malu mengaku rakyat Malaysia.


Tulisan :
Beruang Biru
BB769, Rabu
7 Februari 2018