Friday, 23 February 2018
Hapuskan Tol : Janji BN Lebih Realistik, Janji Pembangkang Hanyalah Retorik
By Aku Torres at 15:11:00
LENSA BB, Lensa Beruang Biru
Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengakui bahawa beliau tidak suka kepada sistem bertol dengan menyifatkannya sebagai ‘menyakitkan hati’ dan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas, maka itu tandanya Perdana Menteri memahami suara hati rakyat.
Itu juga tanda bahawa kerajaan pimpinannya bersedia untuk memansuhkan lebih banyak tol di jalan-jalan di negara ini pada masa depan.
"Bila mampu, saya akan hentikan kutipan tol. Ia menyakitkan hati dan menyebabkan kesesakan lalu lintas," ujar Najib ketika sesi perkongsian #Bajet 2018 Bersama Rakyat mengenai Kesejahteraan Isi Rumah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang disiarkan secara langsung di laman Facebook beliau semalam.
Walaupun pembangkang menyatakan kesediaan kerajaan pimpinan Najib untuk memansuhkan sistem tol hanyalah `gula-gula' menjelang pilihan raya umum ke-14 ini sahaja, namun mereka terlupa bahawa janji kerajaan Barisan Nasional (BN) ini adalah realistik berbanding PH.
Ia bukan cakap kosong kerana Najib telah membuktikan kepada rakyat. Buktinya dalam Bajet 2018, kerajaan telah membuat keputusan memansuhkan beberapa tol termasuklah tol Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam dan Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL). Sebelum ini tol di Cheras juga dihapuskan.
Langkah yang diambil oleh kerajaan BN ini begitu berbeza dengan pembangkang yang mana pengerusi Pakatan Harapan (PH) adalah Dr. Mahathir Mohamad, iaitu bekas pemimpin yang pernah digelar sebagai Bapa Tol Malaysia. Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun dan sepanjang tempoh itu, Mahathir adalah seorang yang sangat mempercayai sistem bertol.
Hingga kini walaupun sudah beralih kiblat, namun Mahathir masih berpegang kepada prinsip berkenaan dan pernah menyatakan bahawa bayaran tol perlu dikenakan bagi membolehkan lebuh raya diselenggara.
Meskipun dalam bajet alternatif pembangkang, pemansuhan tol turut dijadikan sebagai fokus utama mereka jika memerintah negara namun dengan mengambil kira apa yang berlaku kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan kisah tol Sungai Nyior, memang jauh api dari panggang lah mereka hendak hapuskan tol.
Guan Eng pernah berjanji pada 2008, jika DAP memerintah Pulau Pinang maka sistem tol di Sunga Nyior akan dihapuskan tetapi malangnya sehingga kini, selepas 10 tahun, tol itu masih tegak berdiri di situ lagi.
Jika tol Sungai Nyior yang "lima kupang" pun tidak mampu dikotakan janji, inikan pula mahu memansuhkan semua tol di Malaysia. Pembangkang hanya tahu ambil kesempatan sahaja.
Contoh paling ketara ialah apabila Tol Batu Tiga dimansuhkan. Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dengan bangga menyatakan pemansuhan itu adalah hasil desakan pembangkang walaupun hakikat sebenarnya, tol itu dimansuhkan hasil usaha keras UMNO Bahagian Shah Alam.
Kesimpulannya, dari segi pemansuhan tol pun kita sudah tahu bagaimana pembangkang gagal melaksanakan janji, hanya mampu memberikan gula-gula, itupun gula-gula `beracun'.
Apa yang penting jangan terpedaya mendengar janji palsu yang tidak dapat ditunaikannya. Mahathir sendiri pun sudah mengaku dua hari lepas bahawa pembangkang tidak akan tunaikan janji jika dapat perintah.
Ini bukan jelas janji pembangkang adalah retorik, janji BN yang lebih realistik.
Tulisan :
Beruang Biru
BB792, Jumaat
23 Februari 2018