Monday, 26 February 2018

BN Terus Tunai Janji, BR1M Masuk Lagi Hari Ini


Bermula hari ini, janji Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) terus dipenuhi. Sejak tahun 2012 lagi, BR1M yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional terus masuk lagi dan lagi. 

Sejumlah kira-kira RM6.8 bilion peruntukan BR1M diagihkan kepada kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara hari ini. 

Bayaran pertama BR1M mula dilaksanakan hari ini, manakala fasa ke-2 dan ke-3 bakal dibuat pada Jun dan Ogos nanti. BR1M mula diperkenalkan pada 2012 dengan bayaran ketika itu sebanyak RM500 kepada kira 4.1 juta penerima.

Bagaimanapun, jumlah penerima berkenaan telah meningkat kepada 7 juta orang. Tidak terhenti setakat itu malah setiap tahun BR1M yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah ditambah baik dari masa ke semasa.

Apa yang pasti, pemberian BR1M ini menunjukkan bahawa manifesto Barisan Nasional (BN) telah ditunaikan dan ia merupakan sebahagian daripaa 97.6 % janji manifesto yang dilaksanakan oleh kerajaan.

BR1M menjadi "keyword" no. 1 di carian Google sejak tiga tahun lepas. Semua rakyat Malaysia hendak tahu maklumat terkini mengenai BR1M. 

Bukan itu sahaja, BR1M juga menjadi antara pertanyaan popular pengguna media sosial kepada Perdana Menteri setiap kali beliau memuatnaik status di Facebook atau Twitternya. 

Malah ketika Perdana Menteri meminta cadangan daripada rakyat sebelum membentangkan Bajet 2018, BR1M menjadi fokus utama dengan rakyat rata-rata meminta supaya bantuan itu diteruskan.

Sebenarnya BR1M dilaksanakan atas nasihat daripada Bank Negara Malaysia, bukannya untuk menarik undi rakyat, seperti yang ditohmah oleh pembangkang. Malangnya ketika pemimpin Pakatan Harapan (PH) sibuk mengecam kerajaan disebabkan pemberian BR1M ini, penyokongnya pula banyak yang menjadi penerima BR1M.

Malah negeri yang ditadbir oleh PH iaitu Selangor merupakan negeri yang paling tinggi merekodkan penerima BR1M. Sebab itulah Pengerusi PH, Mahathir yang sebelum ini melabelkan BR1M sebagai `rasuah' dan dedak, akhirnya menukar pendirian dan kini membayangkan akan meneruskan bantuan itu jika PH berkuasa.

Apabila Mahathir yang sebelum ini begitu lantang mengecam BR1M, menukar fikiran dan menerima bantuan itu, ia menunjukkan bahawa BR1M diperakukan sebagai kaedah untuk merangsang ekonomi negara dan pada masa yang sama mengiktiraf bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Sebenarnya Najib tidak memerlukan pun Mahathir dan pembangkang memperakukan keberkesanan BR1M kerana 35 pakar ekonomi di United Kindom (UK) telah terlebih dahulu mengakui bahawa bantuan wang berkenaan merupakan satu langkah untuk meransang pertumbuhan ekonomi negara.

Jika BR1M hanyalah untuk pancing undi dan dedak, maka tidak mungkin Arab Saudi dan Thailand turut melaksanakan bantuan kewangan ala BR1M di negara mereka. 

Sebab itulah Perdana Menteri, baru-baru ini mencabar pembangkang, jika mereka tidak suka kepada BR1M, tolong beri cadangan yang lebih baik untuk menolong golongan penerima bantuan berkenaan. Jika tidak mampu memberikan cadangan yang bagus, elok diam sahaja dan berhenti mengkritik benda baik yang dilakukan kerajaan BN.

Seperti biasa, pembangkang hanya diam kerana mereka sendiri tiada idea untuk memberikan cadangan bagi menggantikan BR1M. Kalau ada nescaya mereka sudah laksanakan di Selangor dan Pulau Pinang.

Mahathir sudah akui minggu lepas bahawa pembangkang tidak mampu untuk tunai janji. Logo pembangkang sendiri pun tidak siap. Rakyat perlu realistik dalam membuat pilihan. 

Mengundi pembangkang yang belum diuji bakal membawa Malaysia ke arah bencana. Perlu kekal memilih Barisan Nasional yang komited bekerja dan menunaikan janji ke rakyat pada PRU14 nanti. 

BB793,