Monday, 12 February 2018
Mahu Campur Tangan Amerika Bukti Pembangkang Mengkhianti Negara
By @MNA at 13:21:00
LENSA BB, Lensa Beruang Biru
Hujung bulan lepas, Mahathir jumpa wakil European Union, EU untuk minta campurtangan dalam urusan pilihanraya di Malaysia.
20 Februari nanti, Mahathir berjumpa pula dengan pemimpin politik dari Amerika Syarikat dalam usahanya untuk menjatuhkan Barisan Nasional di Putrajaya.
Menurut Tunku Abdul Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP, pertemuan itu bertujuan mahu menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri dan mendapatkan sokongan sekiranya pakatan pembangkang membentuk kerajaan pada PRU14.
Difahamkan selain Mahathir, Presiden PPBM iaitu Muhyiddin akan turut sama dalam delegasi berjumpa pemimpin Amerika itu.
Datuk Seri Najib ke luar negara dan Amerika untuk mencari pelaburan agar rakyat mendapat peluang kerja dan manfaat bersama. Bukan ke luar negara untuk minta campurtangan politik di negara ini.
KWSP melabur US$3 bilion (RM12.5 bilion) di Amerika Syarikat dalam lawatan PM ke White House tahun lepas. Mahathir dan pembangkang pertikai kenapa KWSP melabur di sana.
Pertikai dengan niat untuk mensabotaj ekonomi negara. "Namun, pembangkang mempertikai tujuan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) melabur di Amerika Syarikat.
“Hakikatnya, KWSP memang sentiasa mencari peluang pelaburan bagi mendapatkan pulangan untuk membayar dividen kepada para pencarum,” jelas Datuk Seri Najib pada 15 September 2017.
Lihatlah sekarang apa hasil dan faedah yang KWSP bawa pada pendeposit? Ada duit pendeposit berkurang dalam akaun? Kalau ikut logik pembangkang, duit pendeposit KWSP sudah kurang kerana kononnya dicuri.
Tuduhan yang jahat sama sekali dan terbukti tidak betul. KWSP baru umum kadar dividen 6.9% dan ianya adalah yang tertinggi sejak 1996, 21 tahun yang lalu.
Jangan terpedaya dengan hasutan pembangkang. Boleh apa kalau pendeposit percaya hasutan pembangkang? Mereka sanggup bersekongkol sekarang dengan pihak asing untuk dapatkan kuasa.
Sampai macam itu sekali pembangkang berpolitik. Melabur dikata jual negara, berpolitik sampai mahu campur tangan pihak luar negara.
Apakah lawatan ini sebahagian daripada dana USD$5 juta yang pernah didedah oleh Syed Saddiq?. Dana yang telah dibayar pada Yayasan Clinton untuk kempen burukkan Malaysia menerusi WSJ, BBC dan media asing di sana.
Dulu Mahathir kata Anwar Ibrahim ejen Amerika kerana ke luar negara jumpa William Cohen dan Paul Wolfowitz. Sekarang Mahathir sendiri mahu berjumpa wakil dari Amerika.
Semata mata mahu menjatuhkan Najib dan mahu pada kuasa, Mahathir dan pembangkang sanggup khianati negara. Demokrasi apa kalau jemput wakil asing dari EU dan Amerika datang campur tangan urusan dalaman negara.
Jumpa wakil EU, di saat EU haramkan minyak kelapa sawit ke Eropah. Itu tindakan yang jelas khianati peneroka Felda. Kemudian mahu jumpa pula wakil Amerika untuk gulingkan Najib di Putrajaya.
Ini politik mengkhianati negara. Mahathir dan pembangkang sudah tamak pada kuasa, sanggup buat apa sahaja demi kuasa. Janganlah biar kuasa politik negara ini ditentukan oleh orang asing.
Rakyat harus hukum pembangkang yang mengkhianati negara ini di atas kertas undi. Jangan beri peluang pembangkang berkuasa di Putrajaya. Bahaya untuk agama, bangsa dan negara.
Pembangkang yang ada sekarang sanggup jadi boneka Amerika!!!
Tulisan :
Beruang Biru
BB775, Isnin
12 Februari 2018
Related Posts:
Parti Agenda Peribadi Mahathir Sudah Ditolak Rakyat Semalam, Mahathir mengakui bahawa parti yang ditubuhkannya semata mata hendak menjatuhkan Datuk Seri Najib sudah gagal di peringkat akar umbi. “Ketika ini di peringkat bahagian ada ahli, tapi ia tidak diuruskan menjadi seb… Read More
Negara Malaysia Tidak Gagal, Yang Gagal Sebenarnya Adalah PPBM Laporan Bank Negara Malaysia pada 17 November 2017 menyatakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK Malaysia adalah pada kadar 6.2% pada suku ketiga tahun 2017. Pencapaian 6.2% ini menjadikan Malaysia antara negar… Read More
Kalau PPBM Bubar, PAN Pula Platform Mahathir Selepas Ini? Apa "plan B" Mahathir kalau Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM benar benar kena bubar? Nampak macam Mahathir tidak kisah sahaja PPBM hendak kena bubar. Mahathir lebih seronok jaga hati DAP dari fikir hal PPBM. Mahat… Read More
Beri Subsidi BR1M Atau Subsidi Minyak? Dalam pembentangan Bajet 2018, kerajaan telah umumkan peruntukan RM3.9 bilion untuk subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol. Manakala RM1.6 billion untuk subs… Read More
Kerajaan BN Berjaya Stabilkan Harga Minyak Minggu lepas ramai yang menjadi pakar ekonomi segera di Facebook dan Whatsapp bila minyak RON95 naik 7 sen. Bermacam macam teori keluar dan diperbincangkan. Lebih hangat dari perbincangan dalam Dewan Rakyat. Namun segal… Read More