Monday, 12 February 2018
Kerajaan BN Untuk Orang Muda, Kerajaan Pembangkang Untuk Orang Tua
By @MNA at 21:20:00
Lensa Beruang Biru
Tidak dapat dinafikan kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah melupakan orang muda dan memastikan impian mereka diambil kira dalam pembangunan negara.
Menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50), lebih 80,000 aspirasi orang muda telah dikumpulkan dan ia akan ditapis untuk pelan tindakan. Dalam erti kata lain, kerajaan menggunakan dasar lebih terbuka untuk anak muda dan masa depan negara.
Ia berbeza dengan pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. Mahathir yang kini pengerusi Pakatan Harapan (PH) kini mahu memerintah semula Malaysia.
Jika ketika menjadi Perdana Menteri dulu beliau digelar sebagai diktator oleh pembangkang, jadi tidak mustahil pendekatan itu akan dipraktikkan semula jika beliau menjadi Perdana Menteri pembangkang.
Apa jaminan Mahathir akan berbeza dari dulu? Dengan usianya 93 tahun, mampukah beliau menjadi Perdana Menteri lagi sedangkan pemimpin dunia yang lain sudah pencen apabila mencecah usia berkenaan?
Cuba imbau kembali sejarah pemerintahan beliau. Banyak langkah yang dilaksanakannya telah menyebabkan beliau mendapat gelaran diktator, mahafiraun dan maha zalim daripada pemimpin pembangkang dan anehnya kini mereka boleh duduk semeja pula bergabung dalam satu pasukan.
Betapa hipokritnya Mahathir dan pemimpin pembangkang PH yang cakap tak serupa bikin ini. Dulu pembangkang mengecam tindakan Mahathir kerana melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) yang menyaksikan ramai anak muda ditahan dalam Operasi Lalang. Tapi kini mereka sepentas pula.
Dalam Operasi Lalang itu, lebih 100 orang ditahan tanpa bicara di bawah ISA termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan mendiang Karpal Singh dan penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong.
Mahathir bagaimanapun mendakwa Operasi Lalang adalah keputusan polis dan beliau membantah operasi tersebut sewaktu memegang jawatan sebagai menteri dalam negeri pada masa itu.
Namun Kua yang lantang bersuara membantah ISA, tetap menuntut Mahathir memohon maaf kerana menjadi dalang di sebalik Operasi Lalang, terutama selepas beliau kini bersama pembangkang.
Pada 15 September 2011, Najib kemudiannya telah memansuhkan akta tersebut untuk memberi lebih banyak ruang kepada golongan muda bersuara dan supaya mereka tidak dikongkong.
Mahathir sendiri pun bila forum bersama orang muda, teruk dia kena "troll". Orang muda menolak orang yang terlalu tua jadi PM semula. Berbeza dengan sambutan terhadap Datuk Seri Najib semalam di Selangor bersama dengan orang muda.
Dalam erti kata mudah, kerajaan Barisan Nasional untuk orang muda manakala kerajaan pembangkang untuk orang tua, yang mempunyai agenda tersendiri.
Agenda orang tua bernama Mahathir dan Kit Siang. Agenda untuk anak sendiri dan kroni sahaja.
Beruang Biru
Related Posts:
Selepas Kajang & Permatang Pauh, Giliran Orang Bandar Tun Razak Pula Kena Tipu Khabar angin sudah tersebar bahawa Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan bertukar kawasan. Kali ini kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pula menjadi sasarannya. Kerusi berkenaan disandang oleh bekas Menteri Besar Sela… Read More
Muak Dengan Skandal Guan Eng, BN Dijangka Menang 20 Kerusi Rakyat sudah mulai muak dengan temberang dan penipuan demi penipuan yang dilakukan Guan Eng. Rumah dibeli murah salahkan tiada kolam. Banjir kilat berlaku disalahkan taufan. Tanah runtuh salahkan kontraktor. Kilang haram … Read More
Jika Barisan Nasional Tumbang, DAP Yang Akan Kuasai Pembangkang Atas kertas, ada nama Melayu duduk di atas sebagai Presiden, Pengerusi dan Ketua Umum. Nama ketua sebenar dalam pembangkang tidak dimasukkan, hanya menjadi “King Maker” dari belakang. Di atas nampak nama Melayu tetapi isi… Read More
Gaduh Rebut Kerusi Bukti Pembangkang Tidak Berpakat & Penuh Dengan Sandiwara Sejak Mahathir masuk pembangkang pada pertengahan 2015 hinggalah sekarang, pakatan pembangkang itu semakin kucar kacir dan huru hara. Mahathir bawa agenda mahu anaknya jadi Perdana Menteri. Anwar masih mahu jadi Perdana M… Read More
BN Sibuk Kerja Untuk Rakyat, Pembangkang Sibuk Gaduh Sama Sendiri Pada ketika Barisan Nasional (BN) sibuk menjalankan tugas untuk rakyat, parti-parti dalam pembangkang sibuk bergaduh sesama sendiri. Minggu lepas, bergaduh di Negeri Sembilan sebab agihan kerusi. Dua tiga hari lepas,… Read More