Wednesday, 30 January 2019
Kerajaan PH Jelas Huru-Hara Bila Menteri PH Sering Buat Kenyataan Lintang Pukang
By @MNA at 18:17:00
PH kerajaan huru hara
Membaca kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya terdapat kelemahan dalam kerajaan, menteri-menterinya "buat silap kenyataan" dan "kenyataan bercanggah kerana kabinet masih baharu" membuat kita terfikir, apakah perkara ini disengajakan?
Banyak persoalan yang timbul di benak fikiran. Tak kan sesama menteri tak ada perbincangan atau consultation? Takkan setiausaha-setiausaha yang dibayar ribuan gaji, tidak buat semakan? Takkan lah kerajaan sendiri tak ada satu sekretariat yang boleh memantau atau monitor kenyataan kenyataan yang sudah, sedang dan akan dibuat oleh pak menteri?
Percanggahan kenyataan atau kenyataan "half past six" pak menteri-menteri dalam Kerajaan Pakatan Harapan atau 'HuruHara" ini bukan kali pertama berlaku. Bermula daripada kenyataan pasal stokin dan kasut hitam putih, hutang negara yang sekejap trilion sekejap bilion, status aset pertahanan negara, bayaran duit peneroka, hinggalah yang terbaru pasal ECRL, pak-pak menteri nampaknya main cakap sedap hati saja, tanpa melihat impaknya kepada tahap intelektual rakyat.
Rakyat Malaysia pada zaman milineum sudah celik siber ini tidak suka diperbodoh-bodohkan dengan kenyataan "suku masak" kerana mereka sebenarnya tahu dan dapat melihat apa yang berlaku. Malah ada rakyat yang menepuk dahi ketawa apabila seorang timbalan menteri berkata, hasil susu getah boleh meningkat pada musim tengkujuh kerana pokok getah masih boleh ditoreh !
Ada pula timbalan menteri lain yang kata ekonomi Malaysia sekarang masih okay, sedangkan rakyat di bawah merana dan bergelut kerana kos sara yang meningkat. Ada pula pemimpin yang asyik keluar negara, sedangkan perbelanjaan minyak pesawat itu boleh dihalakan kepada meringankan beban hidup rakyat.
Namun apa lebih menarik yang ingin kita ketahui di sini adalah, apakah kriteria pemilihan pak-pak menteri ini semasa pelantikan dibuat? Faktor kebijaksanaan atas kertas atau pengalaman? Atau berdasarkan kekananan jawatan dalam parti?
Jika diamati, majoriti kenyataan lintang-pukang ini datangnya dari pemimpin atau menteri yang belum "masak" dalam mentadbir negara. Tetapi anehnya, ada juga kenyataan itu datang dari pemimpin yang sudah "terlebih masak", terbaru kenyataan ECRL dan juga status kewarganegaraan Orang Asli oleh "Uncle Lim".
Satu persoalan yang cukup menarik untuk diteroka. Apakah semua kenyataan ni bertujuan memalukan Dr Mahathir? Menteri DAP sengaja tersilap cakap? Menteri Amanah atau PKR sengaja mengeluarkan kenyataan silap? Adakah semua ini sabotaj kepada Perdana Menteri? Amat menyedihkan.
Sebagai rujukan, semasa pemilihan menteri-menteri dan timbalan menteri ini dibuat, semua pemimpin parti membuat kenyataan "menyerahkan keputusan itu kepada kebijaksanaan Dr Mahathir (Perdana Menteri) tanpa bantahan.
Sedangkan, jauh di benak hati kita, mestilah ada kalangan pemimpin atau ketua ketua DAP, PPBM, PKR, Amanah itu tahu kemampuan sebenar anak buah mereka. Kalau ada kalangan anak buah itu diketahui tidak kompeten dan mereka dimasukkan dalam senarai Dr Mahathir, maka sudah tentulah Dr Mahathir disabotaj oleh parti-parti komponen nya sendiri dari awal !
Rakyat sedang memerhatikan pelbagai adegan 'flip flop' kerajaan Pakatan HuruHara. Bermacam drama u-turn, s-turn dan batal janji yang berlaku, sehinggakan bukan saja pelabur yang was-was untuk melabur, malahan kakitangan kerajaan dan orang awam sendiri keliru dan haru biru.
Apakah ini seolah-olah balasan yang didatangkan ke atas sebuah kerajaan yang didirikan atas asas-asas fitnah? Apakah sabotaj dalaman kepada pentadbiran Dr Mahathir oleh DAP, Amanah, PKR ini akan berterusan ? Sama-sama kita saksikan.
Jabatan Komunikasi Strategik
Penerangan UMNO Malaysia
30 Januari 2019.