Tuesday, 12 February 2019
PRK Semenyih: Destinasi PH Untuk Tabur Janji Yang Terkini - Mat Nadzari
By @MNA at 20:53:00
PRK N24 Semenyih, PRK Semenyih
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan mempersoalkan tindak-tanduk beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang begitu agresif turun padang dengan pelbagai program kerajaan ke kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Semenyih.
Soal beliau jika sebelum ini mereka sering melaung-laungkan kononnya kerajaan terdahulu menggunakan jentera kerajaan dan sebagainya namun apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya sekaligus memberi gambaran itulah ‘Malaysia Baru‘.
“Sejak beberapa hari lalu, beberapa pemimpin PH terutamanya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) begitu agresif turun padang ke DUN Semenyih. Alhamdulillah mereka begitu prihatin dengan Menteri Belia dan Sukan berkayuh basikal dan timbul idea nak jadikan Semenyih sebagai lokasi ‘bicycle tourism’ manakala Menteri Pendidikan juga lakukan pecah tanah projek sekolah yang didakwa hasil perjuangan Kerajaan PH.
Tidak ketinggalan Menteri PLB juga sampaikan kunci dan mesin jahit.
“Tahniah kepada penerima dan perlu diakui seperti penafian pemimpin PH, turun padang berkenaan bukan kerana Semenyih ada PRK tetapi ia sudah dirancang sejak dulu lagi. Nampaknya cara menteri-menteri berkenaan sama seperti yang dilaungkan sebelum ini kononnya kerajaan terdahulu salah guna kuasa, salah guna jentera kerajaan dan lain-lain.
“Persoalannya, apa sudah jadi kepada mereka ini yang kini menerajui kerajaan pusat dan negeri. Kenapa menjilat ludah sendiri… Ramai yang keliru dengan sikap mereka…,“ katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Tegas beliau lagi walaupun pelbagai teguran demi teguran diberikan oleh pelbagai pihak, namun tindakan mereka seolah-olah perkara yang betul dan BN Selangor tidak melihat ia sebagai satu isu lagi kerana apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan kini semuanya adalah betul.
“Walaupun teguran demi teguran dibuat termasuk daripada NGO Bersih 2.0, nampaknya apa sahaja yang dilakukan mereka adalah betul kerana mereka adalah kerajaan ‘Malaysia Baru’. PRK Cameron Highlands menceritakan sikap ego dan keras kepala mereka apabila sudah kantoi guna jentera kerajaan tetapi mahu ‘tegakkan benang yang basah’.
“Biarlah pemimpin-pemimpin ini dengan cara mereka mungkin kerana mereka percaya taktik berkempen menggunakan jentera kerajaan yang dahulunya disangkal habis-habisan mampu ‘mengumpan’ hati pengundi dan jumlah undi yang diterima mereka pada PRK Cameron Highlands membuktikan mereka benar.
“Tumpuan BN Selangor kini termasuk dengan kerjasama PAS dan beberapa NGO yang mula ‘buka mata’ adalah untuk terus mendampingi seramai mungkin pengundi dan menyusun gerak kerja yang tersusun. Insya-Allah jam 5 petang Khamis ini (14 Februari 2019) calon kami akan diumumkan dan sudah pasti dengan istiqomah kejayaan pasti menyusul,” tambahnya lagi. -MediaUMNO
Related Posts:
BN Perlu Menang Di Semenyih Sebagai Isyarat Juga Simbol Bantahan Rakyat Tolak PH Pengundi di PRK 24 Semenyih terutamanya Melayu diharapkan dapat memberi undi solid 100 peratus kepada calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi. Ia simbol bantahan rakyat Malaysia kepada Kerajaan Pakatan Harapan … Read More
PRK Semenyih: Fenomena BossKu Di Flat Baiduri BossKu YB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berdiri bersama calon BN PRK DUN Semenyih Hj Zakaria Hanafi sewaktu berucap pada majlis bersama penduduk Pangsapuri Baiduri malam tadi. Calon BN PRK DUN Semenyih Hj Zaka… Read More
Siapa Calon PRK Semenyih ? Jawapannya Tunggu Hari Khamis Ini. Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Khamis ini. Pengumuman akan dilakukan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan 5 petang di Comm… Read More
PRK Semenyih: Kerjasama Erat Akar Umbi BN Dan PAS Cukup Baik Gerak kerja serta kerjasama yang cukup erat antara pimpinan dan jentera parti Barisan Nasional (BN) dengan Pas di peringkat akar umbi dilihat menenggelamkan kontroversi yang timbul berhubung persefahaman kedua-dua parti pe… Read More
Mahathir Terdesak? Semua Tidak Mustahil Dalam Percaturan Politik Mahathir Dakwaan Tun Mahathir bahawa DS Hadi Awang menandatangani surat persetujuan tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih bukanlah mustahil. Dalam politik Tun apa sahaja boleh berlaku. Jika benar ada perjanjian terse… Read More