Saturday, 17 November 2018

ICERD Hapuskan Tanah Rizab Melayu Dan Regimen Askar Melayu


ICERD implikasinya amat besar kepada perlembagaan negara, ianya melibatkan khususnya kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan negara.

Tanah Rizab Melayu dan Regimen Askar Melayu Di-Raja tidak terkecuali akan menerima kesan sekiranya kerajaan bersetuju meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di mana kedua perkara itu merupakan satu perkara yang dianggap sebagai diskriminasi antara kaum di bawah konvensyen tersebut, demikian jelas seorang pengamal undang-undang, Lukman Sherrif.

Selain itu menurut beliau, Universiti Teknologi Mara, Maktab Rendah Sains Mara, sekolah-sekolah asrama yang berdasarkan kaum, juga turut termasuk dalam bentuk diskriminasi di bawah di bawah ICERD.

“Jika sesebuah negara meratifkasikan sesesuatu konvensyen, negara tersebut hendaklah memastikan bahawa ia boleh menunaikan konvensyen tersebut. Sekiranya kerajaan mahu menandatangani ICERD, maka mereka akan berusaha untuk melaksanakannya kerana ianya akan menjadi perhatian dunia.

“Jadi akan ada satu badan di luar negara, yang akan menentukan sebarang kompromi di dalam perlembagaan negara, yang mana sepatutnya kompromi di dalam perlembagaan negara itu ditentukan oleh kita sendiri. Jadi dalam kes ICERD ini, ia ternyata bercanggah dengan perlembagaan dan sebab itu kita perlu menolak ICERD ini dari segi pendekatan kompromi terhadap perlembagaan kita,

Ratifikasi ICERD ini dibuat dengan terlampau tergesa-gesa tanpa melalui perbincangan dan pandangan umum, termasuklah mendapat persetujuan dan konsultasi bersama Majlis Raja-Raja Melayu.

“Ramai yang mungkin tidak faham bahawa, hakikat sebenarnya rakyat di Malaysia hendaklah berpegang kepada prinsip anti diskriminasi.

Tetapi di dalam perlembagaan kita, akibat kompromi perlembagaan yang berlaku ketika negara mencapai kemerdekaan, maka terdapat beberapa pengecualian di dalam perlembagaan di mana membenarkan diskriminasi itu berlaku.

Contohnya undang-undang syariah. Di bawah perlembagaan, kita berpegang kepada Equality Before The Law, yang bermaksud samarata untuk semua orang.

Tetapi melalui undang-undang syariah, seseorang Muslim itu mungkin bersalah tetapi seseorang bukan Muslim pastinya tidak bersalah di dalam undang-undang syaria. Dan ini bukanlah Equality Before The Law,

Bagaimanapun diskriminasi terhadap perkara ini dibenarkan kerana undang-undang syariah dikecualikan terhadap bukan Islam dalam artikel 8.

“Sebab itu, rakyat kena faham bahawa perlembagaan di negara kita ini merangkumi pelbagai komponen perlembagaan yang disesuaikan dengan situasi negara kita ini. Sebab itu, kompromi perlembagaan negara kita ini ditentukan oleh kita sendiri, bukan orang luar.

Oleh itu dalam kes ICERD ini, implikasinya amat besar terhadap perkara 153 perlembagaan Malaysia yang mana perkara yang dikelaskan sebagai diskriminasi di bawah ICERD itu, telah dijadikan perlembagaan negara  dan telah diterima oleh semua rakyat di negara ini semenjak merdeka,