Saturday, 12 January 2019

KENYATAAN MEDIA MENGENAI LESEN PENDUDUKAN TANAH SEMENTARA



Membalas kenyataan media oleh calon DAP bagi PRK Cameron Highlands, M. Monagaran bahawa antara masalah utama di Cameron Highlands adalah isu para petani yang diberi Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan hanya Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan masalah ini.

Seharusnya beliau ketahui bahawa perihal tanah adalah jatuh dibawah kuasa Kerajaan Negeri seperti yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehingga hari ini, Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada para petani berjumlah 24007.4 hektar atau 3.38% daripada keluasan Cameron Highlands.

Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik. Perihal tanah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Dan Daerah adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Saya turut percaya, ini semua adalah berkaitan dengan kehidupan seharian masyarakat di dalam Parlimen Cameron Highlands.

Kerajaan Negeri Pahang tentunya memberi bantuan sekiranya para petani menurut peraturan-peraturan yang ditetapkan dan selama inipun kita bantu.

Nasihat saya, Encik M. Monagaran perlu mengetahui hal ini sebelum melakukan kenyataan tersebut.

YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail