Saturday, 26 January 2019
Kerjasama Yang Jitu Zahirkan Kemenangan BN Di Cameron Highlands - Hadi Awang
By @MNA at 22:39:00
PRK P078 CAMERON HIGHLAND
Bercakap berkaitan kemenangan BN di PRK Cameron Highlands
Syukur kepada Allah dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih calon beragama Islam bagi mewakili rakyat dan masyarakat majmuk di Parlimen Cameron Highlands.
PAS mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon BN dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Cameron Highlands, dan melihat keputusan ini sebagai perkembangan positif ke arah kerjasama blok pembangkang yang lebih baik.
Kekalahan DAP dan PH dalam PRK ini menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH dalam menunaikan janji mereka, di samping menjadi petanda rakyat menolak budaya politik melampau yang dibawa oleh DAP.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada ahli dan jentera PAS dari seluruh negeri dan negara yang turut membantu dalam kempen PRK Cameron Highlands ini.
Kepada Tuan Ramli Mohd Nor, semoga beliau dapat membawa suara pembela agama, bangsa dan negara dengan sebaiknya di Parlimen.
Related Posts:
Mahkamah Batalkan Kerusi BN Di Cameron Highland BN Failkan Rayuan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional (BN) akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Cameron Highlands. Mahkamah Pilihan Raya di sini mengisytiharkan kem… Read More
KENYATAAN MEDIA RAMLI MOHD NOR CALON BARISAN NASIONAL P078 Saya percaya, rakyat kini sudah mampu menilai kerajaan Pakatan Harapan bahawa wujudnya ketidakadilan dan ketirisan dalam pemerintahannya. Kita memerlukan satu suara baru, suara yang lebih tegas daripada parti pemban… Read More
Kenyataan LKS Mengenai Taraf Kerakyataan Orang Asli Nampak Sangat Dungu KENYATAAN pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengenai taraf kerakyatan Orang Asli amatlah memalukan dan memperlihatkan kedunguan pemimpin itu selama ini. Janjinya untuk membantu Orang Asli mendapatkan taraf kewarganegaraan Malay… Read More
KENYATAAN MEDIA MENGENAI LESEN PENDUDUKAN TANAH SEMENTARA Membalas kenyataan media oleh calon DAP bagi PRK Cameron Highlands, M. Monagaran bahawa antara masalah utama di Cameron Highlands adalah isu para petani yang diberi Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan hanya Kerajaan Pers… Read More
DAP Sentiasa Menampilkan Wakil Rakyat Nomad Beberapa hari lalu kecoh Lim Kit Siang tersekat dalam kawasan orang asli kerana terputus jalan perhubungan. Konon beliau prihatin dengan nasib orang asli.Ini semua kepura-puraan cap ayam sahaja.Dulu kalau kita hendak buat j… Read More