Sunday, 27 January 2019
Projek Leboh Raya Pan Borneo Idea DSNR
By @MNA at 19:25:00
Projek Pan Borneo
Di dalam majlis perasmian jajaran Telok Melano ke Sematan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang berlangsung semalam, Menteri Kerja Raya, Baru Bian sekali lagi mengulangi kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh mantan Perdana Menteri dari Barisan Nasional, Dato’ Seri Najib Razak pada 01 April 2015.
– KERAJAAN PERSEKUTUAN BERSETUJU TIDAK AKAN MENGENAKAN KUTIPAN TOL BAGI LEBUHRAYA PAN BORNEO DI SARAWAK ATAU SABAH.
MENTERI KERJA RAYA, BARU BIAN BERKATA, KERAJAAN BAHARU PAKATAN MEMEGANG PRINSIP IAITU MAHUKAN JARINGAN PERHUBUNGAN INFRA YANG SAMA SEPERTI DI SEMENANJUNG SESUAI DENGAN ASPIRASI RAKYAT SARAWAK.ADVERTISEMENT
“SAYA MENYIFATKAN PROJEK PAN BORNEO INI SEBAGAI SATU PROJEK KEJURUTERAAN TERHEBAT DI KEPULAUAN BORNEO,” KATANYA DALAM MAJLIS PERASMIAN JAJARAN TELOK MELANO KE SEMATAN LEBUH RAYA PAN BORNEO SARAWAK DI SINI HARI INI.
JAJARAN TELOK MELANO SEPANJANG 33 KILOMETER ITU YANG SIAP SEPENUHNYA PADA 4 JANUARI 2019 DENGAN MELIBATKAN KOS RM580 JUTA DIRASMIKAN OLEH KETUA MENTERI SARAWAK, DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG.
KILOMETER 0.00 LEBUH RAYA PAN BORNEO SARAWAK DENGAN KOS KESELURUHAN RM16.49 BILION, BERMULA DI TELUK MELANO DAN JAJARAN BERKENAAN MERENTAS TIMUR TEMPAT LINDUNGAN LIAR SAMUNSAM.
BARU BERKATA, KERJASAMA ERAT ANTARA KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI DALAM MEMBAWA PERUBAHAN LANDSKAP INFRA DI SARAWAK AKAN TERUS DILAKUKAN BERSAMA-SAMA.
BELIAU BERKATA, KEWUJUDAN JAJARAN BERKENAAN MEMBOLEHKAN PELUANG EKONOMI DITEROKA DI KAWASAN BERPOTENSI TERUTAMA DALAM SEKTOR EKOPELANCONGAN DI TELOK MELANO YANG TERLETAK DI HUJUNG SELATAN SARAWAK
KATANYA, PROJEK PAN BORNEO SARAWAK ITU AKAN MEMBUKA BANYAK PELUANG PEKERJAAN KEPADA PENDUDUK TEMPATAN YANG TURUT MENJADI PEMANGKIN KEPADA KEMAJUAN KORIDOR TENAGA DIPERBAHARUI SARAWAK (SCORE).
“SERAMAI 10,300 ANAK SARAWAK TERLIBAT DENGAN PROJEK INI SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM PEMBINAAN SEPERTI KONTRAKTOR, PERUNDING, PEMBEKAL DAN VENDOR,” KATANYA.
UNTUK KESELURUHAN PROJEK PAN BORNEO SARAWAK YANG DIJANGKA SIAP SEPENUHNYA PADA JUN 2021, BELIAU BERKATA, IA MELIBATKAN PEMBINAAN 115 JAMBATAN, 25 PERSIMPANGAN BERTINGKAT, TIGA KAWASAN REHAT DAN RAWAT SERTA ENAM HENTIAN. – BERNAMA
Kenyataan itu memperlihatkan, polisi kerajaan BN terdahulu terus menjadi kesinambungan yang dijadikan asas dalam menggerakkan kerajaan Pakatan Harapan. Semuanya hanya perlu ditukar nama sedangkan idea asalnya dari kerja-kerja mantan PM 6 DSNR.
PH cuma cakap besar bantu rakyat mahu majukan negara konon.