Letaklah Jawatan Menteri ataupun Pengerusi GLC kalau tak suka dengan UMNO
Muhyiddin kata UMNO parti kotor,tapi apabila dia nak jadi Perdana Menteri,sanggup jadikan UMNO sebagai kawan untuk sokong dia.
Muhyiddin hasut orang-orang UMNO untuk lompat dan tinggalkan UMNO bagi memberi kekuatan pada parti dia,dia rasuah Ahli Parlimen UMNO dengan jawatan.
Dia buat apa sahaja untuk menghalalkan jawatan Perdana Menteri untuk dia.
Saya pun tak tahu,berapa tebal kulit muka dia apabila semua rakyat sudah tahu Rasuah Politik yang dia sudah lakukan.
Ahli Parlimen yang lompat,semua dia tolong sehingga tiada kes di siasat dan didakwa.
UMNO berprinsip,apabila tidak sehaluan dengan Muhyiddin, kami tarik sokongan, Parti buat keputusan untuk tidak berkerjasama dengan Bersatu pada PRU 15 dan tarik sokongan kepada Perdana Menteri PPBM.
Apa yang buat Muhyiddin tunggu lagi sekira tidak bersetuju dengan Parti UMNO lagi?
Bulan Jun tahun 2021, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri memberi keyakinan kepada Negara sekira Imuniti kelompok sudah mencapai 80%, PRU 15 akan dilakukan, sekarang sudah capai dan sudah di Booster, kenapa takut menarik sokongan?
PPBM takut kalah, mereka tahu ada banyak kes-kes yang di sorok bawah tikar akan dibongkarkan, kes-kes rasuah Ahli Parlimen yang melompat akan dibongkarkan, ada projek Janawibawa yang diberi kepada Kroni PPBM akan terbongkar, projek Bistari Net akan terbongkar dan banyak lagi.
Penjawat-penjawat awam yang dipaksa menekan pemimpin UMNO akan bongkar semua cerita kezaliman PPBM.
Rakyat akan dibuka mata betapa jahat dan kejinya pemimpin didalam PPBM ketika menjadi Menteri. Tunggu sahaja masanya apabila Institusi Penguatkuatsaan Negara diletakkan semula ke tempatnya tanpa ada campur tangan Politik. Nescaya semua kerakusan PPBM dan PH akan terbongkar.
Apa lagi yang Muhiyddin dan rakan-rakan PPBM nantikan, tidak seorang pun yang berani meletakkan jawatan, mereka semua gilakan jawatan dan akan tunggu sehingga saat akhir penggal. Tiada prinsip !