Sunday, 2 January 2022

ABANG VIVA INSPIRASI MALAYSIA



Saya ikuti maklumat-maklumat yang dilaporkan tentang Abang Viva sama ada oleh pihak media mahupun netizen.


Hari ini baru ada kesempatan untuk menulis sedikit tentang pemuda yang menjadi bualan orang ramai berkenaan.


Banyak perkara menarik saya baca tentang Abang Viva mengenai kisahnya membantu mangsa banjir.


Hanya berbekalkan wang saku RM50, sebuah kereta Perodua Viva dan sebuah bot kecil dari Melaka.


Sehinggakan kisahnya diangkat dalam khutbah Jumaat dan sumbangannya mendapat pujian sidang DUN Melaka. 


Secara umum antara perkara yang dapat dirumuskan mengenai Abang Viva adalah 'budi yang baik dikenang jua'.


Apa yang dilakukannya itu mendapat sanjungan, diingati dan menjadi bualan orang ramai sehingga hari ini.


Ternyata Abang Viva telah memberi sebuah inspirasi baharu kepada rakyat Malaysia tentang kesukarelawanan.


Pemuda bernama Azwan Omar itu juga telah membuktikan kepada semua tentang nilai murni rakyat Malaysia.


Betapa anggota masyarakatnya saling mengambil berat dan prihatin antara satu sama lain.


Pasti berusaha dan berikhtiar membantu mereka yang dalam kesulitan mengikut kemampuan yang ada.


Dan saya percaya ramai lagi rakyat Malaysia seperti Abang Viva terlibat dalam membantu mangsa banjir seadanya.


Sama ada disedari atau kurang disedari kepada semua mereka kita ucapkan terima kasih kerana jasa dan sumbangan.


Semoga kisah-kisah kesukarelawanan seperti ini terus diangkat dan ditonjolkan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Supaya dapat menjadi suatu suntikan semangat untuk dicontohi oleh lebih ramai rakyat Malaysia.


"Sesungguhnya Allah S.W.T tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah S.W.T melihat kepada hati dan amalan kamu"

- Zahid Hamidi 

#abangviva#

kesukarelawanan