Monday, 21 August 2017
DI mana Ada Mahathir Di Situ Timbul Kekecohan - Netizen
By @MNA at 20:20:00
DIMANA ADA MAHATHIR, DI SITU ADA ‘KEKECOHAN’… Begitulah komen ringkas yang diterima dari netizen sejak kebelakangan ini. Ia beri gambaran terhadap bagaimana respon rakyat di negara ini terhadap perilaku bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Selepas menimbulkan kemarahan netizen kerana tidak menjawab secara jujur dalam program Nothing To Hide 2 di Shah Alam pada 13 Ogos lalu, kehadiran Dr. Mahathir ke Kepala Batas, Pulau Pinang pada 20 Ogos 2017 telah menyebabkan keadaan yang hampir sama – huru hara.
Dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah malam itu, seorang remaja lelaki dikatakan dikasari beberapa ahli PPBM yang mahu membawanya keluar daripada perkarangan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) selepas dia mahu memeluk Dr. Mahathir.
Kekecohan kira-kira setengah jam itu juga telah menyebabkan peserta program panik dan bimbang sekiranya perkara sama dalam program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini yang menyaksikan balingan kerusi, kasut dan suar terhadap Pengerusi PPBM itu berulang.
Seorang lelaki yang mendakwa ayah ramaja berkanaan, Faizal, 50-an berkata, anaknya sangat mengagumi Dr. Mahathir dan mahu hadir ke program itu pada malam berkenaan untuk berjumpa dengan pemimpin berkenaan tetapi tidak menyangka perkara sedemikian berlaku.
Menceritakan kejadian itu, lelaki itu yang turut mendakwa yang dirinya sebagai bekas Timbalan Ketua PKR Bahagian Tasek Gelugor berkata, dia enggan pergi ke program berkenaan tetapi anaknya mengajaknya kerana mahu melihat Dr. Mahathir yang juga rakan baik datuknya secara lebih dekat.
“Apa salah anak saya, dia hanya mahu memeluk Dr. Mahathir tetapi mereka tarik dia, cekik dia. Dalam PKR tidak pernah ada macam ini, orang hendaak sokong tetapi kenapa mereka buat anak saya macam penyangak?
“Kita baru hendak terima Dr. Mahathir, beliau fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita tidak boleh terima, kita marah Anwar kenapa terima. Kita baru nak terima tapi tengok dia buat macam ini, adakah kita mahu undi PPBM?” soalnya ketika ditemui pemberita di sini pada malam kejadian.