Monday, 21 August 2017

Rakyat Terima Padahnya Bila Negeri Di tangan Pembangkang


Isu kilang haram di Sungai Lembu, Permatang Pauh, masih lagi menjadi ‘virus’ bagi penduduk setempat. Untuk rekod, seramai 11 orang penduduk kampung dilaporkan positif kanser akibat aktiviti kilang haram tersebut.

Bekas aktivis DAP yang meletakkan jawatan, Shamsher Singh Thind baru-baru ini menggesa Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Guan Eng meletakkan jawatan ekoran terus membenarkan kilang haram pembawa kanser beroperasi di situ.

Parlimen berkenaan merupakan kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini Wan Azizah menjadi wakil rakyat. Guan Eng pula bertindak sebagai pembantu Wan Azizah sementara Pengerusi Pakatan Harapan itu tidak berada di Permatang Pauh.

ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin telah membangkitkan isu ini sejak 2 tahun tetapi tiada tindakan. Namun kilang haram itu tetap dibenarkan beroperasi lebih kurang 10 tahun, dengan melepaskan gas toksik setiap hari.

Surat yang ditulis kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani oleh kerajaan negeri untuk tidak campur tangan ibarat menambah garam pada luka penduduk setempat. Sangat berbeza dengan protes di luar kilang Lynas dan tiada aduan dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar.

Timbul persoalan, adakah perniagaan kilang haram lebih penting daripada kehidupan, keselamatan dan keselesaan penduduk kampung?

Sejak pendedahan berkaitan isu kilang berkenaan, Dr Norlela dipulaukan oleh pemimpin Pakatan Harapan Pulau Pinang termasuk pemimpin PKR. Keluarganya juga turut menjadi mangsa pelbagai gangguan. Sungguh tertekan beliau kini dengan tiada tempat untuk bergantung harap.

Penganalisis politik Lim Sian See dalam pada itu menempelak sistem pembangkang yang menganggap penegak keadilan sebagai penjenayah dan individu yang dipalit dengan amalan rasuah sebagai hero. Ianya merujuk kepada Dr Norlela yang mendedahkan isu berkenaan dan penangkapan Boon Poh oleh SPRM.

_"Penjenayah! Individu yang cuba menghentikan (operasi) kilang haram yang membahayakan kesihatan penduduk kampung._