Monday, 21 August 2017

RCI Terima Keterangan Dari 2 Saksi Baru


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian BNM akibat kegiatan perdagangan mata wang asing dianggarkan kira-kira AS$10 bilion (RM44 bilion) sekitar 1990-an hari ini menerima dua keterangan daripada dua bekas pegawai bank pusat itu.

Dua saksi berkenaan adalah Abdul Aziz Abdul Manaf dan Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin.

Abdul Aziz telah melakukan laporan dalaman mengenai kerugian BNM dalam transaksi mata wang asing dari 1988 hingga 1994 manakala Ahmad Hizzad merupakan antara individu dipertanggungjawabkan bagi melakukan audit kerugian itu secara khusus bagi tahun 1992.

Prosiding yang bermula pukul 9 pagi di Istana Kehakiman itu didengari oleh panel yang dipengerusikan oleh Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Kha­lid dijadualkan memberi keterangan kepada suruhanjaya pada pukul 2 petang