Situasi pembangkang di negara ini yang sentiasa berpecah belah antara penyebab utama pengundi muda mula mendekati Barisan Nasional (BN) menjelang pilihanraya umum.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata ianya menjadi penyumbang kepada perubahan trend sokongan golongan berkenaan kepada parti pemerintah.
“Mereka semakin yakin dengan pemerintahan BN, kerana pemimpinnya yang bersatu, melaksanakan projek kesejahteraan rakyat, merancang masa depan negara dan mampu menjamin kestabilan serta keselamatan negara.
“Selain itu, anak muda juga bosan dengan isu-isu yang dibangkitkan pembangkang kerana ia tidak relevan berbanding isu-isu yang dibawa BN
“Ini sekaligus mendorong kuat pengundi muda untuk bersama BN. Mereka yakin masa depan negara lebih terjamin jika BN terus memerintah Malaysia,” kata beliau dalam blognya hari ini.
Tegas beliau yang juga Bendahari UMNO, golongan berkenaan juga tidak lagi berpegang kepada janji politik yang ditabur pembangkang.
“Selain itu, anak muda tidak boleh menerima ‘politik cauvinis’ yang merenggangkan keharmonian hubungan kaum berbanding dengan BN yang berusaha kuat untuk membentuk bangsa Malaysia yang bersatu,” katanya lagi.
Menurut Salleh, pada PRU-13, sejumlah 41.98 peratus pengundi yang berumur antara 21 dan 40 tahun agak kritikal terhadap kerajaan BN.
“Bagaimanapun perubahan trend dapat dilihat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016 apabila berlaku peningkatan sokongan pengundi muda kepada BN.
“Hal yang sama juga berlaku di Kuala Kangsar iaitu berlaku peralihan sokongan pengundi muda sebanyak 18 peratus kepada calon BN, iaitu daripada 42 peratus dalam PRU-13 kepada 60 peratus dalam PRK tahun lalu,” kata bekas Speaker DUN Sabah itu.