Tuesday, 29 August 2017
Rakyat Perlu Hayati Semangat Pengorbanan Tun Abd Razak.- Sultan Nazrin
By @MNA at 19:45:00
Andainya masih bernafas, Tun Abdul Razak pastinya kecewa melihat senario yang sedang berlaku di dalam negara,” titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Baginda mengungkap kembali kata-kata bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein berkenaan masa depan negara bergantung kepada perpaduan rakyat.
Namun kini, dalam keghairahan mahu mendapat sokongan, parti politik kelihatan semakin cenderung memilih untuk menyalakan bara sensasi isu agama dan perkauman,” titah Sultan Perak.
Menurut baginda, Razak turut menggariskan peranan penting sekolah dalam memupuk perpaduan rakyat melalui aliran pengajian kebangsaan menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang terkandung dalam Penyata Razak.
“Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan kini dilihat semakin gagal memenuhi matlamat untuk sekolah berperanan sebagai taman asuhan menyatupadukan warganya.
“Generasi muda pelbagai kaum yang melalui pelbagai aliran persekolahan, tidak akan berpeluang berinteraksi dan saling mengenali, sebaliknya membesar secara berasingan dalam kelompok kaum masing-masing,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika melancarkan buku ‘Fulfilling A Legacy – Tun Razak Foundation’ terbitan Yayasan Tun Razak (YTR) hasil tulisan Shahreen Kamaluddin di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir, Tun Rahah Mohd Noah, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YTR, Tun Hanif Omar dan Canselor Universiti Tun Abdul Razak, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Tegas Sultan Nazrin, pelbagai gelinciran daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), terutama penyalahgunaan peluang pembahagian kekayaan berlaku.
“Ia mengakibatkan berlaku ketirisan pegangan ekonomi Bumiputera secara besar-besaran yang bukan saja mencetuskan salah faham Bumiputera yang menganggapnya sebagai pilih kasih, malahan juga kemarahan kalangan bukan Bumiputera,” titah baginda lagi.
Sementara itu Sultan Perak meminta rakyat Malaysia menghayati semangat pengorbanan Razak.
“Semoga wawasan dan nilai murni beliau perlu dihayati, dihidupkan dan disemarakkan dalam minda dan jiwa setiap warga Malaysia,” titah baginda.
Related Posts:
Deklarasi Rakyat: Tindakan Ke Atas Anggota UMNO Yang Terlibat Belum Dibincang IPOH, 6 Mac 2016 -- Tindakan ke atas anggota UMNO yang menandatangani deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri belum dibincangkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk… Read More
MCA Reiterates Undivided Support For Najib's Leadership KUALA LUMPUR, March 6 -- MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai today reiterated the party's undivided support for Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to continue to lead the nation.Liow, who is also Transport… Read More
BN Still Strong Although There Are Members Collaborating With Opposition - Najib Datuk Seri Najib Tun Razak (Bernama file photo) KUALA LUMPUR, March 6 (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) is still strong even though some of its members are working with the opposition, said Prime Minister Datuk Ser… Read More
Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Peringkat Negeri Perak - Zahid Perasmian serentak mesyuarat cawangan peringkat negeri Perak diadakan pada 6/3/2016 , disempurnakan oleh YAB DATO' SERI DIRAJA DR AHMAD ZAHID B HAMIDI Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO..berlangsun… Read More
Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru Akan Diteruskan, Kata Najib ISKANDAR PUTERI, 6 Mac ~ Kerajaan pusat akan meneruskan Projek landasan berkembar Gemas-Johor Bahru, kata Perdana Menteri."Sukacita saya mengesahkan kerajaan pusat akan meneruskan projek ini sebagaimana yang telah di… Read More