Wednesday, 23 August 2017
Hukuman Penjara 18 Bulan Keatas Rafizi Kekal
By @MNA at 18:59:00
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 18 bulan terhadap Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli yang didapati bersalah mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden PKR, terhadap sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan pada 14 Nov 2016.
Azman bagaimanapun melepaskan dan membebaskan Mohd Rafizi, 40, daripada sabitan dan hukuman penjara 18 bulan bagi pertuduhan memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Dalam penghakimannya hakim itu berkata, hukuman 18 bulan yang dijatuhkan tidak terlalu berat selepas mengambil kira hukuman minimum bagi kesalahan itu ialah kurang daripada satu tahun dan maksimum tujuh tahun.
Azman turut membenarkan permohonan Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Mohd Rafizi untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan kes berkenaan di Mahkamah Rayuan selesai dan mengekalkan jaminan RM20,000.....