Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Konvensyen Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Konvensyen anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu dihadiri Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, timbalan menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi serta kira-kira 10,000 ahli JKKK dan JKKKP seluruh negara.

Turut hadir JKKK dan JKKKP dari Parlimen Parit Buntar yang segak berbaju koperat biru.
Ketika sesi ucapan Perdana Menteri mengumumkan beberapa berita baik untuk semua. Seperti kad diskaun dan insuran demi menjaga kebajikkan JKKK dan JKKKP.

Pada majlis itu, perdana menteri turut menyampaikan Anugerah Desa Perdana 2017 peringkat kebangsaan sebagai acara kemuncak bagi mengiktiraf kampung yang menyertai pertandingan itu.
Pertandingan Anugerah Desa Perdana tahun ini melibatkan semua negeri di Malaysia dalam tiga kategori iaitu Kampung Tradisional, Kampung Orang Asli dan Rumah Panjang.
Program itu adalah bagi menghargai dan mengiktiraf kepimpinan cemerlang di peringkat kampung yang telah berusaha bersungguh-sungguh mentadbir kampung masing-masing secara bermuafakat.