Saturday, 26 August 2017
Kerajaan Pusat Tolak Projek Tambakan Laut Jika Menjejaskan Pendapatan Rakyat
By @MNA at 20:47:00
Kerajaan Persekutuan tidak akan menyokong projek tambakan laut di Pulau Pinang sekiranya ia akan memberi kerugian yang besar sehingga menjejaskan punca pendapatan rakyat di kawasan terlibat.
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan persekutuan mempunyai pendirian dalam meluluskan sesuatu projek dan bukanlah menolak semata-mata atas dasar fahaman politik.
"Projek tebus tanah seluas 4,500 ekar (1,800 hektar) yang hendak dilaksanakan kerajaan negeri, saya kira projek seperti ini mesti penuhi syarat-syarat, saya tidak mahu pendirian kerajaan persekutuan disalah erti semata-mata atas dasar atau motif politik.
"Kita menolak sesuatu cadangan kerajaan negeri bukan kerana kerajaan negeri daripada parti pembangkang, ini bukan pendirian kita," ucap beliau pada majlis Jamuan Rakyat anjuran UMNO Bahagian Balik Pulau di Politeknik Balik Pulau di sini, hari ini.
Beliau berkata, buktinya, banyak projek pembangunan telah dibawa ke Pulau Pinang walaupun ia di bawah kepimpinan parti pembangkang.
Najib berkata antara kriteria utama yang mesti dipertimbangkan sebelum meluluskan sesuatu projek pembangunan ialah sebarang projek mestilah tidak memberi impak dan kerugian yang besar kepada masyarakat setempat, mesra dan lestari alam serta menjimatkan perbelanjaan rakyat.
"Dalam hal ini (projek tambakan laut) 1,500 nelayan, kalau jalankan projek ini, ibarat mencampak pasir ke dalam periuk nasi nelayan, (jadi) tidak patut dilaksanakan.
"(Jadi) Nelayan jangan bimbang, kalau merugikan rakyat, kerajaan persekutuan tidak akan sokong (projek tambak laut)," katanya.
Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan pelaksanaan projek tambakan laut seluas kira-kira 1,800 hektar di Permatang Damar Laut di sini bernilai RM46 bilion bagi membina tiga pulau buatan untuk tujuan pembangunan.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata Barisan Nasional (BN) yakin akan dapat mempertahankan kerusi Parlimen Balik Pulau dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam parlimen berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya yakin rakyat Balik Pulau sudah tahu bagaimana untuk pilih dan gunakan kuasa apabila sampai masanya.
"Di peringkat pusat kita tahu kita mesti baca isi hati orang sini, dalam pilih calon, mesti sesuai dengan isi hati rakyat Balik Pulau," katanya. - Bernama
Related Posts:
Langkah Keselamatan Perlu Dipertingkat Untuk Cegah Kebocoran Maklumat - Salleh KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada Isnin menggesa agar langkah keselamatan dipertingkatkan bagi mencegah kebocoran maklumat yang boleh mengancam keselamatan negara.Beliau … Read More
Rumah Terbuka Raya Bukan Alasan Untuk Makan Semua Syawal menjelang mengantikan Ramdhan. Bulan yang dinanti-nantikan beri pelbagai keberkatan dan kegembiraan kepada seluruh umat manusia. Sekejab sahaja rasanya masa berlalu.. anak- anak pelajar sudah kembali ke kuliah.… Read More
#UMNO Batu Sapi Nafi 600 Ahli Keluar Parti SANDAKAN – UMNO Batu Sapi menafikan 600 ahlinya keluar parti berikutan tindakan Majlis Tertinggi (MT) menggantung keahlian bekas Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Ketua Bahagiannya, Datuk Samsudin Yahya k… Read More
#BUBAR DUN PENANG: Rahman Dahlan Terkejut Cadangan Pilihan Raya Mengejut DAP PETALING JAYA: Datuk Abdul Rahman Dahlan melahirkan rasa terkejut mengenai cadangan pemimpin DAP Pulau Pinang untuk mengkaji kemungkinan mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur tahap sokongan rakyat terhadap Ket… Read More
Merindui Ramadan Dan Menyambut Syawal - PM Najib Dalam kemeriahan kita kini menghampiri seminggu menyambut Syawal, ada juga sedikit rasa rindu kepada Ramadan yang telah berlalu. Banyak ibadah yang hanya boleh kita jumpa di bulan penuh keberkatan ini seperti tarawih dan… Read More