Monday, 21 November 2016

Manfaatkan Perhimpunan Agung UMNO Untuk Fokus Perjuangan Bangsa

Image result for dato seri tajudin dan umno]

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman melahirkan harapan agar Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap perwakilan dan pemimpin parti untuk kembali fokus kepada agenda perjuangan parti.

Jelasnya, perjuangan tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kembali mengangkat martabat orang Melayu dari segi ekonomi, sosial, pembangunan dan pendidikan tanpa mengabaikan bangsa lain.

“UMNO telah lama berjuang dan telah pun mencapai kejayaan yang amat baik dan boleh dibanggakan. Kemiskinan telah dapat diatasi, kehidupan rakyat semakin selesa dan sejahtera, anak Melayu dapat belajar sehingga peringkat tinggi dalam bilangan yang ramai.

“Tidak boleh nafikan kejayaan ini. Pembangunan insfratuktur di luar bandar juga sangat baik namun begitu dari segi kedudukan ekonomi orang Melayu berbanding kaum lain, kita masih jauh ketinggalan. Kita masih tidak capai 30 peratus penguasaan ekonomi. Peniaga Melayu masih di peringkat IKS iaitu industri kecil dan sederhana,” ujarnya beliau.

Tambah Tajuddin, hanya segelintir anak melayu yang berjaya di peringkat tinggi dan ia boleh dibilang dengan jari. Apa yang membimbangkan adalah kaum Melayu akan semakin jauh ketinggalan pada masa akan datang jika dibandingkan dengan kaum lain yang terus memacu ke hadapan dengan begitu hebat.

“Ini adalah kenyataan yang harus kita terima. Ia tidak boleh dinafikan. Kerana itu perhimpunan kali ini harus kembali dipusatkan kepada agenda perjuangan parti dengan mengembalikan ketuanan orang Melayu dalam negara ini iaitu kembali memartabatkan penguasaan Melayu dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan.

“Kita tidak boleh lagi sibuk berpolitik setiap masa sehingga meletakkan urusan agenda perjuangan ini di peringkat bawah. Sedarlah semua orang UMNO di semua peringkat, kita harus menang dalam pilihan raya kerana kita perlu kuasa. Dengan ada kuasa kita membentuk kerajaan dan kita perlu kerajaan untuk menjayakan agenda perjuangan kita ini,” tegasnya lagi.

Related Posts:

  • Marina Chin Ditahan Bawah Akta SOSMA Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Peguam Latheefa Koya, ketika dihubungi BH, sebentar tadi mengesahkan perkara itu. Latheefa berkata,… Read More
  • Merah Dan Kuning Tetap Mara Walaupun Tanpa Ketua Walaupun tanpa ketua masing-masing yang sudah ditahan pihak polis semalam, penyokong BERSIH 5 dan Baju Merah tetap meneruskan himpunan mereka dengan penyokong kedua-dua kumpulan mula membanjiri ibu kota Kuala Lumpur pada… Read More
  • Guru Terbabit Bersih Akan Dikenakan Tindakan – Menteri PendidikanKUALA LUMPUR - Guru yang didapati menyertai perhimpunan Bersih yang dijadual berlangsung Sabtu ini akan berhadapan tindakan disiplin, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.Beliau berkata tindakan tatatertib yang a… Read More
  • Polis Mulakan Operasi Membersih BERSIH. Polis menepati janji selepas amaran tidak diendahkan oleh penganjur BERSIH 5 apabila melakukan beberapa siri tangkapan terhadap pemimpin dan penyokong yang menjadi tulang belakang kumpulan itu pada Jumaat. Tangkapan melib… Read More
  • Rafizi Hilang Populariti Di Bersih 5 AYAM TAMBATAN pemimpin utama pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Rafizi Ramli agak kurang menonjol dan nampak sepi pula pada himpunan Bersih 5.0 kali ini. Walaupun dia merupakan tunjang utama pembangkang selaku S… Read More