Saturday, 19 November 2016

Marina Chin Ditahan Bawah Akta SOSMA


Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Peguam Latheefa Koya, ketika dihubungi BH, sebentar tadi mengesahkan perkara itu. Latheefa berkata, peguam Eric Paulsen dan Melissa Sasidaran tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Maria Chin sejak beliau ditahan di Pejabat Bersih di Petaling Jaya, petang semalam. 

Sementara itu, pemimpin kumpulan Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Yunos bersama dua yang lain iaitu Ariffin Abu Bakar dan Abdul Razak, direman empat hari berhubung kekecohan di Ampang Point, Ahad lalu. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Izwan Mohd Noh selepas Jamal dibawa ke mahkamah di sini, sebentar tadi. Diiringi anggota polis, ketibaan Jamal pada kira-kira jam 1.35 tengah hari itu turut disertai peguamnya, Nasser Yusof dan Khairul Anuar Kashim. 

Semua pemimpin Bersih yang ditahan polis semalam kini direman dua hari bermula hari ini. Mereka adalah Ronnie Liu Tian Khiew; Mandeep Singh Karpal Singh; Muhammad Luqman Nul Haqim Zul Razali, S Arutchelvan; Wong Chee Wai @ Jimmy Wong; Anis Syafiqah Md Yusof dan Muhamad Safwan Anang. Pemimpin baju merah lain, Hairol Nizam Md Nor dan Razali Zakaria masih dalam proses reman. 

Polis juga menahan seorang lagi pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Arman Azhar Abu Hanafiah, 41, dan aktivis Bersih 5, Howard Lee Chuan How. Arman ditahan sepasukan polis di Padang Merbok, di sini, ketika berkumpul bersama-sama penyokong Baju Merah manakala lokasi penahanan Howard tidak dapat dipastikan. 

Kedua-dua mereka kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, untuk siasatan mengikut Seksyen 511 Kanun Keseksaan atas kesalahan percubaan untuk melakukan kesalahan dan Seksyen 147 kanun yang sama atas kesalahan melakukan rusuhan

Related Posts:

  • Berapa Dividen KWSP 2020 ? Dividen KWSP tahun 2020 akan diumumkan tidak lama lagi.DS Najib meramalkan KWSP akan umum dividen yang sama atau lebih tinggi berbanding dividen ASB sebanyak 4.25% diumumkan beberapa bulan dahulu.DS Najib berkata KWSP a… Read More
  • Ebit Lew Beli 500 Gajet Untuk Pelajar Hadapi PDPR Hasil Sumbangan TMJ Bersama ayat yang sentiasa diucapkan Ustaz Ebit Lew berkata " Doakan ya. "Terima kasih TMJ. Saya gunakan wang sumbangan beli 500 tablet untuk 500 pelajar bagi mengikuti kelas online.Ustaz Ebit Lew menggunakan wang sumba… Read More
  • RM 10,000 Jumlah Kompaun Meresahkan Rakyat - DS Zahid HamidiMenyedari rakyat kini terkesan dengan pendemik Covid 19 kompaun RM10,000 yang akan dikenakan kepada individu yang melanggar SOP pencegahan Covid-19 bermula 11 Mac 2021 menimbulkan keresahan rakyat. DS Zahid berkata perat… Read More
  • Batch Pertama Vaksin Covid 19 Tiba Di Malaysia Pagi yang baik hari ini, 21 /2/2021 Malaysia telah menerima 312,390 dos vaksin jenis Pfizer-BioNTech.Batch pertama ini cukup untuk 156,195 orang sebab setiap penerima vaksin jenis ini memerlukan dua dos.Namun perjanjian… Read More
  • Rosakkan UMNO Serang Presidennya. Tanggal 9 Mei 2018 musuh tertawa melihat 'rumah agam' UMNO roboh. Puas hati melihat ahli UMNO yang setia kesedihan. Yang kurang setia bagai ayam disambar helang. Takdir ilahi aku dipilih mengenggam bara api pe… Read More