Saturday, 27 February 2021

RM 10,000 Jumlah Kompaun Meresahkan Rakyat - DS Zahid Hamidi


Menyedari rakyat kini terkesan dengan pendemik Covid 19 kompaun RM10,000 yang akan dikenakan kepada individu yang melanggar SOP pencegahan Covid-19 bermula 11 Mac 2021 menimbulkan keresahan rakyat. 


DS Zahid berkata peraturan baharu itu jika dilihat dengan mata kasar bersifat tegas, tetapi kita khuatir ia akhirnya akan mengundang kemarahan ramai. 


Menurut DS Zahid kita memahami kehendak kerajaan yang mahukan rantaian Covid-19 diputuskan segera dan ia memerlukan tindakan yang ketat.


Namun, kompaun yang begitu tinggi seperti menjerat leher rakyat yang kini sedang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi. 


Terima kasih kerajaan atas pengeluaran I-Sinar sebanyak RM10,000, I-Lestari RM500 sebulan, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan PERMAI.


Namun ramai mula menyindir mungkinkah bantuan itu akhirnya terpaksa dipulangkan sekiranya mereka secara tidak sengaja terlanggar SOP COVID-19. 


Kita semua sedar rakyat sedang berdepan ketidakmampuan ekonomi ditambah pula kadar pengangguran yang tinggi. 


Jika kompaun sebanyak RM10,000 dikenakan, berapa bulankah gaji bulanan yang diperlukan mereka untuk membayar denda berkenaan?


Masalah lain dikhuatiri berlaku pertelingkahan antara individu yang dikompaun dengan pihak penguatkuasa. 


DS Zahid percaya mana-mana individu menyedari didenda sebanyak RM10,000 pasti akan berasa marah.


Kita faham denda bertujuan untuk mendidik, tetapi bukan alasan untuk menekan hidup rakyat yang sedia ada dalam kepayahan.