Tuesday 9 February 2021

Ebit Lew Beli 500 Gajet Untuk Pelajar Hadapi PDPR Hasil Sumbangan TMJ


 

Bersama ayat yang sentiasa diucapkan Ustaz Ebit Lew berkata " Doakan ya. "

Terima kasih TMJ. Saya gunakan wang sumbangan beli 500 tablet untuk 500 pelajar bagi mengikuti kelas online.

Ustaz Ebit Lew menggunakan wang sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumlah RM200,000 membeli sebanyak 500 unit gajet.


Beliau berkata, kesemua gajet berkenaan akan diagihkan kepada pelajar memerlukan bagi menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan," katanya dalam hantaran terbaharu menerusi Facebook miliknya pada Isnin.


Pada 5 Februari lalu, Tunku Ismail  Tengku Mahkota Johor berkenan menerima kunjungan Ustaz Ebit  Lew dan menyampaikan sumbangan peribadi RM200,000 kepada Ustaz Ebit Lew  di Istana Bukit Pelangi.


Dalam pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor menzahirkan rasa kagum dengan usaha Ebit dalam menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh negara termasuk Johor.