Katanya, perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi biarpun dikatakan perhimpunan ini aman tetapi sekiranya berlaku apa-apa dalam perhimpunan tersebut dan ia melibatkan anak kecil maka siapa yang perlu dipersalahkan.
“Saya lihat banyak gambar-gambar ibubapa yang membawa anak kecil ke perhimpunan haram semalam. Ini satu tindakan yang tidak boleh dikompromi langsung kerana cukup membahayakan.
“Maka tindakan sewajarnya perlu dilihat dalam konteks mereka yang bawa anak kecil ke perhimpunan haram ini. Sebagai seorang ibu, saya melihat itu satu tindakan yang sangat tidak wajar dan tidak boleh dikompromi sama sekali,” ujarnya dalam sidang media selepas merasmikan perdebatan umum sempena Gelanggang Mega Adinda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Selain itu beliau turut merakamkan penghargaan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana berjaya mengawal keadaan dengan amat baik sekali.
Mengulas berkaitan program Mega Adinda pula jelas Mas Ermieyati, hasil perdebatan ini akan dibawa kepada pembahas-pembahas negeri untuk dilihat sebagai satu point atau solusi yang boleh diangkat dan dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 29 November sehingga 3 Disember ini.
“Hasil debat ini sebenarnya boleh diingat dan dibawa untuk perhatian pihak kementerian-kementerian atau agensi lain yang berkaitan.
“Pentas debat yang berpegang kepada prinsip setuju kepada tidak setuju ini menyentuh empat topik dalam bahasa Melayu dan Inggeris meliputi topik ekonomi, pendidikan sosial, undang-undang, agama dan politik.
“Pentas ini juga akan memupuk keyakinan wanita muda untuk tampil di khayalak ramai dalam menyuarakan pendapat dengan lebih matang dan berani,” katanya lagi. – MediaUMNO