Saturday, 19 November 2016
Polis Mulakan Operasi Membersih BERSIH.
By @MNA at 14:29:00
Polis menepati janji selepas amaran tidak diendahkan oleh penganjur BERSIH 5 apabila melakukan beberapa siri tangkapan terhadap pemimpin dan penyokong yang menjadi tulang belakang kumpulan itu pada Jumaat.
Tangkapan melibatkan pelbagai pihak, termasuk aktivis, ahli politik dan pelajar dan mereka ditahan atas pelbagai peruntukan undang-undang.
Terdahulu, awal petang tadi polis menyerbu pejabat BERSIH dan menangkap pengerusinya, Maria Chin Abdullah dan seorang ahli jawatankuasanya, Mandeep Singh Karpal bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Serbuan yang dibuat bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu turut merampas 10 komputer riba serta beberapa dokumen penting milik BERSIH.
Kedua-dua mereka difahamkan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas dua jam serbuan dilakukan dengan kakitangan BERSIH tidak dibenarkan keluar daripada premis mereka.
Setakat ini, 9 tangkapa sudah ditangkap termasuk Maria dan Mandeep, 7 lain individu adalah Ahli Parlimen DAP Seremban Anthony Loke, bekas exco Selangor Ronnie Liu, aktivis pelajar Luqman Nul Hakim Zul Razali, Ahli Jawatankuasa PSM S Arutchelvan, dua ahli DAP Jimmy Wong dan Lee Khai Ming.
BERSIH didakwa menerima dana besar daripada Open Society Foundation, yang diasaskan hartawan George Soros.
Kumpulan itu merancang untuk mengadakan perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka esok, manakala Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengetuai Baju Merah, berikrar akan mengadakan himpunan balas pada hari yang sama.
Kedua-dua himpunan tersebut tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga permit daripada polis.
Related Posts:
Tidak Akan Terikut Permainan Politik Tidak Bermoral Bekas Pemimpin Negara - Najib YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan terikut dengan permainan politik tidak bermoral dan biadap oleh seorang bekas pemimpin negara. Sebagai perdana menteri, Najib berkata beliau perlu menjaga dan m… Read More
Bajet Wayang Guan Eng Di Pulau Pinang Semalam, Guan Eng membentang bajet untuk negeri Pulau Pinang. Keseluruhannya, bajet yang dibentang Guan Eng itu penuh dengan wayang opera semata mata. Tidak ada langsung peruntukan untuk masalah tanah runtuh, masalah keses… Read More
Kehadiran Datuk Seri Najib Di Kedah Disambut Meriah Suasana di Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah, kira-kira 12km dari bandar ALor star bagai berpesta hari ini apabila mereka dikunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang melakukan lawatan sehari ke Kedah.Pemi… Read More
Tentera Siber UMNO Perlu Tangani Persepsi Negatif Terhadap Kerajaan - TPM Zahid Tentera siber UMNO perlu proaktif menangkis sebarang persepsi negatif terhadap kerajaan dan parti khususnya yang boleh menjurus kepada pembunuhan karakter pemimpin yang giat dijalankan pihak-pihak tertentu, kata YAB… Read More
Kerajaan Telah Berikan Pendidikan Rendah, Menengah Percuma - Shamsul Anuar Pendidikan negara dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah boleh dikategorikan sebagai percuma kerana kerajaan membiayai kos pendidikan pada kedua-dua peringkat itu, kata Anggota Parlimen Lenggong, Perak, Datu… Read More