Wednesday, 1 November 2017

Kerajaan Telah Berikan Pendidikan Rendah, Menengah Percuma - Shamsul Anuar


Pendidikan negara dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah boleh dikategorikan sebagai percuma kerana kerajaan membiayai kos pendidikan pada kedua-dua peringkat itu, kata Anggota Parlimen Lenggong, Perak, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Shamsul Anuar berkata rakyat hanya perlu membayar beberapa yuran yang ditetapkan oleh pihak persatuan ibu bapa dan guru.

"Cuma di peringkat pendidikan tinggi sahaja perlu mereka bayar. Itupun masih lagi bergantung kepada inisiatif kerajaan untuk memastikan bagaimana rakyat mampu meneruskan pendidikan di peringkat tinggi melalui biasiswa dan pinjaman yang diberikan.

"Tidak benar jika dikatakan tidak ada langsung pendidikan percuma di dalam negara ini. Melalui PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sendiri juga mengecualikan pembayaran balik pinjaman kepada mereka yang cemerlang," katanya ketika menjadi tetamu program khas Bicara Bajet 2018 yang disiarkan di TV1, malam ini.




Program dihoskan Datuk Dahlan Maamor itu turut menjemput anggota Anggota Parlimen Kota Melaka (DAP), Sim Tong Him bagi membincangkan Bajet 2018 dan Bajet Alternatif oleh Pakatan Harapan yang dibentangkan baru-baru ini bagi sektor pendidikan.....