SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERKENAAN
ROS DIDESAK BATALKAN PENDAFTARAN DAP
Pelbagai pihak menuntut agar ROS SEGERA batalkan pendaftaran DAP kerana parti chauvanis itu ternyata boleh mengancam keselamatan dan keharmonian hubungan kaum dengan kenyataan-kenyataan busuk dan subversif sejak kebelakangan ini.
Jika perlu ambilalih sahaja kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan haram DAP-PKR-PAN dengan menggunakan kuasa-kuasa khas yang ada demi menjamin kestabilan politik dan kesejahteraan ekonomi negara.
Kami menyokong sepenuhnya pengambilalihan demi memelihara legasi yang diwarisi oleh kita sejak negara mencapai kemerdekaan, sebab saya ingin melihat negara kita ini kekal aman, makmur dan damai.
Kami membuat permintaan di atas bukan sebab terlalu ikut emosi. Kami tidak mahu Pulau Pinang digunakan sebagai pengkalan (launching pad) penjajahan, untuk DAP merancang dan meruntuhkan keharmonian pelbagai kaum di negara ini dengan menggunakan segala aset-aset negeri.
PM dan Kerajaan sepatutnya memikirkan kepentingan rakyat dan negara secara total. Maka kami merayu supaya Kerajaan Pulau Pinang diambil alih dengan serta merta demi menjamin keselamatan negara dan keharmonian kaum di negara ini berterusan untuk selama lamanya.
Kami juga ingin memberi amaran keras kepada Kerajaan Republik Rakyat China (RRC), supaya tidak masuk campur tangan dalam urusan politik Malaysia dengan memberi sokongan moral kepada DAP kerana kami sedia maklum bahawa tindakan kurang ajar DAP sejak kebelakangan ini adalah kerana mereka mendapat restu dari kamu. Anda boleh membuli negara seperti Filipina di Spratly Islands tetapi bukan Malaysia. No Way!!!
Kami menjadi saksi semasa Himpunan Baju Merah di depan pintu gerbang Petaling Street, kami nampak beberapa orang pegawai Kedutaan China dengan YB Ronnie Lui, ketua mafia Cina Malaysia berada di situ konon memantau perkembangan..
#BarisanBertindakRakyatMalaysia