Monday, 30 September 2019
Veteran UMNO PAS Sokong Siapa Sahaja Calon DiPilih BN Di Tanjung Piai
By @MNA at 22:49:00
Muafakat Nasional sudah menampakkan keserasiannya. Sepakat Veteran Umno PAS membuat keputusan untuk memberi sokongan kepada siapa saja calon yang akan dipertaruhkan BN pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai.
Pengerusi Veteran Umno, Othman Desa, berkata sama ada calon dari MCA ataupun Umno yang akan dipertaruhkan, pihaknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan BN tentukan.
"Kita Veteran (Umno) akan ikut keputusan pemimpin di atas, itu pendirian kita.
"Apa yang diputuskan pemimpin di atas kita terima, kita akan bantu calon Muafakat Nasional tak kira siapa," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat antara Veteran Umno dan Assabiqun PAS di Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Assabiqun PAS, Subky Latif dan Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub.
Pada 26 September, Ketua MCA Bahagian Kapar Song Kee Chai dan ahli-ahlinya berikrar untuk keluar dari parti jika Umno meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.
Menegaskan bahawa kerusi itu secara tradisinya dimiliki oleh MCA, Song berkata bahawa jika Umno meletakkan calon, maka MCA harus meletakkan calon sendiri di kawasan itu.
"Biar mati berdiri dari hidup melutut. MCA perlu hidup dengan bermaruah!" katanya seperti dipetik oleh akhbar Cina Sinchew Daily.
Kesepakatam semua pihak adalah amat diperlukan untuk menguasai undi di Tanjung Piai. Elakkan perbalahan kerana hanya akan merugikan parti.
#PRKTanjungPiai
Related Posts:
DAP Guna Strategi Zionis PecahBelahkan Parti Melayu Jelas dan terang DAP menggunakan strategi ala Zionis untuk memecah belahkan parti Melayu bagi memastikan matlamat politik mereka untuk mentabdir negara ini tercapai. Strategi DAP ialah dengan mempengaruhi parti… Read More
Mansuhkan Tol : Pembangkang Terbukti Berjanji Kosong Dan Hipokrit Sahaja Semalam, empat plaza tol telah dihentikan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau (Shah Alam), Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) (Johor Bahru) atas inisiatif kerajaan Barisan Nas… Read More
Model Ekonomi Malaysia Ditiru Kerana Ianya Berada Di Landasan Yang Betul Di Iran sekarang, rakyat turun ke jalan untuk berdemonstrasi buat hari kelima. Sudah 13 orang terbunuh, ratusan yang lain ditahan dan media sosial terus disekat. Di Iran, kadar pengangurannya adalah 12.6%, atau 10.2 juta… Read More
Ingat Malaysia Negara Kartun Suka Hati Tukar-Tukar PM Pakatan Harapan diminta jangan buat Malaysia seperti negara kartun untuk melantik Perdana Menteri sementara dan menukar ikut sesuka hati mereka sahaja. Semua pihak termasuk pembangkang harus mematuhi undang-undang dan pe… Read More
Dapatkan RM200 Untuk Bayi Menerusi ADAM50 Klip video penerangan mengenai kepentingan Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) dikongsi Datuk Seri Najib Razak, menerusi akaun Facebook beliau, hari ini.Klip video selama kira-kira enam minit itu, memaparkan pe… Read More