Thursday, 3 October 2019
Penat Jatuhkan BN Jika PH Juga Mahu laksanakan GST!
By @MNA at 18:48:00
Alang-alang nak bawa balik GST baik naikkan balik kerajaam BN.
Apa lojiknya rakyat tolak BN sebab GST, sekarang PH nak wujudkan kembali GST?
Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi reaksi ringkas, namun cukup menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikutan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sedia mengkaji semula pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Sindiran itu seolah-olah ditujukan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sebelum ini popular apabila tersebar video beliau menyanyikan lagu kanak-kanak, ABC yang diselitkan dengan sebutan GST sebelum kerajaan bertukar.
ABCD...GST.," menurut Najib dalam akaun Twitter beliau hari ini.
Hari ini, Dr. Mahathir berkata kerajaan sedia kaji semula pelaksanaan GST apabila ditanya pemberita dalam satu majlis untuk mengulas saranan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) supaya memperkenalkan semula cukai tersebut pada kadar lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.
“Kalau itu kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST,” ujar Perdana Menteri seperti yang dilaporkan oleh media secara meluas.
GST diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) bermula 1 April 2015 pada kadar enam peratus, namun dihapuskan oleh kerajaan PH selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Related Posts:
PM Najib Lancar Digital Langkawi 2017 LANGKAWI - YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Digital Langkawi 2017, satu inisiatif untuk memangkinkan pembangunan ekonomi digital Kedah, di sini. Di bawah program ini, pelbagai inisiatif… Read More
Gunakan Pengangkutan Awam Elak Kesesakkan Para peminat sukan yang menyaksikan acara pembukaan temasya Sukan SEA 2017 (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil disaran menggunakan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas Rapid … Read More
PM Najib Mahu Pengundi Permatang Pauh Buat "U-Turn" Kepada BN YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah tiba masanya bagi pengundi di Permatang Pauh membuat perubahan dengan memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.Beliau berkata parti pemban… Read More
Ikon Baharu 1Malaysia Negaraku Diperkenal PUTRAJAYA - Ikon baharu 1Malaysia Negaraku diperkenalkan hari ini sebagai simbol pengukuhan mesej dan platform khusus bagi memupuk perpaduan negara. Ikon baharu 1Malaysia yang menggabungkan Jalur Gemilang dan Negaraku … Read More
Jangan Biarkan PM Berseorangan Tangani Tohmahan - TPM Zahid YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta rakyat khususnya anggota UMNO supaya tidak membiarkan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersendirian dalam menghadapi pelbagai toh… Read More