Friday, 4 October 2019
GST Lebih Baik Dan Telus Banding SST - Najib Razak
By @MNA at 14:56:00
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyebabkan mereka terpaksa menjual harta benda bagi menampung kekurangan kewangan negara ketika ini.
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, kini terbukti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah lebih baik daripada (SST).
Katanya, tindakan memansuhkan GST pada September lalu menyebabkan kerajaan kehilangan sebanyak RM24 billion setahun.
Menurut beliau, kebaikan GST turut diakui oleh Persekutuan Pengilang- pengilang Malaysia (FFM) kerana mereka mendapat pengecualian dan input cukai bagi barang yang mereka eksport.
"Tindakan memansuhkan GST juga telah menyebabkan kerugian di mana berlaku ketirisan.
"GST lebih telus di mana mereka yang berada membayar lebih dan mereka yang kurang berada akan mendapat faedah kerana banyak barang dikecualikan daripada GST," katanya.
Datuk Seri Najib Razak bersarapan pagi bersama-sama masyarakat Tanjung Piai, di Warung Farhan Rimba Terjun.
Related Posts:
Rafizi Hilang Populariti Di Bersih 5 AYAM TAMBATAN pemimpin utama pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Rafizi Ramli agak kurang menonjol dan nampak sepi pula pada himpunan Bersih 5.0 kali ini. Walaupun dia merupakan tunjang utama pembangkang selaku S… Read More
Pihak UMNO Mohon Maaf Kepada Rakan Media Berhubung Salah Faham di Konvensyen UMNO Pahang KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa menyatakan rasa dukacitanya di atas insiden yang melibatkan para wartawan ketika berlangsungnya Konvensyen UMNO Pahang baru-baru ini, sehingga menarik perhat… Read More
Manfaatkan Perhimpunan Agung UMNO Untuk Fokus Perjuangan Bangsa] KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman melahirkan harapan agar Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seti… Read More
Pendapatan KWSP Meningkat Hampir 30 Peratus KUALA LUMPUR: Pendapatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat sebanyak 29.21 peratus kepada RM12.32 bilion dalam suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2016, daripada RM9.54 bilion yang dicatatkan dalam suku yan… Read More
Bawa Anak Kecil Ke Perhimpunan Haram, Satu Tindakan Tidak Boleh Dikompromi KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyelar tindakan peserta Bersih 5.0 semalam yang membawa anak kecil ke perhimpunan tersebut yang dianggap sebagai satu tindakan tidak boleh … Read More