Sunday, 29 September 2019
Objektif Tidak Tercapai Jangan Salah Guru, Kursus Pendidikan Seni Dalam Bahasa Cina
By @MNA at 12:48:00
Apalah nak jadi…selama 20 tahun lebih mengajar, sudah beratus kali pergi kursus, inilah kali pertama hari ini dalam sejarah pergi kursus penceramah bagi ceramah 100 peratus dalam bahasa Cina (Mandarin).
“Padahal pergi kursus atas tiket Pendidikan Seni. Guru-guru yang pergi ada ramai guru Melayu, India, Cina,”
Komen seorang guru yang menggunakan nama samaran Sirna Mnm di akaun Facebook miliknya, guru berkenaan yang telah menjadi pendidik selama 20 tahun ternyata terkejut dengan keadaan tersebut.
Jelas Sirna Mnm, walaupun disediakan penterjemah bahasa dalam kursus itu namun terjemahan yang dilakukan didapati tidak tepat dengan maksud sebenar.
“Ada penterjemah tapi lima minit penceramah bercakap, dia terjemahkan empat atau lima patah perkataan sahaja.
“Habis itu macam mana. Memang objektif tak tercapai la,” katanya.
Tambah Sirna Mnm lagi, dia tidak boleh pulang dari kursus itu kerana bimbang arahan supaya menulis surat tunjuk sebab.
“Tunggu sahajalah sampai habis, ambil sijil balik dengan kepala kososng. Apa pun tak dapat.
“#Pergi kursus konon peningkatan guru seni, tapi penerangan dalam bahasa Cina (Mandarin)…kau rasa?” katanya kesal.
Dalam status sama, guru berkenaan turut memuat naik beberapa tanda pagar iaitu #hariinidalamsejarah #bingungsekejap #malaysiabaharu #rasamacamdokkatcinalapula.
Walau bagaimanapun, mungkin atas arahan penulis mendapati status tersebut telah ditarik balik daripada akaun guru berkenaan, manakala video kursus itu dikongsikan oleh beberapa warga maya di ruang komen.
Related Posts:
Kuatkah Pembangkang Bila Dua Diktator Berkabung Sedangkan Mimpi Asing-Asing Penasihat DAP, Lim Kit Siang disifatkan sebagai diktator paling hebat dalam arena politik negara ini kerana berjaya menawan dan menjinakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri … Read More
Penyakit Gila Kuasa Dalam Pakatan Harapan Masing masing sudah gila merebut jawatan. Bukan sahaja berebut takhta sebagai Perdana Menteri, malah mereka juga sudah gila kuasa merebut jawatan sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang. Inilah yang sedang berlaku dalam Pak… Read More
Demo Kleptokrasi Gagal, Walaupun Bergabung Empat Parti 23 Jun 2016, PAS menyindir Kit Siang bila pakatan DAP dengan PKR, PAN dan PPBM kalah teruk di dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. “Dia sendiri pun lemah, dalam dua PKR baru baru ini, dia bergabung empat kumpulan (DAP, … Read More
Konsep Baharu KR1M 2.0 Bakal Lahirkan Usahawan Baru Terkini dan terbaik kepada orang ramai kini berpeluang menjadi usahawan peruncitan dengan menyertai program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 menerusi konsep baharu yang bakal dilancarkan. Menteri Perdagangan Dalam Neger… Read More
Himpunan Kleptokrasi Petanda Buruk Buat Pembangkang Hanya 'beberapa kerat' sahaja jumlah khalayak yang mampu dikumpulkan oleh Pakatan Harapan dalam himpunan anti-kleptokrasi semalam. Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya sudah boleh mencongak nasib … Read More