Friday, 27 September 2019
Terbukti Kematian Adib Perbuatan Jenayah Akibat Diheret Dan Dihentak
By @MNA at 13:25:00
Terkini MAHKAMAH Koroner Shah Alam memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disebabkan impak perbuatan jenayah oleh dua atau lebih orang tidak dikenali.
Koroner Rofiah Mohamad ketika membuat keputusan itu berkata, mahkamah menerima keterangan saksi ke-29, Pakar Patologi Forensik United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid bahawa mangsa dihentak dan diheret keluar dari van bomba pada masa kejadian.
Beliau berkata, keterangan saksi di tempat kejadian juga menunjukkan terdapat perbuatan memukul seseorang di kawasan di mana antara 20 dan 30 orang berkumpul.
Selain itu, Rofiah merumuskan kegagalan polis dan FRU dalam mengawal rusuhan turut menyumbang kepada kematian Muhammad Adib.
Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara untuk melakukan siasatan dan pendakwaan.
Prosiding inkues terbabit berlangsung selama 41 hari bermula 11 Februari lalu dan menyaksikan 30 saksi memberi keterangan dengan 137 eksibit dikemukakan.
Ia dikendalikan Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin manakala, keluarga Muhammad Adib diwakili peguam Syazlin Mansor, Yahaya Othman, Kamaruzaman A Wahab dan Ahmad Taufiq Baharum.
Tiga Peguam Kanan Persekutuan iaitu Suzana Atan, Mazlifah Ayob dan Fadzilatul Isma Ahmad Rafngah dan Afiq Zainal Abidin mewakili Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM).
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, 27 November 2018.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Sumber Harian Metro
Related Posts:
Menjelang PRU14, Sarawak Report Mula Menyerang KWSP Dari Luar Negara Semakin dekat dengan tarikh PRU14, maka makin rancaklah portal dari luar negara digunakan sebagai meriam pembangkang untuk menyerang dan membuat fitnah. Tidak mengejutkan apabila Sarawak Report (SR) membuat fitnah terbar… Read More
Azmin Luluskan Tanah Untuk Tol, Untuk ECRL Azmin Lengahkan Enam plaza tol baru yang akan dibina di Lembah Kelang sebenarnya berada dalam tanah di Selangor. Tanah untuk buat jalan bertol itu diluluskan juga oleh Azmin Ali. Portal pro-Pakatan Harapan (PH) awal-awal lagi mengeluarka… Read More
Makanan Kuda Mahathir Lagi Mahal Dari Quinoa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menempelak Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir yang cuba menjadikan isu soal makanan kesihatannya bijirin Quinoa. Najib dalam satu program sesi Bajet 2018 di Univer… Read More
Peugeot, Citroen Pula Jajah Malaysia? Kalau ada sahaja pelaburan luar yang masuk Malaysia, maka pembangkang akan kata Malaysia sudah kena jajah dan tergadi. Itulah logik mereka terhadap projek ECRL dan juga pembelian saham Geely terhadap Proton. Bermaca… Read More
Logo DAP Akan Diguna Pembangkang Sebagai Lambang Untuk PRU1 Logo DAP hampir pasti digunakan oleh semua calon pembangkang dalam PRU14? Ya, nampaknya begitulah. Ini kerana status Pakatan Harapan yang masih lagi haram kerana masalah dalaman yang berlaku dalam PPBM. "Ini adalah keputu… Read More