Sunday, 15 September 2019

Kerajaan Digesa Bantu Pemaju Bina Rumah Mampu Milik Bukan Jual Rumah Kepada Orang Luar



Menurut Juruukur bertauliah veteran Ernest Cheong bagaimanapun berkata, warga asing yang membeli rumah tidak semestinya akan tinggal di sini, dan ini boleh menyebabkan kawasan perumahan mewah terbabit menjadi “bandar hantu” sama seperti yang berlaku di China.
“Ekonomi China kini mengalami kelembapan. Ramai pembeli China mungkin tidak berminat. Kalaupun sesetengah mereka mampu melabur, tetapi mereka tidak akan tinggal di sini. Lambat laun “bandar hantu” yang terhasil akan menggalakkan berlakunya jenayah dan penyakit sosial lain.”

Ia tidak akan memberi kesan ke atas segmen rumah harga sederhana dan rendah sekiranya HOC dihadkan kepada hartanah mewah.
“Ia juga tidak akan menyebabkan rumah mewah jatuh harga hingga mampu dibeli golongan kelas menengah.”
Katanya kerajaan harus menyediakan insentif bagi menggalakkan pemaju swasta membina lebih banyak rumah mampu milik.
“Pembeli asing yang kaya, terutama dari China dan Taiwan, tidak tinggal di hartanah mewah ini.”
Katanya, Johor mempunyai jumlah hartanah tidak terjual paling tinggi dan kebanyakannya adalah unit harga mewah.
Pada Julai lepas, exco negeri Johor Dzulkefly Ahmad berkata, terdapat 6,000 unit tidak terjual di negeri itu sehingga akhir suku pertama 2019.
Baru-baru ini Zuraida berkata, kementeriannya merancang untuk memasarkan rumah mewah bernilai lebih RM100 bilion kepada pembeli di Hong Kong dan China.